Tanah Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Tanah Melayu adalah terdiri daripada semenanjung Malaysia. TANAH MELAYU + SINGAPURA + SABAH + SARAWAK = MALAYSIA

31 OGOS 1957 - Tanah Melayu Merdeka.

27 MEI 1961 - Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman mengumumkan pembentukan Malaysia pada Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura.

23 JULAI 1961 - Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu di Singapura, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC) - yang dipengerusikan oleh Mohammad Fuad Stephens.

18 DISEMBER 1961 - Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching, Sarawak. Mesyuarat sehingga 20 DISEMBER 1961.

06 JANUARI 1962 - Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur. Mesyuarat sehingga 07 JANUARI 1962

17 JANUARI 1962 - Suruhanjaya Cobbold dibentuk dipengerusikan oleh Cameron Cobbold.

22 JULAI 1963 - Sarawak Merdeka.

31 OGOS 1963 - Sabah Merdeka.

31 OGOS 1963 - Filipina dan Indonesia menentang secara berterusan dengan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghantar misi ke Borneo.

16 SEPTEMBER 1963 - Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak membentuk negara baharu bernama Malaysia.

09 OGOS 1965 - Singapura keluar dari Malaysia.