Geng: Pengembaraan Bermula: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Cassiopeta7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Cassiopeta7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 38: Baris 38:
Filem ''Geng'' dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada [[11 September]] [[2007]] bersama-sama siri animasi pendek ''[[Upin & Ipin]]'' yang berikatan dengan filem berkenaan.
Filem ''Geng'' dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada [[11 September]] [[2007]] bersama-sama siri animasi pendek ''[[Upin & Ipin]]'' yang berikatan dengan filem berkenaan.


Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti [[Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi[[ (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, [[Kementerian Pelancongan]] turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan negara kita melalui filem yang bakal diterbitkan nanti.
Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti [[Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi]] (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, [[Kementerian Pelancongan]] turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan negara kita melalui filem yang bakal diterbitkan nanti.

Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada [[Disember]] [[2005]] dan mengambil masa selasa lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia.


==Sinopsis==
==Sinopsis==

Semakan pada 14:50, 2 Oktober 2007

Geng: Pengembaraan Bermula
(Geng: The Adventure Begins)
Pengarah Mohd Nizam Abd Razak
Pengarang Muhammad Anas b Abdul Aziz
Pelakon
Penerbit Burhanuddin Md Radzi
Pengedar
Mula Tayangan 2008
Bahasa Bahasa Malaysia
IMDb
filemkita


Geng: Pengembaraan Bermula (juga Geng: The Adventure Begins di negara-negara luar terpilih, asalnya Geng: Misteri Hantu Durian) dilaungkan sebagai filem cetera animasi 3D pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem yang sedang dibangunkan oleh syarikat Les' Copaque Production ini bakal menemui penonton khususnya kanak-kanak dan remaja pada tahun 2008.

Filem Geng dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada 11 September 2007 bersama-sama siri animasi pendek Upin & Ipin yang berikatan dengan filem berkenaan.

Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, Kementerian Pelancongan turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan negara kita melalui filem yang bakal diterbitkan nanti.

Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa selasa lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia.

Sinopsis

Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam. Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.

Watak

Badrol
Seorang budak yang bersahaja dan gemar bersenang-senang dan bertindak mengikut gerak hati. Badrol sering cuba berlagak macho dan berani. Sewaktu kecil dia berdiam dengan datuknya di kampung sebelum ibu bapanya berpindah bersamanya ke bandaraya. Setelah lama berdiam di kota agak lama, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung. Gara-gara suatu pengalaman mengerikan yang tidak diketahui sewaktu dahulu, Badrol merahsiakan rasa takutnya terhadap katak dan kodok.
Lim
Budak yang paling pintar dalam geng dan lebih banyak membuat pertimbangan dan perancangan berbanding yang lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti, tetapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia kerap membawa alatan yang tidak perlu. Ini juga menjadikan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.
Rajoo
Budak kecil yang cergas, periang, mesra dan jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya Sapy. Dia gemar menyanyi dan menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun yang lain-lain amat meraguinya.
Ros
Dialah yang dilaungkan sebagai gadis paling jelita di kampung tetapi dia tidak selurus yang disangka. Dia perlu membantu neneknya menjual snek sambil mengawasi adik-adiknya yang sering melibatkan diri mereka dalam masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering memarahkannya. Dia gemar menonton drama Melayu lama serta berlakon seperti salah seorang watak drama sedemikian.
Upin dan Ipin
Adik-beradik kembar botak yang suka berkeliaran dengan kaki ayam, sambil mencari keseronokan dan keghairahan di mana sahaja mereka ada. Mereka sering ditengking kakak mereka sendiri, Ros, kerana nakal dan degil. Mereka berdua gemar menonton filem aksi dan ke mana mereka pergi mereka tidak lupa membawa pistol mainan. Upinlah yang lebih tua dan ada sehelai rambut pada kepalanya yang menjadikannya bangga kerana lebih tua berbanding Ipin. Sungguhpun begitu, Upin begitu berpelat menyebut bunyi "s".

Pautan luar