Ismail Haji Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr.

Ismail Haji Bakar

PMN; SSAP (Pah); SMW (WP); DPSM (Mel); PhD
Ketua Setiausaha Negara
Dalam jawatan
28 Ogos 2018 – 31 Disember 2019
Didahului olehAli Hamsa
Digantikan olehMohd Zuki Ali
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Dalam jawatan
12 Jun 2018 – 11 September 2018
Didahului olehIrwan Serigar Abdullah
Digantikan olehAhmad Badri Mohd Zahir
Butiran peribadi
Lahir (1960-01-19) 19 Januari 1960 (umur 60)
Kg Parit Singgahan Sri Medan 83400 Batu Pahat Johor
PasanganPuan Sri Jamaliah Othman
PendidikanPhD Federalisme Fiskal
Alma materUniversity of Hull
Universiti Malaya
AnugerahSenarai

YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr. Ismail Haji Bakar adalah Ketua Setiausaha Negara yang telah dilantik pada 28 Ogos 2018[1] lalu bagi menggantikan penyandang terdahulu, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Sebelum itu, beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia[2] untuk tempoh yang singkat, menggantikan tempat Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah yang telah tamat kontrak perkhidmatannya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 18 November 2014 lalu.[3]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Ekonomi dengan Kepujian dari Universiti Malaya pada tahun 1983. Kemudian, beliau telah menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti off Hull, United Kingdom dan memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1995. Akhirnya, beliau telah menyambung ke peringkat Doktor Falsafah di universiti yang sama dan memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam Federalisme Fiskal pada tahun 2004.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 2018, beliau telah berpengalaman selama 32 tahun dalam sektor perkhidmatan awam. Beliau telah menyertai sektor perkhidmatan awam dalam bidang Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986. Pernah dilantik sebagai Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara di bawah Kementerian Kewangan Malaysia dan Penasihat Kanan, Ibu Pejabat Bank Dunia dari 2008-201. Selain daripada itu, beliau juga adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia dari 2014-2015.[4]

Ketua Setiausaha Negara

Beliau telah mempertimbangkan untuk mengkaji usul Kenaikan Gaji Tahunan untuk 2018 oleh CEUPACS berdasarkan kedudukan ekonomi negara dan menyatakan akan mengambil masa satu hingga dua tahun sebelum sebarang keputusan boleh diambil.[5]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]