Perbezaan antara semakan "Petala elektron"

Jump to navigation Jump to search
646 bait ditambah ,  5 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
Dalam bidang [[kimia]] dan [[fizik atom]], '''petala elektron''' atau juga dikenali sebagai '''tahap tenaga utama''' merujuk kepada [[orbit]] yang mempunyai [[elektron]] yang mengelilingi sesuatu [[nukleus]] [[atom]]. Petala yang terdekat dengan nukleus ialah "petala 1" (juga dikenali sebagai "petala K"), diikuti dengan "petala 2" (atau "petala L"), "petala 3" (atau "petala M") dan berikutnya. Petala elektron bersamaan dengan nombor kuantum utama (''n'' = 1, 2, 3, 4 ...) atau dilabel mengikut huruf abjad dalam notasi sinaran X (K, L, M, …).
 
Setiap petala elektron hanya mampu mengandungi bilangan elektron yang tetap. Petala elektron yang pertama mampu menampung dua elektron, petala elektron kedua mampu menampung lapan elektron (2 + 6), manakala petala yang ketiga menampung sehingga 18 (2 + 6 + 10) elektron dan berikutnya. Formula umum ialah petala elektron yang ke-''n'' menampung sehingga 2([[kuasa dua|''n''<sup>2</sup>]]) elektron.<ref name="madsci">[http://www.madsci.org/posts/archives/1999-03/921736624.Ch.r.html Re: Why do electron shells have set limits ?] madsci.org, 17 March 1999, Dan Berger, Faculty Chemistry/Science, Bluffton College</ref>
 
==Rujukan==
<references/>
3,940

suntingan

Menu pandu arah