Perbezaan antara semakan "Autobiografi"

Pergi ke navigasi Pergi ke carian
k
k (-tunas)
 
Pada abad ke-15, seorang bangsawan Sepanyol, [[Leonor Lopez de Cordoba|Leonor López de Córdoba]], menulis ''Memorias'', mungkin satu-satunya autobiografi pertama dalam bahasa [[Bahasa Sepanyol|Castille]].
 
[[Babur|Zāhir ud-Dīn Mohammad Bābur]], pengasas [[Empayar Mughal|wangsa Mughal]] di [[Asia Selatan]] menyimpan sebuah buku catatan bernama ''[[Baburnama]]'' ([[Bahasa Chagatai|Chagatai]]/{{lang-fa|بابر نامہ}}; harfiah: ''"Kitab Babur"'' atau ''"Surat-surat Babur"'') yang ditulis antara tahun 1493 dan 1529.
 
Satu daripada autobiografi agung [[Zaman Pertengahan]] dikaryakan [[Benvenuto Cellini]], seornga tukang emas dan pengarca. Autobiografi ini ditulis antara tahun 1556 dan 1558, dan diberikan judul ringkas, ''Vita'' ([[Bahasa Itali]]: ''Kehidupan'') oleh penulisnya. Cellini berkata pada permulaan karya: "Tidak kira apa jenis orangnya, setiap orang memiliki apa yang sebenarnya ataupun dilihat sebagai pencapaian besar; sekiranya dia mementingkan kebenaran dan kebaikan, dia seharusnya menulis cerita kehidupannya sendiri; akan tetapi tidak sesiapapun harus membuat tugas terpuji ini sehinggalah dia mencapai usia empat puluh tahun"<ref>Benvenuto Cellini, tr. George Bull, ''The Autobiography'', London 1966 p.&nbsp;15.</ref> Kriteria autobiografi ini kekal sehingga kebelakangan ini dan dipatuhi penulis autobiografi serius selama 300 tahun berikutnya.

Menu pandu arah