Pemberontakan Yihetuan: Perbezaan antara semakan
k r2.7.2) (bot menambah: war:Rebelyon Boxer |
DarafshBot (bincang | sumb.) k r2.7.1) (bot menambah: fa:شورش مشتزنها |
||
Baris 63: | Baris 63: | ||
[[eo:Boksera ribelo]] |
[[eo:Boksera ribelo]] |
||
[[eu:Boxerren matxinada]] |
[[eu:Boxerren matxinada]] |
||
[[fa:شورش مشتزنها]] |
|||
[[fo:Boksarauppreistur]] |
[[fo:Boksarauppreistur]] |
||
[[fr:Révolte des Boxers]] |
[[fr:Révolte des Boxers]] |
Semakan pada 19:17, 20 November 2012
Pemberontakan Boxer | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Angkatan Boxer. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Perikatan Lapan Negara (disusun menikut sumbangan):
Empayar Jepun |
Persatuan Keharmonian Adil Wangsa Qing (China) | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Edward Seymour Alfred Graf von Waldersee | Ci Xi | ||||||
Kekuatan | |||||||
mula-mulanya 20,000, jumlah 49,000 |
50,000-100,000 Boxer 70,000 Tentera Diraja | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
2.500 Askar, 526 warga asing/Cina Kristian |
semua Boxer, ? Tentera Diraja | ||||||
Orang awam = 18,952+ |
Gerakan Boxer (Cina Tradisional: 義和團運動 , Cina Ringkas: 义和团运动 , pinyin: Yìhétuán Yùndòng, "Gerakan Persatuan Adil dan Harmoni") atau Pemberontakan Boxer (義和團之亂 atau 義和團匪亂 ) ialah satu pemberontakan yang berlangsung di China dari November 1899 hingga 7 September 1901, bertujuan menentang pengaruh asing dalam bidang-bidang perdagangan, politik, agama dan teknologi yang berlaku di China ketika tahun-tahun terakhir pemerintahan Manchu (Dinasti Qing). Gerakan Boxer diasaskan sebagai gerakan petani yang anti-kuasa asing dan anti-imperialisme di China utara. Mereka menyerang orang asing yang membina landasan kereta api dan melanggar hukum feng shui, serta juga orang Kristian yang didapati bertanggungjawab atas dominasi asing di China. Pada Jun 1900, Boxer menceroboh Beijing dan membunuh 230 orang bukan Cina. Berpuluh ribu orang Cina Kristian, tanpa mengira bermazhab Katolik atau Protestan, kebanyakannya dibunuh di wilayah Shandong dan Shanxi sebagai sebahagian intifada ini. Kerajaan pimpinan Maharani Balu Cixi tidak dapat membantu mengawalnya kerana para diplomat, orang awam asing, askar dan sebilangan orang Cina Kristian berundur ke kawasan perwakilan dan bertahan selamar 55 hari sementara satu campuran pelbagai bangsa mengerah 20,000 orang tentera untuk menyelamatkan mereka. Kerajaan China dipaksa membayar gantik rugi kepada para mangsa dan melaksanakan banyak konsesi lain. Pembaharuan seterusnya yang dilaksanakan selepas krisis-krisis 1900 menyediakan asas untuk pengakhiran Wangsa Qing dan penubuhan Republik China moden.
Perspektif
Dalam sejarat Barat tradisional, pemberontak Boxer dikutuk sebagai satu hasil pemikiran tidak bertamadun, tidak rasional dan anti-orang asing di kalangan rakyat jelata. Dalam sejarah timur pula, masih terdapat pertikaian mengenai kepentingan gerakan ini. Sekarang pun, pemberontak Boxer disanjung oleh kerajaan PRC sebagai patriotik dan anti-imperialisme.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pemberontakan Yihetuan |