Edry bin Abdul Halim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Edry Abdul Halim)
Lompat ke: pandu arah, cari
"Edry KRU" dilencongkan di sini.
Edry KRU
EdryKRU.jpg
Latar belakang
Nama lahir Edry bin Abdul Halim
Juga dikenali sebagai Edry Abdul Halim
Kelahiran (1976-04-28) 28 April 1976 (umur 41)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Genre Pop, R&B, Rock, Balada, Jazz, Pop rock, Elektro-pop
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, penulis lirik, penerbit, komposer, penerbit rakaman
Tahun aktif 1992 - kini
Label EMI Music Malaysia
KRU Records
Kegiatan berkait KRU, Mojo

Edry bin Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Edry KRU (lahir 28 April 1976) merupakan salah seorang daripada anggota Kumpulan KRU, penerbit muzik, penggubah lagu dan pemain synthesizer Kumpulan Mojo.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Edry dilahirkan pada 28 April 1976 di Petaling Jaya, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Halim bin Kamal dan Zarina binti Abdul Wahab Fenner.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

KRU (1992 - kini)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: KRU

Edry merupakan salah seorang ahli pengasas kumpulan KRU bersama dua abangnya, Norman dan Yusry sewaktu penubuhannya pada 1992 ketika Edry berusia 16 tahun. Beliau merupakan penyanyi kumpulan ini dan kebanyakan lagu-lagu nyanyian KRU dicipta oleh beliau.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Edry mendirikan rumah tangga bersama-sama dengan Milia Mohammed pada November 1999[1] dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Emil Edry, Edylia Edry dan Emery Edry. Anak bongsu, Elya Edry pula dilahirkan pada bulan Jun 2010.[2] Edry juga berbakat dalam mencipta lagu, banyak lagu-lagu yang menjadi kegemaran dan kegilaan orang ramai. Antara nama-nama besar yang pernah bekerjasama dengan beliau antaranya Stacy, Adam, Ezlynn, Caliph Buskers, Mawi, Rabbani dan ramai lagi.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi KRU
Album studio
Lagu ciptaan
  • Intifada (Rabbani)
  • Seksis (Anita Sarawak)
  • Hi Hi Bye Bye (Ezlynn)
  • Dekat Padamu (Yusry Abdul Halim)
  • Tak Tahu (Adam)
  • Joget Lambak (Adam)
  • Terhangat Di Pasaran (KRU & Adam)
  • Separuh Masa (The Lima)
  • Buronan Cinta (The Lima)
  • Pakai Buang (Stacy)
  • Jahat (Stacy)
  • Menggegar Dunia (Stacy & Adam)
  • Kasanova (Stacy)
  • Kisah Dongeng (Stacy)
  • Berdua Bersatu (Forteen)
  • Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir AF)
  • Ku Ada Kamu (Adira AF)
  • Linangan Terakhir (Forteen)
  • Sedetik Lebih (Anuar Zain)
  • Hanya NamaMu (Caliph Buskers)
  • HambaMu (Mawi & Akhil Hayy)
  • Kita (Forteen)
  • Seperti Dulu (Forteen)
  • Dekat Tapi Jauh (Forteen)
  • Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)
  • Romancinta (MOJO)
  • Bila Bila (Stacy)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Sebagai pengarah

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Selamat Pengantin Baru EDRY- MILIA Utusan Malaysia. 14 November 1999.
  2. ^ Siti Azira Abdul Aziz (8 Jun 2010) Edry (KRU) Dapat Anak Keempat mStar Online. Dicapai pada 9 Jun 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]