Wikipedia:Pengenalan 2: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Aurora (bincang | sumb.)
k Suntingan 219.93.153.253 dikembalikan ke versi terakhir oleh PM Poon
Baris 1: Baris 1:
{{Please don't change this page}}
{{Please don't change this page}}

Ahmad Bin Hassan atau lebih dikenali dengan gelaran atau panggilan Mat Agong dilahir pada tarikh 13/05/1927 di Kampong Tualang Sekah,Malim Nawar,Perak.Bapa bernama Hassan Bin Hj Abdullah.Ibu bernama Jamilah Binti Hj Mat Akib.Mempunyai 6 orang adik beradik.Seorang lagi adik seibu sebapa bernama Abd Wahab Bin Hassan.Adik beradik lain yang berlainan bapa ialah Aminah,Mustapha Bakri,Mohd Fodin dan Norsiah.Bapa mereka bernama Mohd Raus Bin Itam Said.Adiknya Mustapha Bakri pernah berkhidmat sebagai Juruterbang TUDM dengan jawatan terakhir sebagai Kolonal Udara sebelum bersara untuk berkhidmat dengan Malaysia Airline System (MAS).Mohd Fodin ialah seorang Guru yang bersara sebagai pengetua Sekolah Rendah Gunung Panjang,Gopeng,Perak.Mat Agong berkahwin dengan gadis sekampong bernama Dei Binti Shuib dan dikurniakan 6 orang anak bernama Kadariah,Johari,Hasni Fuad,Salina,Zainudei,Shamsul Annuar dan Kamal Izat.
Ahmad pernah bertugas sebagai Time Keeper di Slim River dan Empat Tin Bidor dalam tahun 60'an.Beliau seorang yang mendapat pendidikan agama dan Inggeris.Pernah belajar pondok di Bukit Gantang,Perak.Mahir ilmu Nahu dan Saraf.Beliau pulang dan menetap dikampung asal pada tahun 1963 setelah tinggal beberapa tahun di Kampung Changkat Sulaiman,Sungkai,Perak.
Beliau merupakan orang pertama yang memiliki motor berkuasa besar jenama Norton dikampong kelahiran pada awal 60'an.
Dikampong beliau memulakan hidup dengan kerja menoreh getah dan disamping itu mula belajar cara bertukang rumah kampung.Beliau mengikut bapa saudaranya bernama Ibrahim Bin Mat Akib yang ketika itu menjadi kepala(ketua) kontrak atau istilah moden sebagai kontraktor.Berkat usaha dan ketekunan beliau akhirnya telah berjaya sebagai kontraktor kelas F.
Dalam aktiviti sosial beliau amat minat dan aktif dalam majlis Marhaban,Dikir Perak dan Rebana.Beliau dan rakan-rakan sekampung sering dijemput membuat persembahan bila ada majlis kenduri perkahwinan dikampung beliau dan kampung yang berhampiran.
Apabila isteri pertama meninggal dunia,beliau berkahwin dengan seorang janda beranak satu bernama Hawa dan tidak dikurniakan anak.
Mat Agong meninggal dunia pada tarikh 22/08/2003 akibat komplikasi sakit buah pinggang ketika berusia 76 tahun.

Semakan pada 15:36, 17 September 2007

Tambah pada rencana sudah ada...

Tulis rencana baru...

Cari selanjutnya...