Cerpen: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:Q49084
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
k tambah
Baris 1: Baris 1:
'''Cerpen''', singkatan untuk '''cerita pendek''', ialah suatu bentuk [[prosa]] [[naratif]] dan bersifat [[cereka]]. Biasanya cerpen mengandungi jumlah watak yang sedikit di antara satu sehingga empat dengan [[tema]] yang satu dan [[plot]] yang ringkas. Cerpen berasal dari cerita lucu berprosa, keadaan yang dilakar dengan pantas yang dengan cepat sampai kemuncaknya, selari dengan tradisi penceritaan lisan.
'''Cerpen''', singkatan untuk '''cerita pendek''', ialah suatu bentuk [[prosa]] [[naratif]] dan bersifat [[cereka]]. Biasanya cerpen mengandungi jumlah watak yang sedikit di antara satu sehingga empat dengan [[tema]] yang satu dan [[plot]] yang ringkas. Cerpen berasal dari cerita lucu berprosa, keadaan yang dilakar dengan pantas yang dengan cepat sampai kemuncaknya, selari dengan tradisi penceritaan lisan.

Cerpen berasal dan tumbuh di [[Eropah]] atau Barat dengan tokoh-tokohnya yang mengembangkannya seperti [[Edgar Allan Poe]], [[Nikolai Gogol]], [[Guy de Maupassant]] dan [[Anton Chekhov]]. Pengarang-pengarang tersebut meletakkan asas yang konkrit, terutama berkaitan definasi dan ciri-ciri bagi sebuah cerpen.<ref>Othman Puteh. 1993. Penulisan Cerpen: Visi dan Langgam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.</ref>


==Pandangan==
==Pandangan==

Semakan pada 02:00, 18 Jun 2014

Cerpen, singkatan untuk cerita pendek, ialah suatu bentuk prosa naratif dan bersifat cereka. Biasanya cerpen mengandungi jumlah watak yang sedikit di antara satu sehingga empat dengan tema yang satu dan plot yang ringkas. Cerpen berasal dari cerita lucu berprosa, keadaan yang dilakar dengan pantas yang dengan cepat sampai kemuncaknya, selari dengan tradisi penceritaan lisan.

Cerpen berasal dan tumbuh di Eropah atau Barat dengan tokoh-tokohnya yang mengembangkannya seperti Edgar Allan Poe, Nikolai Gogol, Guy de Maupassant dan Anton Chekhov. Pengarang-pengarang tersebut meletakkan asas yang konkrit, terutama berkaitan definasi dan ciri-ciri bagi sebuah cerpen.[1]

Pandangan

Terdapat beberapa pandangan berbeza oleh ahli sastera dalam mendefinasikan cerpen. Hashim Awang mengatakan cerpen ialah cereka pendek yang membawa persoalan bagi menghasilkan kesan yang indah dan juga memusatkan diri kepada watak dalam situasi, di tempat dan ketika yang sesuai.[2] Othman Puteh mengatakan cerpen ialah cerita pendek yang direka, berbentuk prosa, relatif pendek dan mengutamakan kekuatan daya imaginasi, kreativiti, kecerdasan akal bagi mengusik kepekaan pembaca.[3] Teori Herati pula berkata cerpen bukan tulisan yang dikemukakan pada halaman pertama editorial dan berbeza dengan cerita kerana cerita hanya deretan peristiwa, sedangkan cerpen ialah peristiwa ataupun cerita yang mempunyai plot yang kemas dengan sejumlah watak yang terhad.

Kategori cerpen

Cerpen dapat dikategorikan kepada tiga kategori iaitu;[4]

  1. Cerita pendek sekitar 700 patah perkataan atau kurang
  2. Cerita pendek panjangnya antara 1000 hingga 1500 patah perkataan
  3. Cerita pendek panjangnya antara 2500 hingga 5000 patah perkataan

Ini berbeza di Indonesia yang mana cerpen dibahagikan kepada dua kategori iaitu "cerpen majalah", sekitar 6-8 halaman, dan "cerpen akhbar", sekitar 8-12 halaman.[5]

Ciri-ciri cerpen

Cerpen kebiasaannya mempunyai satu tema, plot tunggal, watak terhad dan latar tempat dan budayanya juga singkat. Ciri-ciri ini penting bagi meninggalkan kesan tunggal kepada pembaca.

Walaupun ciri-ciri cerpen yang baik adalah subjektif, tetap ada ukuran asas dalam menentukan sesuatu cerpen itu baik.[5]

  1. Mempunyai kesatuan bentuk yang utuh.
  2. Mempunyai jalinan plot yang tunggal, meninggalkan bahagian ataupun sub cerita yang tidak penting.
  3. Menghidangkan cerita ataupun kisah yang tidak berlebihan dengan bahasa yang terkawal. Tajam dari segi gambarannya, halus dari segi pemerian bahasanya, dan serba indah.
  4. Mempunyai jumlah watak yang minima, tidak terlalu ramai agar jalan cerita yang hendak disampaikan lebih lancar dan tidak bercelaru.
  5. Mempunyai latar bersesuaian, menarik, serba indah, tetapi tidak janggal ataupun tidak berlebihan.
  6. Mempunyai mesej.

Sudut pandangan

Sama seperti teknik penceritaan lain, cerpen mempunyai tiga sudut pandangan iaitu sudut pandangan orang pertama, sudut pandangan orang ketiga dan sudut pandangan orang kedua.[4]

Sudut pandangan orang pertama dan ketiga menjadi pilihan yang paling mudah bagi penulis baharu dalam menulis cerpen mereka, manakala sudut pandangan orang kedua adalah paling sukar untuk ditulis.

Proses penciptaan cerpen

Setiap penulis mempunyai gaya tersendiri dalam menulis cerpen mereka.[6] Tiada teknik atau kaedah jelas bagaimana seorang penulis itu harus ikut bagi mengolah cerpen karangannya.

Tujuan penulisan cerpen

Lazimnya, terdapat sembilan tujuan seorang penulis cerpen menghasilkan karyanya[6] iaitu;

  1. Mencari kepuasan
  2. Melakukan kritikan
  3. Melakukan teguran
  4. Melepaskan geram
  5. Memenuhi fitrah kesenian
  6. Menulis cerpen untuk memberi pengalaman keagamaan, untuk berdakwah dan menerbitkan propaganda
  7. Menulis cerpen untuk memberi ilmu
  8. Menulis cerpen untuk tujuan propaganda
  9. Ingin dikenali

Pengembangan cerpen di Malaysia

Cerpen yang pertama di Tanah Melayu, secara rasminya bertajuk ’’Kecelakaan Pemalas’’ ditulis oleh Nor bin Ibrahim Al-Madrasi dalam penerbitan majalah Pengasoh(Jil. 2.40, 4 Februari 1920). [7]

Menurut Hashim Awang, terdapat 1,500 buah cerpen yang diterbitkan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Sekretariat Panel Hadiah Karya Sastera pula pada tahun 1976 berjaya mengumpul 614 buah cerpen dari berbagai majalan, akhbar dan kumpulan atau antalogi cerpen.[8]

Rujukan

  1. ^ Othman Puteh. 1993. Penulisan Cerpen: Visi dan Langgam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. ^ Hashim Awang (1998). Penciptaan dan kemanusiaan dalam cerpen dan novel. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
  3. ^ Othman Puteh (1988). Persediaan menulis cerpen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  4. ^ a b Bahasa Melayu: dimensi pengajaran dan pembelajaran, By Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Ra'in Shaari
  5. ^ a b Jasni Matlani (2011). Panduan menulis cerpen. Batu Caves: PTS Profesional Sdn. Bhd.
  6. ^ a b _. 2011. Bagaimana saya menulis: Proses penciptaan cerpen. penyusun: Mawar Safei, Nisah Haji Haron. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  7. ^ Reading the Malay World. edited by Rick Hosking, Susan Hosking, Noritah Omar, Washima Che Dan
  8. ^ Abdulah Hussain. 1980. Penulisan Cerpen: Kaedah dan Pengalaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lihat juga