Norodom Sihanouk: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 49: Baris 49:
[[et:Norodom Sihanouk]]
[[et:Norodom Sihanouk]]
[[fr:Norodom Sihanouk]]
[[fr:Norodom Sihanouk]]
[[id:Norodom Sihanouk]]
[[ja:ノロドム・シハヌーク]]
[[ja:ノロドム・シハヌーク]]
[[nl:Norodom Sihanouk]]
[[nl:Norodom Sihanouk]]

Semakan pada 15:04, 18 Julai 2005

YMM Preah Bat Samdech Preah Norodom Sihanouk Varman
Fail:Sihanouk.jpg
Tempoh jawatan:24 April 1941-3 March 1955;
20 November 1991-7 Oktober 2004
(Raja semenjak 24 September 1993)
Sebelumnya:Sisowath Monivong (kali pertama);
Chea Sim (kali kedua)
Pengganti:Norodom Suramarit (kali pertama);
Chea Sim (kali kedua)
Tarikh Lahir:31 Oktober 1922
Tempat Lahir:Phnom Penh

Preah Bat Samdech Preah Norodom Sihanouk Varman (dilahirkan 31 Oktober 1922) merupakan bekas Raja Kambodia. Setelah turun takhta pada 7 Oktober 2004 baginda mengambil gelaran Putera. Dia dilahirkan di Phnom Penh, anak lelaki kepada Raja Norodom Suramarit dan Ratu Sisowath Kossamak.

Sepanjang sejarah Kambodia yang berceramuk baginda memegang begitu banyak jawatan sehinggakan Guinness Book of World Records mengenal pasti baginda sebagai ahli politik yang menjawat jawatan politik paling pelbagai. Ini termasuk dua penggal sebagai raja, satu sebagai presiden, dua sebagai perdana menteri, dan satu sebagai ketua negara tanpa gelaran Kambodia, termasuk pelbagai jawatan sebagai ketua dalam pelbagai kerajaan dalam buangan.

Baginda mendapat pelajaran rendah di sekolah rendah Phnom Penh, Ecole Francois Baudoin. Baginda menyambung pelajaran menengah di Saigon (sekarang Ho Chi Minh City), Vietnam dan semenjak itu menghadiri sekolah tentera di Saumur, Perancis. Apabila datuk sebelah ibunya, Raja Sisowath Monivong, meninggal pada 23 April 1941, Majlis Mahkota Crown Council melantik Putera Sihanouk sebagai Raja Kambodia, selepas mana baginda dimahkotakan pada bulan September tahun yang sama. Khabar angin bertiup pada masa itu bahawa perlantikan baginda disebabkan oleh pengaruh Perancis.

Selepas Perang Dunia II dan pada awal 1950-an, matlamat politik Raja Sihanouk cenderung kearah nationalis dan baginda mula menyuarakan tuntutan agar Perancis memberikan kemerdekaan dan keluar daripada Kambodia, mencerminkan semangat kebanyakan negara di kawasan tersebut, termasuk Vietnam, Thailand, dan Laos. Baginda membuang diri ke Thailand pada 1952 dan enggan kembali sehingga kemerdekaan diberikan. Baginda kembali apabila permintaan baginda berjaya dan negaranya diberikan kemerdekaan pada 9 November 1953. Pada 2 Mac 1955, baginda turun takhta bagi memberi laluan kepada ayahanda baginda, menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Kambodia beberapa bulan kemudian. Selepas kematian ayahanda baginda pada tahun 1960, baginda sekali lagi dilantik sebagai ketua negara, tetapi tidak dikurniakan gelaran 'Raja'.

Ketika Perang Vietnam berceramuk, Sihanouk cuba mengekalkan Kambodia sebagai negara berkecuali. Bergilir-gilir menyokong Republik Rakyat China dan Amerika Syarikat dan kemudiannya meyokong polisi Jalan Ketiga, baginda bagaimanapun gagal dalam usaha menghalang perperangan dari merebak sehingga ke dalam negara baginda. Pada Mac 1970, ketika baginda berada di luar negara, satu rampasan kuasa coup d'etat yang diatur oleh Lon Nol berlaku yang menyingkir beliau daripada kuasa. Selepas rampasan kuasa Putera Sihanouk melarikan diri ke Beijing dan menyusun pasukan untuk menentang kerajaan Lon Nol di Phnom Penh. Apabila Republik Khmer jatuh ke tangan Khmer Rouge pada April 1975, Putera Sihanouk menjadi simbol ketua negara sementara Pol Pot kekal menjadi kuasa di belakang takhta. Pada tahun berikutnya, pada 4 April, Sihanouk sekali lagi disingkir dari jawatannya dan bersara dari politik. Baginda sekali lagi mencari perlindungan di Republik Rakyat China dan Korea Utara.

Pencerobohan Vietnam ke atas Kambodia pada bulan Disember 1978 menyingkirkan Khmer Rouge. Walaupun berhati-hati dengan Khmer Rouge, Putera Sihanouk akhirnya bergabung tenaga dengan mereka agar dapat membentuk barisan bersatu menentang Vietnam. Pada 1982, baginda menjadi presiden Coalition Government of Democratic Kampuchea (CGDK), yang merangkumi parti FUNCINPEC-nya, KPNLF Son Sann dan Khmer Rouge. Vietnam berundur pada tahun 1989, meninggalkan kerajaan pro-Vietnam dibawah pemerintahan Perdana Menteri Hun Sen yang dikenali sebagai People's Republic of Kampuchea.

Perundingan damai antara CGDK dan PRK bermula tidak lama kemudian dan berlanjutan sehingga 1991 apabila semua pihak bersetuju untuk penyelesaian lengkap yang ditanda tangani di Paris. Putera Sihanouk kembali sekali lagi ke Kambodia pada 14 November 1991 selepas tiga belas tahun dalam buangan.

Pada tahun 1993, Yang Maha Mulia Norodom Sihanouk dilantik kembali sebagai Raja Kambodia dan anakandanya H.R.H. Norodom Ranariddh bermesyuarat dengan Madame Marie de Roland-Peel, General Secretary kepada British Committee for Free Vietnam, Laos, Cambodia & Burma dan mereka bersetuju untuk memasuki Southeast Asia Imperial & Royal League, diketuai oleh H.I.H. Putera Nguyen Phuc Buu Chanh dari Vietnam.

Semenjak kepulangannya kesihatannya terganggu dan banyak khabar angin menyatakan bahawa baginda akan menuruni takhta sekali lagi. Sepanjang awal 2004, baginda berulang beberapa kali ke Beijing, China, untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Minat masa lapang Sihanouk termasuk filem dan muzik. Baginda merupakan pembuat filem sepanjang tahun, mengarah banyak filem dan karangan muzik. Dia merupakan salah seorang ketua negara dalam kawasan ini yang mempunyai laman web tersendiri, yang mempunyai pengikut sendiri, menarik lebih seribu pelawat sehari, sejumlah besar dari pengguna Internet negaranya. Kenyataan Di Raja diletakkan di situ setiap hari untuk dibaca rakyatnya.

Raja Sihanouk masuk dalam buangan sendiri pada Januari 2004, menetap di Pyongyang, Korea Utara, dan Beijing, China. Baginda mengumumkan penurunan takhtanya pada 7 Oktober 2004. Seminggu selepas itu, pada 14 Oktober, salah seorang putera baginda, Norodom Sihamoni dilantik menggantikannya.

Lihat juga

Pautan luar