Ketuat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ketuat biasa)
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambar ketuat pada ibu jari kaki.

Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.

Jenis-jenis ketuat[sunting | sunting sumber]

Terdapat lebih 150 jenis ketuat yang dikelaskan berdasarkan tempat jangkitan:

  • Ketuat biasa atau common wart merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang timbul pada bahagian tangan. Bahagian yang dijangkiti ketuat timbul, berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras.
  • Ketuat kaki merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang timbul pada bahagian kaki, terutamanya dikawasan yang menerima beban apabila berjalan atau berlari. Bahagian yang dijangkiti ketuat timbul, berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras. Ketuat jenis ini mungkin menyebabkan kesakitan atau menimbulkan rasa tidak selesa apabila berpijak dengan kaki yang dijangkiti. Lazimnya terdapat titik hitam pada permukaannya disebabkan pendarahan kecil. Pengunaan alas cecincin disekeliling ketuat mampu memberikan kelegaan sementara kepada pesakit tersebut.
  • Ketuat filiform merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang panjang seperti jari. Ketuat ini timbul pada bahagian sekeliling kelopak mata, muka dan leher.
  • Ketuat planar merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang timbul pada bahagian permukaan kulit yang lembut. Ketuat ini berbentuk biji-biji leper dipermukaan kulit, dan bewarna seakan-akan warna kulit.
  • Ketuat kelamin Genital warts

Rawatan ketuat[sunting | sunting sumber]

Ketuat boleh diubati dengan mudah, tetapi ramai orang bersikap tidak acuh untuk mendapatkan rawatan bagi mengubatinya. Ini mungkin disebabkan ketuat jarang menimbulkan masalah kesihatan yang besar. Bagaimanapun, pengidap ketuat perlu berhati-hati agar tidak memotong ketuat dengan menggunakan pisau kerana darah yang mengalir keluar mampu menjangkiti kawasan lain.

  1. Salap asid salisilik
  2. Terapi cryo
  3. Podophyllin
  4. Interferon & asid trichloracetic (TCA)
  5. Pembedahan membuang ketuat