Agro Bank: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Membalikkan suntingan oleh 211.25.197.162 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Smim90 |
|||
Baris 17: | Baris 17: | ||
== Latar belakang == |
== Latar belakang == |
||
=== |
===Visi=== |
||
Untuk menjadi sebuah bank yang menerajui bidang perbankan dengan memberi fokus kepada sektor pertanian. |
Untuk menjadi sebuah bank yang menerajui bidang perbankan dengan memberi fokus kepada sektor pertanian. |
||
Semakan pada 03:44, 15 Jun 2011
Jenis/bentuk sah | Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) |
---|---|
Industri | Perkhidmatan kewangan dan perbankan |
Ditubuhkan | 1969 |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Dato' Mohamed Salleh Bajuri (Pengerusi) Datuk Ahmad bin Said (Managing Director) |
Keluaran | Kewangan dan perbankan |
Tapak web | http://www.agrobank.com.my |
sunting · sunting di Wikidata |
Agro Bank Malaysia atau Agrobank (dulu Bank Pertanian Malaysia, singkatan BPM) adalah sebuah bank milik kerajaan (GLC) di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Melalui 167 cawangan di 14 negeri di Malaysia, Agrobank menyediakan perkhidmatan kewangan dan perbankan yang menyeluruh seperti simpanan, khidmat perbankan, kemudahan pinjaman, perlindungan insurans dan khidmat nasihat.Sebagai sebuah bank yang fokus kepada bidang pertanian, dasar pembiayaan bagi sektor pertanian adalah berpandukan polisi yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
Latar belakang
Visi
Untuk menjadi sebuah bank yang menerajui bidang perbankan dengan memberi fokus kepada sektor pertanian.
Misi
Bank akan menyediakan perkhidmatan kewangan yang menyeluruh mengikut kehendak pasaran dan pelanggan secara kelestarian kewangan kepada kumpulan sasar yang tertentu seperti:
- Usahawan Tani
- Usahawan mikro, kecil dan sederhana
- Individu persendirian
Peranan & fungsi
- Menyediakan perkhidmatan kewangan dan perbankan dengan fokus kepada sektor pertanian.
- Meningkat dan menggalakkan pembiayaan pertanian oleh sektor perbankan komersil.
- Menjadi salah satu agen bagi program pembangunan kerajaan
- Menjadi pusat kepakaran pertanian
- Menyediakan penarafan kredit pertanian
Ahli Lembaga Pengarah
- Dato' Mohamed Salleh Bajuri (D.P.T.J., S.C.A.)[1]
- Datuk Dr. Saharan Haji Anang (P.J.N., D.I.M.P., D.P.M.P., J.M.N., K.M.N., FASc)
- Dato' Mohd Hanif Sher Mohamed (D.P.S.N., D.S.M., P.K.T.)
- Datuk Dr. Elias Kadir
- Datuk Dr. Rahamat Yusoff (P.G.D.K.)
- Dato' Mohd. Mokhtar Ismail (D.S.D.K., K.M.N., A.M.K.)
Kumpulan Pengurusan Eksekutif
Pengarah Urusan
- Datuk Ahmad bin Said
Ketua Pejabat Sokongan Korporat
- En. Mohamad bin Che Taib
Ketua Pegawai Komersial
- Tuan Haji Ahmad bin Abdul Rahman
Ketua Pegawai Kewangan
- Pn. Kiswah Mohamad
Ketua Pegawai Risiko
- En. Ang Wee Hiong
Sejarah
Agrobank adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1969 di bawah Akta Bank Pertanian Malaysia 1969 sebagai Bank Pertanian Malaysia. Sejarah penubuhan BPM adalah ekoran daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua yang mengesyorkan agar Kerajaan menubuhkan sebuah institusi kewangan yang khusus memberi kemudahan pinjaman untuk sektor pertanian.
Objektif penubuhan
Mengikut Akta BPM 1969, Objektif penubuhan BPM adalah seperti berikut:
- Menggalakkan kemajuan pertanian yang sempurna di Malaysia atau di mana-mana bahagiannya
- Menyelaras dan menyelia bantuan kredit dari kumpulan wang awam untuk maksud pertanian kepada orang perseorangan, kumpulan orang samada diperbadankan atau tidak;
- Mengadakan kemudahan pinjaman, pendahuluan dan kredit untuk kemajuan pertanian termasuk penghasilan dan pemasaran;
- Menyelenggara wang simpanan khususnya dalam bidang pertanian, dan bagi mencapai tujuan ini, ia menerima wang simpanan dan deposit masa.
Produk dan perkhidmatan
Perbankan peribadi
Simpanan / Deposit
- Simpanan Agro
- AgroSimpanan-i (Islamic)
- Simpanan Tetap/ Pelaburan
- AgroPerdana
- AgroPerdana-i
Pinjaman / Pembiayaan
- AgroCash (Wawasan Tani)
- AgroCash-i (Bai' Al-Inah)
- Pinjaman Pendidikan Insani
- Hartani-i
- Ar-Rahnu
Lain-lain Kemudahan
- Insurans
- e-Debit
- InterBank Fund Transfer (IBFT)
- Surat Wasiat Amanah Raya Berhad
- Kutipan Bayaran Bil
- Kutipan Bil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Agen Kutipan Zakat
- Automated Teller Machine (ATM)
- Remiten-Western Union
- SSPN
- PEYATIM
Perbankan perniagaan
Dana Khas Kerajaan
- Dana Pinjaman Usahawan Pertanian (DPUP)
- Tabung Untuk Makanan (Pinjaman 3F)
- Skim Tanaman Semula Kelapa Sawit (TASKS)
- Skim Belia Tani -i / Skim Belia Niaga
Pinjaman / Pembiayaan Mikro
- Modal Usahawan Tani (MUST/MUST-i)
- Micro Economy Stimulus Package (Micro ESP-i)
Skim Jaminan Kredit
- Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP)
- Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)
Agro Banking
Dana Komersil
- Pinjaman Projek
- Pinjaman Modal Kerja Kontrak Tani
- Pinjaman Modal Kerja Niaga Tani
- Pendahaluan Khas Simpanan Tetap
- Pemfaktoran (Debt Factoring)