Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
→‎Pencapaian: pencapaian pelajat straight A
Baris 42: Baris 42:
==Pencapaian ==
==Pencapaian ==


keputusan SPM 2018 mencatatkan seramai 3 orang pealajar mendapat keputusan straight A iaitu


# Tan Yu Jian - 11 A
# Ong Ke Wen - 10 A
# Tan Pei Qin - 10 A<br />
== Alamat==
== Alamat==
:Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar
:Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar

Semakan pada 02:59, 19 Mac 2019

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar
Lokasi
 Malaysia Jalan Yahya Ahmad , Dungun , Malaysia, Dungun, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoDESSO...Where Success is Redefined
Ditubuhkan1959
Nombor sekolah6098481831
Kod sekolahTEB1031[1]
Pengerusi PIBGHj. Mokhtar bin Omar
PengetuaCikgu Hj Zulkefly bin Abdul Rahim
Faks6098451740


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar atau nama ringkasnya SMK Sultan Omar, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Yahya Ahmad , Dungun , Malaysia.

Pada 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar memiliki 386 pelajar lelaki dan 407 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 793 orang. Ia mempunyai seramai 86 orang guru.2009

Sejarah

Merupakah sekolah tertua di daerah Dungun. Dahulunya merupakan sekolah berasrama.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar (SMKSO) bermula sebagai sekolah peringkat menengah bagi Dungun English School (DES). DES rendah ditubuhkan pada tahun 1955. Peringkat menengah ini bermula dengan tingkatan satu pada tahun 1959 apabila menerima 35 orang daripada 38 orang calon DES yang lulus dalam Malayan Secondary School Entrance Examination (1958). Pada waktu itu peringkat rendah dan menengah terletak di bawah satu pentadbiran.

Kumpulan pelajar perintis peringkat menengah ini mengambil peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1961. Daripada 35 calon yang menduduki peperiksaan itu, sejumlah 19 orang sahaja yang layak melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat pada tahun 1962. Pelajar yang berjaya ini kemudiannya menduduki peperiksaan Over Seas Certificate (OSC) dan Federal Malayan Certificate (FMC) pada tahun 1963.

Pada bulan Januari 1963 itu, DES menengah dipisahkan daripada DES rendah, dan memperoleh pentadbiran sendiri. DES menengah dinamai Dungun English Secondary School (DESS). Guru Besar pertama yang mentadbir DESS ialah Encik Lim Teh Eng. Pembukaan rasmi sekolah ini disempurnakan oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir bin Johari pada 25 Jun 1968.

DESS ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sultan Omar pada tahun 1975. Pemilihan nama baharu ini dibuat sempena nama Sultan Terengganu yang kesembilan. Pada ketika itu juga pertukaran aliran daripada aliran Inggeris kepada aliran Melayu telah berlaku sepenuhnya. Pada tahun 1989, pengajian tingkatan enam bermula apabila 31 orang pelajar ditempatkan di sebuah kelas Tingkatan 6 Rendah Aliran Sastera.

Pencapaian

keputusan SPM 2018 mencatatkan seramai 3 orang pealajar mendapat keputusan straight A iaitu

  1. Tan Yu Jian - 11 A
  2. Ong Ke Wen - 10 A
  3. Tan Pei Qin - 10 A

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar
Jalan Yahya Ahmad , Dungun , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098481831
Fax = 6098451740

Rujukan

Pautan luar