Ketika Cinta Bertasbih : Spesial Ramadhan (Musim 1)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

(DALAM PROSES PEMBETULAN AYAT)


Ketika Cinta Bertasbih
Istimewa Ramadhan
250px
FormatDrama berkonsep Islam
PenciptaSinemart
Ditulis olehCerita:
Habiburrahman El Shirazy
Skenario:
Habiburrahman El Shirazy
Untung Wahono
Sakti Wibowo
Mila K. Kamil
PengarahChaerul Umam
Lagu pembukaanKetika Cinta Bertasbih, Melly Goeslaw feat Amee
Lagu penutupKetika Cinta Bertasbih, Melly Goeslaw feat Amee
PenggubahPurwacaraka
Negara asalIndonesia Indonesia
BahasaBahasa Indonesia
Bilangan musim1
Bilangan episod56
Penerbitan
PenerbitLeo Sutanto
LokasiJakarta
Penyiaran
Saluran asalRCTI
Format gambar480i Standard Definition Television (SDTV)
Kronologi
MengikutiKemilau Cinta Kamila
Diikuti olehPutri yang Ditukar
Pautan luar
[[www.sinemart.com] Tapak sesawang penerbitan]

Ketika Cinta Bertasbih Istimewa Ramadhan merupakan kelanjutan dari drama Ketika Cinta Bertasbih 2. Namun disajikan dalam bentuk sinetron Islami, dan tayangkan di bulan Ramadhan dan akan ditayangkan di saluran baru di Astro iaitu Bintang.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Plot[sunting | sunting sumber]

Pesantren Daarul Quràn yang terletak di desa Wangen, Polanharjo, Klaten adalah pesantren terbesar di Jawa Tengah dibahagian selatan. Pesantren itu diasuh oleh Ulama berkarisma iaitu Kyai Luthfi Hakim.

Pada suatu ketika, Kyai Luthfi Hakim harus menunaikan nazarnya, tinggal di berdekatan Masjidil Haram untuk tempoh setengah tahun lamanya. Maka amanah mengasuh pesantren jatuh ke pundak menantu dan puterinya iaitu Azzam dan Anna Althafunnisa. Di sinilah cerita sinetron istimewa ini bermula.

Di awal garis waktu penjagaan pesantren, Azzam dan Anna menghadapi masalah akibat mereka berdua sendiri. Mereka sudah tujuh bulan bernikah, Anna belum juga mendapat tanda-tanda akan memiliki anak. Hasil pemeriksaan perubatan, Anna telah disahkan mengidap Endometriosis, suatu penyakit yang dikenal pasti menjadi salah satu penyebab kemandulan. Anna menjadi sangat bimbang akan perkara tersebut dan membayangkan atas asbab penyakit tersebut berlaku pada dirinya membuatkan Azzam mahu bernikah dengan orang lain. Anna mula berasa tidak sedap hati dan mula berubah kelakuan kepada orang yang mudah tersentuh dan sensitif. Walaubagaimanapun Azzam mengetahui bahawa Anna menghidap penyakit tersebut.

Dalam suasana seperti itu, pesantren telah diintipi oleh seorang remaja perempuan pecandu narkoba bernama Aprilia, putrid sepasang konglomerat. Aprilia diterima setelah Azzam dan Anna mengadakan mesyuarat dengan pengurus pesantren, walau pada awalnya Azzam enggan untuk menerimanya.

Kehadiran Aprilia benar-benar membuat kekacauan di pesantren. Kelakuannya yang tidak mengenal erti sopan-santun dan sangat mengganggu ketenangan pesantren. Bahkan rumah tangga Azzam dan Anna nyaris retak akibat perbuatan kotor Aprilia.

Anna yang mudah sensitif mula menunjukkan sifat-sifat kecemburuan. Anna semakin berasa tidak boleh memaafkan Azzam ketika Aprilia menjelaskan kepada Anna kalau-kalau dirinya dapat memperdayai Azzam, kerana pada dasarnya Azzam memang bercita-cita untuk memperoleh anak dari Aprilia menerusi pernikahan dengan Aprilia berikutan penyakit yang dideritai oleh Anna. Anna kehilangan kepercayaan kepada Azzam, kerana penyakit tersebut adalah rahsianya bersama Azzam.

Keadaan semakin kritikal ketika Eliana dan pakciknya datang meminta Azzam mencarikan tempat yang sesuai untuk merakamkan lakonan video klip. Azzam membantu Eliana mencarikan tempat dengan membawa Eliana ke suatu kawasan terindah dari pinggir Waduk Cengklik, Colomadu, Solo. Kawasan itu sinonim dengan persekitarannya yang tenang, sunyi dan indah. Ia juga biasa menjadi tempat beristirahat bagi Azzam dan Anna. Anna semakin dibakar rasa cemburu. Bahkan Anna sempat menganggap bahawa Azzam lebih buruk dari Furqan suami terdahulunya.

Keadaan pesantren semakin bertambah kelam kabut berikutan seoarang pelajar santri keluar/berhenti dari belajar di pesantren, sehingga hal itu menciptakan sejarah buruk bagi Pesantren Daarul Quràn. Kerana sejak pesantren itu didirikan sampai saat itu belum pernah ada wali santri yang menarik anaknya kerana tidak sepakat dengan gaya pendidikan dan pengurusan pesantren apalagi tidak percaya kepada pesantren. Berbagai peristiwa datang silih berganti mewarnai kehidupan di Pesantren Daarul Qur’an.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]