Abdul Jamil Abdul Rais

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Y. Bhg. Tan Sri Dato' Abdul Jamil Abdul Rais P.M.N., S.P.M.S., S.P.C.M., P.J.K.

Tan Sri Dato' Seri Abdul Jamil Abdul Rais (lahir 14 Januari 1912 di Kuala Kangsar - 1994) merupakan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia (1961-1964). Sebelum itu beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.Seterusnya menjadi duta ke United Kingdom dan kemudian ke Ireland. Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Hugh Clifford,Kuala Kangsar ; Kolej Melayu Kuala Kangsar (1931), sebelum melanjutkan pelajarannya ke Universiti Oxford, England. (1952-1953) jurusan ekonomi pertanian. Beliau melanjutkan pelajaran setelah mendapat biasiswa daripada Queen , seperti Anjang Saith, Ismail bin Aris dan Hussain Kamal.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mulanya bertugas di Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan Administration Service) di Pejabat Tanah dan Daerah pada Julai 1932 . Sebagai Pegawai Pelatih (Probationer Officer) M.A.S dan ditempatkan di Pejabat Daerah Kuala Selangor (1932), di Pejabat Daerah Sabak Bernam, Selangor (1933). Kerjayanya dalam bidang ini semakin menyinar bila beliau bertugas pula di Pejabat Daerah Port Dickson dan seterusnya menjadi Timbalan Penolong Pegawai Daerah (D.A.D.O) di Hulu Selangor (1938) dan Timbalan Penolong Pegawai Daerah di Hilir Perak (1939-1941) apabila meletusnya Perang Dunia Kedua dan Tanah Melayu telah diambil alih pentadbirannya oleh pihak Jepun selama beberapa tahun.

Semasa Jepun, beliau bergerak aktif dalam gerakan anti Jepun melalui pasukan gerila Force 136 dan pernah ditangkap oleh Jepun. Semasa penyerahan Jepun kepada tentera British, sekali lagi beliau ditangkap oleh pihak komunis PKM.

Selepas PDII tamat, beliau menjadi Pesuruhjaya Tanah dan Galian Perlis (1948-1951) ; Setiausaha kerajaan Negeri Perlis (1951-1954) ; Pegawai Kewangan Negeri Selangor (1954-1955) ; Setiausaha kerajaan negeri Selangor (1956) dan Menteri Besar Selangor (1956-1958).[1]Selepas merdeka 1957, pada tahun 1958-1959 Tunku Abdul Rahman memilih beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Kemudiannya dalam tahun 1961-1964 dilantik sebagai Setiausaha Perbendaharaan Negara / Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan . Selepas itu menjadi Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Kabinet (1964-1967). Menteri Kewangan ketika itu ialah Tun Tan Siew Sin.[2] Beliau juga terlibat dalam merancang Rancangan Lima Tahun Malaysia 1951-1965 bersama Tunku Abdul Rahman, Mohamed bin Baba dan YM Raja Mohar bin Raja Badiozaman dll.[3] Jamil Rais selaku pengerusi NDPC telah dipuji kerana kerja yang baik dalam menggubal Rancangan Malaysia .[4]

Beliau menjadi Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (30 Jun 1956) ; Menteri Besar Selangor (1957) untuk jangka masa empat bulan dan kemudiannya ditetapkan ke dalam jawatan itu selepas Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada bulan Ogos 1957.[5] Pada 8 Jun 1958 beliau mengelilingi dunia selama 3 bulan. Sekembalinya daripada lawatan itu, beliau terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Pada tahun 1959, ditugaskan di Perbendaharaan Malaysia. Setiausaha Perbendaharaan Negara (1961) dan merupakan anak Melayu yang pertama memegang jawatan tersebut. Beliau dilantik pula sebagai Ketua Setiausaha Negara (1964) yang pertama. Jawatan ini ditukar nama kepada Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri dan beliaulah orang yang bertanggungjawab menukar nama jawatan itu sesuai dengan tugasnya.

Pada masa yang sama, beliau menyandang jawatan sebagai Setiausaha Jemaah Menteri. Pada tahun 1967, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London dan juga duta ke Ireland.

Selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Pengerusi Lembaga Perancang Keluarga Negara (NFPB) yang menganjurkan bengkel dan seminar kekeluargaan dan kesihatan keluarga.[6]

Dalam bulan November 1967, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom di London dan merangkap ke Republik Ireland.[7] Alamat kedutaan Malaysia ialah 45, Belgrave Square, London. Semasa persidangan Kowanwel, beliau menjadi wakil kerajaan Malaysia.[8] Malaysia Hall beralamat di 44/46 Bryanston Square, WI. Yang di-Pertuan Agong ketika itu ialah Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu.

Beliau juga diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ; Naib Yang Di Pertua Persatuan Dakwah Islamiah Malaysia ; Naib Presiden Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ; Presiden Persatuan Pesara-Pesara Kerajaan Malaysia ; Presiden Persatuan Lawn Tennis Selangor ; Presiden Persatuan Lawn Tennis Malaysia ; Naib Presiden FAM ; Pengerusi Majlis Universiti Malaya ; Pengerusi Majlis Persatuan Pengakap Malaysia (Anak Melayu pertama memegang jawatan ini) ; Pengerusi Lembaga Perancang Keluarga ; Pengerusi Kontena Nasional Sdn. Bhd. dan lain-lain.

Malay Forum[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Ogos 1956, 24 orang pegawai Melayu menghantar memorandum cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Antara yang menandatanganinya ialah Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Raja Tun Mohar Badiozaman, Tun Hamdan Tahir, Tan Sri Abdullah Ayub, Tan Sri Dol Ramli, Tan Sri Yaacob Abdul Latif, Tun Syed Nasir Syed Ismail, Abdul Jamil Abdul Rais dan Tan Sri Sujak Rahiman.Sungguhpun mereka bekerja di bawah pentadbiran British tetapi mereka sanggup menghadapi sebarang risiko.[9]

Menteri Besar Selangor[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Muhammad Ismail Abdul Latiff.

Pada 12 Julai 1958, beliau telah menganugerahkan tanah lombong seluas 5.270 ekar di Kampung Baru Hulu Klang (sekarang Kuala Ampang) untuk dijadikan padang dan kelab.[10] Beberapa pemain handalan bola sepak pernah bermain di sini. Antaranya ialah M. Chandran, Wong Choon Wah, Mokhtar Dahari, Ong Yun Tiang, Khalid Ali, Zulkefli Norbit, Santokh Singh, Bakri Ibni, Redhuan Abdullah, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Ahmad Yusof.[11]


Sukan[sunting | sunting sumber]

Beliau meminati sukan bola sepak dan dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.Bagi sesi 1989/90 Presiden ialah Datuk Setia Raja Tan Sri Datuk Seri Hamzah Abu Samah; Timbalan Presiden Tan Sri Mohd Khir Johari; Naib Presiden Tan Sri Dato' Abdul Jamil Abdul Rais , Tan Sri Datuk Amar Lim Beng Siew ; Tunku Imran ibni Tuanku Jaafar dan Datuk Sabbaruddin Chik.[12]

Namanya tercatat dalam buku 'The Rotarian' pada Oktober 1994. Selepas bersara beliau menjadi Pengerusi Kontena Nasional.[13] Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Jasa beliau di dalam dan luar negara mendapat pengiktirafan dan penghargaan. Semasa pentadbiran British lagi beliau telah dikurniakan pingat ‘Coronation Medal' dan juga ‘Selangor Meritorius Service Medal' (1956).

Pingat Johan Mangku Negara (JMN) dan juga Panglima Mangku Negara (PMN) oleh Yang di-Pertua Agong yang membawa gelaran Tan Sri. Anugerah pingat tertinggi daripada Kerajaan Negara Thailand iaitu ‘Knight Commander of The Most Exalted Order of The White Elephant'.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Norhimah Haji Khalid (1936) dan mendapat 4 anak lelaki dan 7 anak perempuan.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abdul Jamil Rais
  2. ^ Ghazali Shafie's memoir on the formation of Malaysia',Muhammad Ghazali bin Shafie (Tan Sri Dato), Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998
  3. ^ Second five-year plan, 1961-1965, Volume 1961, Part 2, 1961
  4. ^ First Malaysia plan, 1966-1970, 1965 ,hlm vi
  5. ^ Abdul Jamil Abdul Rais - Arkib Negara.
  6. ^ Rural Malay women in tradition and transition',Heather Strange,Praeger, 1981, hlm 74
  7. ^ The Straits times annual,Straits Times Press., 1972
  8. ^ Statesman's yearbook, New York, 1969, hlm 81
  9. ^ Menjelajahi sumbangan belia mengisi kemerdekaan
  10. ^ Sekitar Sidang Dewan Negeri 12-14 April
  11. ^ Usul Daripada YB Hulu Kelang Berkenaan UKRC
  12. ^ Information Malaysia',Berita Publ. Sdn. Bhd., 1990, hlm 573
  13. ^ WWS/World ports, Volumes 46-47, 1983, hlm 51
  14. ^ Tan Sri Abdul Jamil Bin Abdul Rais

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Penyandang Terdahulu Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia
19611964
Penyandang Kemudian
"Yang Pertama" Mohd. Shariff Abdul Samad


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Selangor
19581959
Penyandang Kemudian
Muhd Ismail Abu Bakar Baginda