Bendera Singapura: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 8: Baris 8:
Bendera Singapura sering dikibarkan oleh rakyatnya pada bulan Ogos selama sebulan bagi merayakan hari kebangsaan mereka.
Bendera Singapura sering dikibarkan oleh rakyatnya pada bulan Ogos selama sebulan bagi merayakan hari kebangsaan mereka.


Semasa pengebumian negeri, bendera negara itu akan menyelubungi keranda Allahyarham dengan lambang bulan sabit dan lima bintang ditempatkan di atas kepala dan dekat jantungnya.<ref>{{Cite news|url=http://www.beritaharian.sg/setempat/pengebumian-allahyarham-haji-othman-wok|title=Pengebumian Allahyarham Haji Othman Wok}}</ref>
Semasa pengebumian negeri, bendera negara itu akan menyelubungi keranda Allahyarham dengan lambang bulan sabit dan lima bintang ditempatkan di atas kepala dan di dadanya.<ref>{{Cite news|url=http://www.beritaharian.sg/setempat/pengebumian-allahyarham-haji-othman-wok|title=Pengebumian Allahyarham Haji Othman Wok}}</ref>


== Pautan luar ==
== Pautan luar ==

Semakan pada 08:01, 25 Februari 2019

Nisbah bendera: 2:3

Bendera Singapura diperkenalkan pada 3 Disember 1959 sewaktu pelantikan Yang di-Pertuan Negara yang pertama, Encik Yusof bin Ishak. Ia direka oleh sebuah komiti yang diketuai oleh Naib Perdana Menteri pada masa itu, Dr Toh Chin Chye. Bendera ini menggantikan bendera Union Jack yang telah berkibar di Singapura selama 140 tahun (1819-1959) dan hingga kini digunakan sejak Singapura merdeka daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Bendera ini terbahagi kepada dua bahagian yang mendatar, warna merah di atas warna putih. Di bahagian atas sebelah kiri terdapat bulan sabit dan lima butir bintang yang disusun secara bulatan. Setiap ciri yang ada pada bendera tersebut mempunyai makna yang tersendiri.

Warna merah bermakna persaudaraan dan kesaksamaan segala manusia. Putih melambangkan kesucian dan kebaikan. Bintang yang lima melambangkan lima prinsip yang dipegang oleh Singapura: demokrasi, keamanan, kemajuan, keadilan dan kesaksamaan.

Bendera Singapura sering dikibarkan oleh rakyatnya pada bulan Ogos selama sebulan bagi merayakan hari kebangsaan mereka.

Semasa pengebumian negeri, bendera negara itu akan menyelubungi keranda Allahyarham dengan lambang bulan sabit dan lima bintang ditempatkan di atas kepala dan di dadanya.[1]

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ "Pengebumian Allahyarham Haji Othman Wok".