Ketuat kelamin
| Ketuat kelamin | |
|---|---|
Kes ketuat kelamin yang teruk di sekitar alat kelamin wanita | |
| Penamaan | |
| Nama lain | ketuat genital, kutil genital |
| Keterangan | |
| Punca | HPV jenis 6 dan 11[1] |
| Biasa mula berlaku | 1-8 bulan selepas pendedahan[2] |
| Jenis | Vaginal disease (en) |
| Gejala | Lesi kulit yang biasanya berwarna merah jambu dan menonjol ke luar[3] |
| Faktor risiko | Merokok |
| Rawatan | |
| Pengkhususan | Penyakit berjangkit) |
| Kaedah diagnosis | Berdasarkan gejala, boleh disahkan oleh biopsi[1] |
| Diagnosis pembezaan | moluskum kontagiosum, akrokordon, kondiloma latum, karsinoma sel skuamus[3] |
| Pencegahan | Vaksin HPV, kondom[2][4] |
| Langkah rawatan | Ubatan, krioterapi, pembedahan[1] |
| Pengubatan | Podofilin, imiquimod, asid trikloroasetik[1] |
| Perangkaan | |
| Kekerapan | ~1% (AS)[2] |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Ketuat kelamin atau ketuat genital ialah jangkitan seksual yang disebabkan oleh beberapa jenis papilomavirus manusia (HPV).[4] Ia biasanya berwarna merah jambu dan menonjol keluar dari permukaan kulit.[3] Biasanya ia menyebabkan sedikit simptom, tetapi kadangkala boleh menyakitkan.[1] Biasanya ia muncul satu hingga lapan bulan selepas pendedahan.[2] Ketuat adalah simptom jangkitan HPV kelamin yang paling mudah dikenali.[2]
HPV jenis 6 dan 11 bertanggungjawab menyebabkan kebanyakan ketuat kelamin manakala HPV jenis 16, 18, 31, 33, dan 35 juga kadang-kadang ditemui.[1] Ia merebak melalui sentuhan langsung kulit ke kulit, biasanya semasa hubungan seksual secara oral, alat kelamin atau dubur dengan pasangan yang dijangkiti.[2] Diagnosis biasanya berdasarkan simptom dan boleh disahkan melalui biopsi.[1] Jenis HPV yang menyebabkan kanser tidak sama dengan yang menyebabkan ketuat.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g "CDC - Genital Warts - 2010 STD Treatment Guidelines". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 28 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2018. Dicapai pada 2 January 2018.
- ^ a b c d e f Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaAFP2010 - ^ a b c Ferri, Fred F. (2017). Ferri's Clinical Advisor 2018 E-Book: 5 Books in 1 (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 1376. ISBN 9780323529570.
- ^ a b "Genital warts". NHS. 21 August 2017. Dicapai pada 2 January 2018.
- ^ US National Cancer Institute. "HPV and Cancer". Dicapai pada 2 January 2018.
