Union Jack

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Union Flag
Union Jack
Royal Union Flag
The Union Flag: a red cross over combined red and white saltires, all with white borders, over a dark blue background.
KegunaanBendera kebangsaan
Nisbah3:5, 1:2
Diterima pakai1801
RekaanGabungan Salib Santo Andrew, Salib Saltira Santo Patrick dan Salib Santo George
Sebuah Bendera Union yang berkibaran

Bendera Union Jack[1][2] atau nama rasminya, Union Flag (Bendera Kesatuan) ialah bendera kebangsaan kerajaan United Kingdom. Bendera ini pernah digunakan pada suatu ketika oleh negara-negara yang berada di dalam Empayar British. Kini, ia juga memiliki status rasmi atau separuh rasmi di negara-negara dalam Alam Komanwel.

Asal Bendera Great Britain ialah pada 1606, di mana bendera ini menggabungkan bendera-bendera Kerajaan England (Salib Santo George yang diwakili salib merah berlatar belakangkan putih) dan Scotland (Saltira / Salib Santo Andrew iaitu saltira putih berlatarbelakangkan biru). Saltira Santo Patrick, iaitu bendera saltira merah berlatar belakangkan putih yang mewakili Ireland ditambahkan ke dalam bendera ini telah wujud setelah peristiwa Akta Kesatuan 1800 yang menyatukan Kerajaan Ireland bersama Great Britain pada 1801 [3] dan menjadi reka bentuk Union Jack yang paling terkini.

Negara Wales tidak diwakili langsung dalam reka bentuk bendera ini kerana Wales dikira masuk dalam Kerajaan England sejak kurun ke-16 - dikukuhkan lagi dengan penguatkuasaan Akta-Akta Undang-Undang dalam Wales 1535 dan 1542 - semasa bendera ini tercipta.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Union Jack or the Union Flag di flaginstitute.org
  2. ^ "Union Jack". The British Monarchy. Dicapai pada 2013-08-12.
  3. ^ Bartram, Graham. "British flags". The Flag Institute. Dicapai pada 2009-05-02.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]