Ketua Turus Tentera Laut Perancis
Ketua Turus Tentera Laut Perancis
Chef d'État-Major de La Marine | |
---|---|
![]() Lambang Marine Nationale sejak 1990. | |
![]() Panji-panji Ketua Turus Tentera Laut | |
Tentera Laut Perancis | |
Ahli kepada | Jawatankuasa Ketua Turus |
Lapor kepada | Ministère de la Défense Ketua Turus Am Markas Angkatan Tentera |
Pusat | Paris, Perancis |
Pencadang | Ministère de la Défense |
Pelantik | Presiden Republik Memerlukan tandatangan balas Perdana Menteri |
Tempoh jawatan | Tiada tempoh tetap |
Pembentukan | 1892 |
Pemegang pertama | Vice-Amiral Alfred Gervais |
Timbalan | Major Général de La Marine |
Laman sesawang | La Marine Nationale |
Ketua Turus Tentera Laut (Perancis: Chef d'État-Major de la Marine , CEMM) adalah ketua tertinggi Tentera Laut Perancis dan bertanggungjawab kepada Menteri Pertahanan berkaitan dengan persiapan dan aturgerak.
CEMM selaku pakar tentera laut, membantu:
- Chef d'état-major des armées (CEMA) dalam persediaan operasi tentera laut, perancangan, pengaturcaraan dan aplikasi gerakan kesepaduan dalam mengukuhkan perolehan ketenteraan masa depan
- Perdana Menteri Perancis dalam memelihara kelengkapan maritim Perancis (Perancis: l'action de l'État en mer ) (missions of sauveguarde maritime (Perancis: Sauveguarde maritime ))
CEMM memiliki autoriti ke atas:
- Pelbagai markas pemerintahan angkatan laut:
- Force d'action Navale (FAN) ;
- Force océanique stratégique (FOST) ;
- Action Navale (AVIA) ;
- Fusiliers Marins et Commandos (FORFUSCO) ;
- Organisasi wilayah laut : préfets maritime dan commandant de la marine, di tanah besar Perancis dan seberang laut
- Perkhidmatan dan organisasi :
- Direction du personnel militaire de la marine (DPMM)
- Direction centrale du commissariat de la marine (DCCM)
- Direction centrale des systèmes d'information de la marine (DCSIM)
- Direction centrale du service de soutien de la flotte (DCSSF)
- Direction centrale des travaux immobiliers et maritimes (DCTIM)
- Pasukan Udara Tentera Laut
- Melalui état-major de la marine yang mengetuai, melalui empat bahagian (sumber manusia, perancangan, program dan operasi logistik), arahan am La Marine.
CEMM mengetuai lembaga pengarah Perkhidmatan Hidrografi dan Oceanografi Tentera Laut (SHOM).