MySQL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo MySQL

MySQL ialah sebuah sistem pengurusan pangkalan data berkeupayaan tinggi yang berkaitan dengan laman web serta pembangunan dan penggunaan aplikasi perniagaan. MySQL memaksimumkan kelajuan, kestabilan dan kepenggunaan, di samping mengurangkan kos pangkalan data sehingga 90%. MySQL terdapat dalam kesemua pengagihan Linux di samping sistem pengoperasian UNIX, Mac OS X dan Microsoft Windows.

MySQL AB bertanggungjawab membangunkan dan menjual pelbagai pelayan dan aplikasi yang berkeupayaan tinggi dan harga berpatutan yang berkaitan dengan pelbagai jenis pangkalan data. Produk syarikat tersebut yang terkemuka adalah MySQL, pangkalan data sumber terbuka yang terkenal di seluruh dunia, yang telah mencecah sehingga 4 juta pemasangan. Banyak organisasi terkemuka di dunia, termasuklah Yahoo!, Sabre Holdings, Cox Communications, The Associated Press dan NASA, memilih MySQL untuk digunakan di laman Web, aplikasi perniagaan dan perisian mereka. MySQL AB adalah generasi kedua syarikat sumber terbuka, menawarkan dwilesen yang menyokong sumber terbuka dan metodologi nya dalam bentuk perniagaan yang menguntungkan dan mampu bertahan lama.

Pangkalan data MySQL telah menjadi pangkalan data sumber terbuka yang paling popular di seluruh dunia kerana keupayaannya yang konsisten, stabil, dan mudah untuk digunakan. Ia digunakan dalam lebih daripada 8 juta pemasangan dalam organisasi besar sehinggalah aplikasi khas yang rumit bagi setiap benua di dunia. (Ya, termasuklah benua Antartika!)

Bukan sahaja MySQL adalah pangkalan data nombor satu dunia, malahan ia menjadi pilihan bagi aplikasi generasi baru yang dibina berasaskan seni bina LAMP. MySQL dijalankan di atas lebih daripada 20 platform termasuklah Linux, Windows, OS/X, HP-UX, AIX, Netware, memberikan fleksibiliti yang memudahkan pengguna mengawal penggunaannya.

Sebutan nama[sunting | sunting sumber]

Sebutan rasmi bagi MySQL yang dicadangkan oleh para pembangun ialah "my S-Q-L" (mai és kiu él). Namun begitu, sebutan lain yang lebih popular ialah "my sequel" (mai sikuel).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]