Kejuruteraan ruang angkasa: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
'''Kejuruteraan ruang angkasa''' ialah cabang [[kejuruteraan]] yang berkenaan dengan
'''Kejuruteraan ruang angkasa''' merupakan satu disiplin ilmu dalam bidang [[kejuruteraan]] yang mengkaji dan mengaplikasikan konsep-konsep sains yang berasaskan [[pesawat udara]] dan pesawat angkasa lepas. Secara klisenya, kejuruteraan ruang angkasa sering dirujuk sebagai kejuruteraan penerbangan, terutama apabila berkaitan dengan pesawat udara, dan dirujuk sebagai kejuruteraan astronautikal apabila berkaitan dengan kapal angkasa. Sub-bidang kejuruteraan ruang angkasa merangkumi :
[[pesawat udara]], [[kapal angkasa lepas]], serta topik-topik berkait. Bidang ini sering kali digelarkan ''kejuruteraan penerbangan'', terutamanya ketika merujuk hanya kepada pesawat udara, dan ''kejuruteraan astronautik'' ketika merujuk kepada kapal angkasa lepas.

Jurutera-jurutera ruang angkasa mereka bentuk, mengembangkan, dan menguji pesawat udara, kapal angkasa lepas, dan [[peluru]], serta mengawasi pengilangan produk-produk ini. Mereka yang melibatkan diri dengan pesawat udara dipanggil ''jurutera penerbangan'', sedangkan mereka yang mengkhususkan diri dalam bidang kapal angkasa lepas dipanggil ''jurutera astronautik''. Jurutera-jurutera penerbangan memperkembangkan teknologi-[[teknologi]] baru untuk kegunaan dalam penerbangan, sistem pertahanan, dan penjelajahan [[angkasa lepas]]. Sering kalinya, mereka mengkhusus dalam bidang-bidang seperti [[reka bentuk binaan]], panduan, pandu arah dan kawalan, pengalatan dan komunikasi, atau kaedah pengeluaran. Mereka mungkin juga mengkhusus dalam sejenis produk ruang angkasa, seperti pesawat udara perdagangan, [[pesawat pejuang]], [[helikopter]], kapal angkasa lepas, atau peluru dan [[roket]], dan menjadi pakar dalam bidang [[aerodinamik]], [[termodinamik]], [[ilmu mekanik jumantara]], perejangan, [[akustik]], atau sistem panduan dan kawalan.


* [[Aerodinamik]] - kajian tentang aliran udara pada objek seperti sayap (lihat juga pengangkat dan aeronautik)
* [[Aerodinamik]] - kajian tentang aliran udara pada objek seperti sayap (lihat juga pengangkat dan aeronautik)

Semakan pada 22:20, 17 Julai 2006

Kejuruteraan ruang angkasa ialah cabang kejuruteraan yang berkenaan dengan pesawat udara, kapal angkasa lepas, serta topik-topik berkait. Bidang ini sering kali digelarkan kejuruteraan penerbangan, terutamanya ketika merujuk hanya kepada pesawat udara, dan kejuruteraan astronautik ketika merujuk kepada kapal angkasa lepas.

Jurutera-jurutera ruang angkasa mereka bentuk, mengembangkan, dan menguji pesawat udara, kapal angkasa lepas, dan peluru, serta mengawasi pengilangan produk-produk ini. Mereka yang melibatkan diri dengan pesawat udara dipanggil jurutera penerbangan, sedangkan mereka yang mengkhususkan diri dalam bidang kapal angkasa lepas dipanggil jurutera astronautik. Jurutera-jurutera penerbangan memperkembangkan teknologi-teknologi baru untuk kegunaan dalam penerbangan, sistem pertahanan, dan penjelajahan angkasa lepas. Sering kalinya, mereka mengkhusus dalam bidang-bidang seperti reka bentuk binaan, panduan, pandu arah dan kawalan, pengalatan dan komunikasi, atau kaedah pengeluaran. Mereka mungkin juga mengkhusus dalam sejenis produk ruang angkasa, seperti pesawat udara perdagangan, pesawat pejuang, helikopter, kapal angkasa lepas, atau peluru dan roket, dan menjadi pakar dalam bidang aerodinamik, termodinamik, ilmu mekanik jumantara, perejangan, akustik, atau sistem panduan dan kawalan.

  • Aerodinamik - kajian tentang aliran udara pada objek seperti sayap (lihat juga pengangkat dan aeronautik)
  • Perejanan - daya untuk menggerakkan pesawat dibekalkan oleh kipas (yang digandingkan dengan enjin bakar dalam), enjin jet atau roket.
  • Kawalan penerbangan - kajian untuk mengawal pesawat untuk mencapai aras dan arah yang dikehendaki. (lihat juga Astrodinamik)
  • Struktur pesawat terbang - rekabentuk konfigurasi fizikal pesawat untuk menahan kuasa yang dihadapi ketika penerbangan. Juga merangkumi bahan (material) - bahan baru dengan kriteria yang dikehendaki perlu dicipta dan bahan lama diubah suai untuk menaikkan tahap prestasi.
  • Keanjalan udara - interaksi beban aerodinamik dan beban-beban elastik struktur, potensi menyebabkan kecapahan, keterbalikan, kibaran (flutter), paluan (buffeting) dan lain-lain.
  • Avionik - aplikasi elektronik dalam penerbangan. Avionik termasuk juga sistem komunikasi dan pandu arah, alat pandu-automatik, Sistem Pengurusan Penerbangan Elektronik.

Asas kebanyakan unsur ini terletak pada teori matematik, seperti mekanik bendalir untuk aerodinamik atau persamaan gerakan untuk dinamik penerbangan. Selain itu terdapat juga sebahagian besar komponen empirikal.

Dari segi sejarah, komponen empirikal didapati dari ujian model skala dan protaip, sama ada dalam terowong angin atau di luar.

Pada masa sekarang, kemajuan teknologi komputer membolehkan penggunaan pengiraan dinamik cecair untuk meramalkan sifat kenderaan, dengan itu mengurangkan masa dan belanja.

Selain itu, kejuruteraan aeroangkasa menangani gabungan semua komponen yang membentuk kenderaan angkasa (subsistem termasuk tenaga, komunikasi, kawalan suhu, sokongan hayat, dll.) dan kitaran hayat (rekabentuk, pembuatan, ujian, operasi, pelupusan), dan oleh itu merupakan cabang khas bagi kejuruteraan sistem. Keperluan operasi kenderaan angkasa seringkali melampau (suhu, tekanan, radiasi, halaju, jangka hayat...), mendorong kepada cabaran luar biasa dan penyelesaian khas kepada alam kejuruteraan sistem angkasa.