Austria-Hungary

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Österreich-Ungarn (de)
Osztrák–Magyar Monarchia (hu)
Empayar Austria-Hungary

1867–1918
Panji sivil Jata (1915)
Lagu kebangsaan
Gott erhalte Franz den Kaiser
Kedudukan Austia-Hungary pada 1913
Ibu negara Vienna, Budapest
Bahasa Bahasa Jerman dan bahasa serantau (seperti, Czech, Slovenia) di Cisleithania
Bahasa Hungary dan Latin di Hungary
Agama Roman Katolik
Kerajaan Monarki
Maharaja
 - 1848-1916 Franz Josef I
 - 1916-1918 Karl I
Zaman bersejarah Imperialisme Baru
 - Kompromi 1867 Mei 29 1867
 - Kemerdekaan Czechoslovakia 28 Oktober 1918
 - Kemderdekaan Negara Slovene, Croat dan Serb 29 Oktober 1918
 - Pembubaran Oktober 31 1918
 - Perjanjian Pembubaran Perjanjian Saint-Germain-en-Laye 1919 & Perjanjian Trianon 1920
Keluasan
 - 1910 676,615 km2 (261,243 bt persegi)
Kependudukan
 - 1910 est. 51,390,223 
     Kepadatan 76 /km2  (196.7 /bt persegi)
Mata wang Gulden Austria-Hungary
Krone Austria-Hungary (dari 1892)
Didahului oleh
Digantikan oleh
Empayar Austria
Austria Jerman
Republik Demokratik Hungary
Czechoslovakia
Republik Poland Kedua
Republik Lemko-Rusyn
Republik Rakyat Ukraine
Republik Nasional Ukraine Barat
Republik Komancza
Negara Slovene, Croat dan Serb
Kerajaan Serbia
Republik Banat

Empayar Austria-Hungary merupakan sebuah negara kesatuan dwi-monarki di Eropah Tengah dari 1867 sehingga pembubarannya pada 1918. Negara ini ditubuhkan melalui Kompromi Austria-Hungary yang mengasaskan satu kesatuan monarki antara Empayar Austria dan Hungary dan menjadikan Maharaja Austria sebagai Maharaja-Raja empayar baru.

Austria dan Hungary mempunyai parlimen dan perdana menteri masing-masing . Mereka hanya mempunyai Maharaja-Raja, Menteri Luar Negeri dan Menteri Perang yang sama. Gelaran Maharaja-Raja menyebabkan Emparay Austria-Hungary dipanggil kaiserlich und königlich (k.u.k.) dalam bahasa Jerman (imperial dan royal).

Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, pewaris takhta Austria-Hungary pada 1914 telah menyebabkan Austria-Hungary menyerang Serbia dan memulakan Perang Dunia I. Empayar ini mengalami kekalahan teruk dalam perang ini dan terpaksa dibubarkan selepas perang.