Perbendaharaan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Perbendaharaan (Tulisan Jawi: ڤربنداهاراان) terletak di bawah Kementerian Kewangan dan objektif penubuhannya adalah untuk menggubal, melaksanakan dan memastikan dasar fiskal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan, menguatkan daya saing dan kebingkasan ekonomi negara, memastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah, menjamin perkongsian kekayaan negara dengan saksama dan meningkatkan kesejahteraan dan taraf kehidupan masyarakat.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  • Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal kewangan dan ekonomi bagi mempertingkat pengagihan serta pengurusan sumber kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
  • Menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip dan tatacara sistem pengurusan kewangan dan perakaunan untuk dilaksanakan oleh semua Jabatan/Agensi Kerajaan.
  • Menyediakan belanjawan tahunan.
  • Memantau pelaksanaan belanjawan tahunan.
  • Mendapatkan pinjaman bagi pihak Kerajaan dan memberi pinjaman kepada agensi-agensi Kerajaan, sektor swasta bagi projek-projek penswastaan dan kakitangan Kerajaan.
  • Menubuh dan menyusun semula syarikat-syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
  • Memantau syarikat-syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan diurus dengan berkesan
  • Memantau pengurusan kewangan Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun.
  • Menggubal dan mentadbir dasar-dasar berkaitan dengan pengurusan perolehan Kerajaan.
  • Memberi kelulusan kepada perolehan Kerajaan yang besar nilainya dan menyertai dalam proses perolehan di agensi-agensi Kerajaan lain.
  • Menggubal dasar-dasar dan menguruskan pinjaman perumahan bagi kakitangan sektor awam.
  • Menerima, memantau aduan-aduan terhadap aktiviti-aktiviti berkaitan dengan Perbendaharaan dan menyelesaikannya.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Y. Bhg. Tan Sri Mohd. Shariff Abdul Samad (1964-1970)

Y. B. M. Raja Tun Mohar Raja Badiozaman (1971-1972)

Y. Bhg. Tan Sri Abdullah Ayub (1974-1978)

Y. Bhg. Tan Sri Dato' Thong Yaw Hong (1979-1985)

Y. Bhg. Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin (1986-1991)

Y. Bhg. Tan Sri Dato' Mohd. Sheriff Mohd. Kassim (1991-1993)

Y. Bhg. Tan Sri Datuk Clifford F. Herbert (1993-1997)

Y. Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Aris Bin Othman @ Osman (1997-1999)

Y. Bhg Tan Sri Dato' Othman B. Rijal (1999-2000)

Y. Bhg Tan Sri Dr. Samsudin B. Hitam (2000-2004)

Y. Bhg Tan Sri Izzuddin Bin Dali (2004-2007)

Y. Bhg. Tan Sri Dato' Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (2007-2012)

Y. Bhg Tan Sri Dato' Dr Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah (2012-2018)

Y. Bhg Tan Sri Dato' Sri Haji Ismail Hj Bakar (2018)

Y. Bhg Tan Sri Dato' Ahmad Badri Mohd Zahir (2018 - kini)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]