Karun Chandhok: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JerichoNation (bincang | sumb.)
JerichoNation (bincang | sumb.)
Baris 30: Baris 30:
Chandhok mula memandu dalam Formula Satu pada [[Formula Satu musim 2010|musim 2010]] untuk [[Hispania Racing]] bersama bekas rakan sepasukannya dari kejuaraan GP2, [[Bruno Senna]],<ref>{{cite news|last=Noble|first=Jonathan|title=Chandhok dinamakan sebagai pemandu HRT|publisher=Haymarket Publications|work=autosport.com|url=http://www.autosport.com/news/report.php/id/81842|date=2010-03-04|accessdate=2010-03-04}}</ref> dan menjadi pemandu India yang kedua untuk bersaing dalam Formula Satu selepas [[Narain Karthikeyan]] pada tahun 2005.
Chandhok mula memandu dalam Formula Satu pada [[Formula Satu musim 2010|musim 2010]] untuk [[Hispania Racing]] bersama bekas rakan sepasukannya dari kejuaraan GP2, [[Bruno Senna]],<ref>{{cite news|last=Noble|first=Jonathan|title=Chandhok dinamakan sebagai pemandu HRT|publisher=Haymarket Publications|work=autosport.com|url=http://www.autosport.com/news/report.php/id/81842|date=2010-03-04|accessdate=2010-03-04}}</ref> dan menjadi pemandu India yang kedua untuk bersaing dalam Formula Satu selepas [[Narain Karthikeyan]] pada tahun 2005.
Pada perlumbaan pertama Chandhok, iaitu di [[Grand Prix Bahrain 2010|Grand Prix Bahrain]], beliau tidak dapat untuk melengkapkan pusingan dalam mana-mana sesi latihan bebas kerana keretanya masih belum dipasang, dan kemudiannya mengalami masalah hidraulik.
Pada perlumbaan pertama Chandhok, iaitu di [[Grand Prix Bahrain 2010|Grand Prix Bahrain]], beliau tidak dapat untuk melengkapkan pusingan dalam mana-mana sesi latihan bebas kerana keretanya masih belum dipasang, dan kemudiannya mengalami masalah hidraulik. Beliau mendapat tempat ke-24 dan terakhir pada pusingan kelayakan, 1.7 saat di belakang rakan sepasukan, Senna. Chandok bersara hanya selepas satu pusingan selepas terhempas ke dinding. Chandhok mendapat tempat ke-14 di [[Grand Prix Australia 2010|Australia]]. Di [[Grand Prix Malaysia 2010|Malaysia]], beliau mendapat tempat ke-15, dan kemudiannya mendapat tempat ke-17 di [[Grand Prix China 2010|China]]. Chandhok bersara di [[Grand Prix Sepanyol 2010|Sepanyol]] selepas mengalami masalah ampaian. Chandok bersara sekali lagi selepas mengalami kemalangan dengan [[Jarno Trulli]] di [[Grand Prix Monaco 2010|Monaco]], dan kemudiannya mengalami masalah teknikal di [[Grand Prix Turki 2010|Turki]]. Beliau mendapat tempat ke-18 di [[Grand Prix Kanada 2010|Kanada]] dan [[Grand Prix Eropah 2010|Valencia]] dan mendapat tempat ke-19 di [[Grand Prix British 2010|Silverstone]], tetapi digantikan oleh [[Sakon Yamamoto]] untuk [[Grand Prix Jerman 2010|Grand Prix Jerman]] dan seterusnya.


===Lotus (2011)===
===Lotus (2011)===

Semakan pada 02:45, 9 Januari 2013

Karun Chandhok
Lahir (1984-01-19) 19 Januari 1984 (umur 40)
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Kewarganegaraan India
Tahun aktif20102011
TeamsHispania, Lotus
Entri11
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium0
Mata kerjaya0
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Perlumbaan pertamaGrand Prix Bahrain 2010
Perlumbaan terakhirGrand Prix Jerman 2011
Kedudukan 2011Ke-28 (0 mata)

Karun Chandhok (Bahasa Hindi: करुण चंडोक; lahir Januari 19, 1984 di Madras) ialah seorang pemandu kereta lumba dari India, yang pernah bersaing dalam Formula Satu untuk pasukan Hispania Racing pada tahun 2010. Sebelum ini, beliau bersaing dalam kejuaraan GP2 Series selama tiga tahun dan memenangi dua perlumbaan.

Sebelum bersaing dalam GP2, Chandhok memenangi kejuaraan Formula Asia pada tahun 2001 dan memenangi kejuaraan pertama Formula Asia V6 by Renault pada tahun 2006.

Formula Satu

Hispania (2010)

Chandhok di Grand Prix Malaysia 2010.

Chandhok mula memandu dalam Formula Satu pada musim 2010 untuk Hispania Racing bersama bekas rakan sepasukannya dari kejuaraan GP2, Bruno Senna,[1] dan menjadi pemandu India yang kedua untuk bersaing dalam Formula Satu selepas Narain Karthikeyan pada tahun 2005.

Pada perlumbaan pertama Chandhok, iaitu di Grand Prix Bahrain, beliau tidak dapat untuk melengkapkan pusingan dalam mana-mana sesi latihan bebas kerana keretanya masih belum dipasang, dan kemudiannya mengalami masalah hidraulik. Beliau mendapat tempat ke-24 dan terakhir pada pusingan kelayakan, 1.7 saat di belakang rakan sepasukan, Senna. Chandok bersara hanya selepas satu pusingan selepas terhempas ke dinding. Chandhok mendapat tempat ke-14 di Australia. Di Malaysia, beliau mendapat tempat ke-15, dan kemudiannya mendapat tempat ke-17 di China. Chandhok bersara di Sepanyol selepas mengalami masalah ampaian. Chandok bersara sekali lagi selepas mengalami kemalangan dengan Jarno Trulli di Monaco, dan kemudiannya mengalami masalah teknikal di Turki. Beliau mendapat tempat ke-18 di Kanada dan Valencia dan mendapat tempat ke-19 di Silverstone, tetapi digantikan oleh Sakon Yamamoto untuk Grand Prix Jerman dan seterusnya.

Lotus (2011)

Chandhok sebagai pemandu ketiga Team Lotus di Grand Prix Itali 2011.

Pada 22 Mac 2011, Chandhok disahkan sebagai pemandu simpanan untuk Team Lotus bagi musim 2011.[2] Beliau memandu pada sesi latihan bebas di Grand Prix Australia dan terbabas pada pusingan keluar. Selepas memandu dalam tiga sesi latihan bebas lagi, beliau menggantikan Jarno Trulli untuk Grand Prix Jerman.[3] Beliau mendapat tempat ke-20 dan terakhir.[4]

Rekod perlumbaan

Ringkasan kerjaya

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2000 Formula Maruti ? 10 7 10 ? 10 ? Pertama
2001 Formula 2000 Asia SMR Team India 14 8 ? ? 13 246 Pertama
2002 British F3 National Class T-Sport 25 0 0 1 7 156 Ke-6
2003 British F3 National Class T-Sport 24 7 7 2 20 314.5 Ke-3
2004 British Formula Three T-Sport 17 0 0 0 0 37 Ke-14
World Series by Nissan Tata RC Motorsport 2 0 0 0 0 11 Ke-16
2005 Formula Renault 3.5 Series RC Motorsport 5 0 0 0 0 0 Ke-29
2005–06 A1 Grand Prix A1 Team India 3 0 0 0 0 38 Ke-15
2006 Formula V6 Asia by Renault Team E-Rain 12 7 4 4 9 131 Pertama
2007 GP2 Series Durango 21 1 0 1 1 16 Ke-15
2008 GP2 Asia Series iSport International 10 0 0 0 1 7 Ke-13
GP2 Series 19 1 0 0 3 31 Ke-10
2008–09 GP2 Asia Series Ocean Racing Technology 2 0 0 0 0 0 Ke-16
2009 GP2 Series Ocean Racing Technology 20 0 0 1 1 10 Ke-18
2010 Formula Satu Hispania Racing 10 0 0 0 0 0 Ke-22
2011 Formula Satu Team Lotus 1 0 0 0 0 0 Ke-28

Rujukan

  1. ^ Noble, Jonathan (2010-03-04). "Chandhok dinamakan sebagai pemandu HRT". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2010-03-04.
  2. ^ "Karun Chandhok dinamakan pemandu simpanan Team Lotus". BBC Sport. BBC. 22 Mac 2011. Dicapai pada 5 Januari 2013.
  3. ^ Benson, Andrew (21 Julai 2011). "Karun Chandhok mengantikan Jarno Trulli untuk GP Jerman". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 6 Januari 2013.
  4. ^ Bear, Matt (24 Julai 2011). "Lewis Hamilton memenangi GP Jerman yang mengujakan". Dicapai pada 6 Januari 2013.

Pautan luar

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Juara baru
Juara Formula V6 Asia
2006
Diikuti oleh:
James Winslow