Mojo (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan
→SINGLE: Membubuh pautan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 17: | Baris 17: | ||
'''MOJO''' merupakan sebuah kumpulan yang terdiri daripada Ryan Brakhma selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer / penerbit ternama, [[Edry Abdul Halim|Edry]] sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (bekas anggota kumpulan Tilu dan beberapa kumpulan Indie), melengkapkan kumpulan dinamik ini. |
'''MOJO''' merupakan sebuah kumpulan yang terdiri daripada Ryan Brakhma selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer / penerbit ternama, [[Edry Abdul Halim|Edry]] sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (bekas anggota kumpulan Tilu dan beberapa kumpulan Indie), melengkapkan kumpulan dinamik ini. |
||
'''SINGLE HITS''' |
|||
''[[Andai Ku Bercinta Lagi]]'' |
|||
''[[Roman Cinta]]'' |
|||
''[[Dahsyat]]'' |
|||
==Biografi== |
==Biografi== |
Semakan pada 22:22, 2 Disember 2015
MOJO | |
---|---|
Mojo | |
Latar belakang | |
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Synth Rock |
Tahun aktif | 2012 - sekarang |
Syarikat rakaman | KRU Studios |
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
Ahli | Denny (gitar) Johar (drum) Edry (synthesizer) Ryan (vokal) |
Bekas ahli | Aweera (vokal) |
MOJO merupakan sebuah kumpulan yang terdiri daripada Ryan Brakhma selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer / penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (bekas anggota kumpulan Tilu dan beberapa kumpulan Indie), melengkapkan kumpulan dinamik ini.
SINGLE HITS Andai Ku Bercinta Lagi Roman Cinta Dahsyat
Biografi
Pembentukan
Demi untuk mengeksplorasi visi muzik masing-masing, 4 pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan sebuah kumpulan 'Super-Band' yang mempertaruhkan konsep 'Classic Synth-Rock' sebagai identiti.
MOJO bermaksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor, sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa. Kekuatannya bukan sahaja pada nama, tetapi pada single pertama yang dipertaruhkan sebagai landasan dan langkah kanan MOJO ke arena seni muzik tanah air berjudul "Andai Ku Bercinta Lagi".
Kumpulan MOJO sedang di dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun 2012, namun penantian itu disegerakan dahulu dengan kemunculan EP pertama MOJO yang mengandungi 3 buah lagu iaitu "Andai Ku Bercinta Lagi" ciptaan Edry, "Agar Tetap Indah" ciptaan gitaris Denny, dan "Mimpi" ciptaan pemain drum Johar. EP ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep 'Synth-Rock' MOJO kepada peminat seni tanah air.[1]
Diskografi
ALBUM
SINGLE
- 2012: Andai Ku Bercinta Lagi (Single)
- 2014: Roman Cinta (Single)
- 2015:
: Dahsyat (Single) : Dahsyat Akustik (Single)
- 2015:
: Kau (Single) : Kau Akustik (Single)
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2012 | Anugerah Industri Muzik ke-19[2] | Artis Baru Terbaik "(Andai Ku Bercinta Lagi)" | Menang |
Anugerah Juara Lagu ke-27[3][4] | Finalis "(Andai Ku Bercinta Lagi)" | Tercalon | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | Artis Duo / Berkumpulan Popular | Menunggu | |
2013 | Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013[5][6] | Persembahan Vokal Terbaik "(Andai Ku Bercinta Lagi)" | Menang |
Rujukan
- ^ MOJO Tampil Dengan EP Sulung. gua. Julai 4, 2012.
- ^ Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik 19. Sensasi Selebriti (Budiey). November 18, 2012.
- ^ Senarai 12 Finalis Layak Ke Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27). ohbulan!. November 26, 2012.
- ^ Senarai Finalis Layak Ke Anugerah Juara Lagu 27. gua. November 26, 2012.
- ^ Mojo Terima Anugerah di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013. Sensasi Selebriti (Budiey). Mac 28, 2013.
- ^ Mojo Dapat Pengiktirafan Antarabangsa. gua. Mac 28, 2013.