WordPress: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
RedBot (bincang | sumb.)
k r2.7.2) (bot mengubah: sk:WordPress
Lixer (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 148: Baris 148:
[[sr:Вордпрес]]
[[sr:Вордпрес]]
[[fi:WordPress]]
[[fi:WordPress]]
[[sv:Wordpress]]
[[sv:WordPress]]
[[tl:WordPress]]
[[tl:WordPress]]
[[ta:வேர்ட்பிரசு]]
[[ta:வேர்ட்பிரசு]]

Semakan pada 05:44, 25 Julai 2012

WordPress
Logo WordPress
Tampilan laman pentadbir WordPress
PembangunMatt Mullenweg
Ryan Boren
Donncha O Caoimh
Keluaran stabil
2.6.1 / 15 Ogos 2008
Repositori Sunting ini di Wikidata
Sistem pengendalianSilang pelantar
JenisSistem pengurusan kandungan/
Perisian blog
LesenLesen Awam Am GNU
Tapak webhttp://wordpress.org/

WordPress merupakan sistem penerbitan blog yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL. WordPress merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog b2/cafelog dan memiliki sejumlah besar pengguna dan pemaju untuk perisiannya.

Diedarkan di bawah Lesen Awam Am GNU, WordPress disebarkan kepada umum sebagai perisian percuma. Versi terkini WordPress iaitu versi 2.6.1 telah diterbitkan pada 15 Ogos 2008.

Sejarah

b2

b2 merupakan sistem induk yang membawa kepada perkembangan WordPress. Ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dengan penggunaan MySQL, b2 dibangunkan oleh Michel Valdrighi, yang sekarang masih terus menjadi pemaju sistem perisian WordPress.

Selain WordPress yang merupakan perisian rasmi yang berevolusi dari sistem b2, terdapat projek lain yang masih turut mengalami perkembangan dari induk yang sama, iaitu b2evolution.

Permulaan WordPress

Nama 'WordPress' telah dicadangkan oleh Christine Selleck, iaitu rakan kepada 'bapa' pemaju WordPress, Matt Mullenweg. WordPress pada masa ini hanya menyokong satu blog atau portal web untuk satu kali pemasangan, namun terdapat juga versi multi-pengguna yang dinamakan sebagai WordPress MU (WordPress MultiUser-WordPress MultiPengguna).

Walaupun begitu, seseorang pengguna WordPress masih boleh memiliki lebih dari satu blog WordPress di dalam satu pelayan dan pangkalan data yang sama, iaitu dengan meletakkan fail-fail pemasangan WordPress dalam direktori yang berlainan.

Terbitan perisian baru WordPress selalunya dinamakan sempena pemuzik jazz yang terkenal, contohnya Mingus dan Ella (Ella Fitgerald).

Perubahan/Penstrukturan Movable Type

Pada tahun 2004, penstrukturan semula pelesenan Movable Type telah dilakukan oleh Six Apart, dan kebanyakan pengguna sistem blog ini telah berpindah dan beralih kepada penggunaan WordPress. Ini meninggalkan satu impak yang hebat dan berterusan untuk populariti WordPress.

Versi 1.5

Disebarkan untuk umum pada pertengahan Februari 2005 dan dilabelkan dengan kod nama 'StrayHorn' bersempena nama Billy Strayhorn, versi 1.5 telah menambah julat dan kepelbagaian fungsi untuk WordPress. Satu daripadanya ialah kemampuan untuk mengurus dan mengemaskini laman statik. Ini membenarkan kandungan halaman web dicipta dan diuruskan di luar kronologi blog yang normal. WordPress telah melangkah dari sebuah sistem blog yang mudah kepada Sistem Pengurusan Kandungan (CMS-Content Management System) yang lebih kompleks dan berkepelbagaian dari segi fungsi.

Seperkara lagi merupakan sistem templat/tema yang baru, yang membenarkan pengguna untuk mengaktivasi atau menyahaktivasi templat untuk laman web mereka. Ia dilengkapi dengan templat tema terbina dalam yang terkini(dilabelkan dengan kod nama Kubrick bersempena mendiang Stanley Kubrick). Ia direka oleh Michael Heilemann.

Versi 2.0

Disebarkan untuk umum pada Disember 2005 (kod nama Duke bersempena pemain piano Jazz juga penggubah Duke Ellington), fungsi versi 2.0 telah ditambah dengan ruang pemproses kata bergrafik, sistem perngurusan yang lebih baik, kemampuan untuk memindahnaik imej, penerbitan artikel dengan lebih pantas, sistem import yang diperbaiki dan seterusnya mengubah wajah akhir sebahagian besar antara muka WordPress. WordPress 2.0 juga menawarkan variasi peningkatan untuk pemaju perisian-masukan (plug-in)

Versi 2.1

frames
frames

Pada 22 Januari 2007, WordPress menyebarkan satu lagi versi perisiannya yang terbaru (dilabelkod sebagai versi 'Ella', bersempena nama vokalis jazz Ella Fitzgerald). Versi 2.1 ini merupakan satu evolusi WordPress yang besar, memperbaiki isu sekuriti, merekabentuk semula antaramuka dan memperkemaskan alat-alat mengedit (termasuk semakan ejaan bersepadu dan auto-simpan), menaiktaraf opsyen untuk pengurusan kandungan web, dan pelbagai variasi kod juga optimisasi pangkalan data.

Ciri-Ciri

  • Menghasilkan kod XML, XHTML dan CSS yang standard dan diterimapakai umum.
  • Pengurusan pautan web bersepadu
  • Struktur pautan individual yang mesra-mesin pencari
  • Sokongan perisian-tambahmasuk(plugin)
  • Kategori dalam kategori,dan kategori berbilang untuk artikel
  • Trackback dan pingback
  • Sistem penapisan tipografik untuk pemformatan dan visualisasi teks.

WordPress MU

(WordPress dengan MultiPengguna)

WordPress MU adalah sistem penerbitan multiblog yang terbina dalam WordPress. Perbezaan utama antara WordPress dan WordPress MU ialah Wordpess MU dicipta untuk membenarkan berbilang blog wujud dalam satu langkah pemasangan sahaja. WordPress MU membolehkan pemilik laman web mewujudkan komuniti blog mereka sendiri,dan mengawal serta melakukan tugas memoderasi semua blog dari hanya satu papan-pemula.

Contoh komuniti yang dapat dilihat menggunakan WordPress MU adalah WordPress.com dan Universiti Harvard.

Pemaju

Pemajuan dan perkembangan WordPress diketuai oleh Ryan Boren dan Matt Mullenweg. Mullenweg dan Mike LIttle merupakan pemula bersama untuk projek ini.

Pemaju yang turut menyumbang termasuk:

  • Dougal Campbell
  • Mark Jaquith
  • Alex King
  • Donncha O'Caoimh
  • Michel Valdrighi

Walaupun komuniti WordPress lebih banyak menyumbang kepada kemajuan binaan WordPress, tetapi ia sering berkait rapat dengan Automattic.

Komuniti WordPress membantu perkembangan perisian dengan terlibat menguji WordPress, iaitu satu kumpulan yang sukarela dalam membantu menguji setiap versi dan prototaip. Mereka memiliki akses yang awal terhadap versi Beta WordPress dan perisian penguji. Segala log ralat dan pepijat akan dilaporkan kepada satu senarai log khas, dinamakan sebagai alat Projek Trac.

Lihat juga

Pautan luar

Templat:Link GA