Pergi ke kandungan

Ketutu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ikan Ketutu
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
O. marmorata
Nama binomial
Oxyeleotris marmorata
(Bleeker, 1852)

Ikan Ketutu atau haruan bodoh atau belontok atau ikan hantu (bahasa Inggeris: Marble Sleeper atau Marble Goby dan dalam bahasa Kantonis Soon Hock), nama saintifiknya Oxyeleotris marmorata adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara. Habitat utamanya adalah di kawasan yang cetek seperti di gigi-gigi air iaitu berhampiran dengan tebing sungai, tasik dan lombong-lombong tinggal. Haiwan ini adalah dikategorikan sebagai ikan pemangsa, namun demikian ianya adalah ikan yang sangat malas untuk memburu mangsanya. Ia lebih suka menunggu mangsa yang berenang berhampiran lalu membahamnya apabila dikira sudah cukup hampir. Dengan warna dan coraknya yang berceloreng itu membuatkan ikan ini sangat pandai menyamar dan bersembunyi di balik atau bawah batu-batu atau dedaunan mahupun kayu. Ianya sangat aktif diwaktu malam, adakalanya ia keluar dari tempat persembunyian untuk mencari mangsa. Diet semulajadi ikan ini ialah ikan-ikan kecil termasuk anak-anak ikan, udang, cacing mahupun ulat. Ikan ini mempunyai sikap tamak yang menyebabkan ia mudah ditangkap apabila lokasinya telah dikenal pasti oleh pemburunya. Ikan ini boleh dijerat dengan menggunakan bubu tradisional atau pun bubu yang direka khas dengan menggunakan batang paip yang diletakkan umpan ikan hidup seperti anak-anak ikan koi di dalamnya.