Pengguna:Fandi89/Kotak pasir: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8: Baris 8:

Sahara berkahwin buat kali keempat dengan pengurusnya, Ghazlan Sheikh Mahmud. Pasangan itu bagaimanapun, bercerai setahun kemudian kerana Sahara tidak tahan dengan tabiat buruk dan pelik bekas suaminya. Pertemuan dengan lelaki Arab, Hosam Mohamed yang 20 tahun lebih muda daripadanya membawanya ke jenjang pelamin. Malangnya, perkahwinan kelimanya juga gagal apabila Hosam didakwa menjalinkan hubungan dengan kawan baiknya.

Beliau tinggal bersendirian dalam stor di rumah arwah kakaknya yang dibina pada 1985 selepas berpisah dengan suami keempat. Ketika itu, Sahara tidak mempunyai tempat untuk berteduh. Sejak 2016, beliau berpindah ke kediaman lebih selesa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam, dekat Sungai Besi dan menetap di situ.

==Pautan luar==
==Pautan luar==

Semakan pada 08:57, 16 Oktober 2021

Zaharah Mohamad Yaacob, juga dikenali sebagai Sahara Yaacob ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau meraih kejayaan dalam industri muzik antara 1980-an dan 1990-an sekaligus dikenali dengan jolokan 'Tina Turner Malaysia'. Beliau juga ialah artis wanita pertama Malaysia yang merakamkan lagu rock sebelum Ella.

Kehidupan peribadi

Sahara telah berkahwin sebanyak 5 kali yang semuanya berakhir dengan perceraian. Beliau berkahwin kali pertama dengan Kassim Weheat yang berbangsa Inggeris, pada usia 15 tahun. Kassim ketika itu berusia 69 tahun. Mereka bercerai selepas 16 tahun bersama.

Sahara kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Nazri Tun Abdul Rahman Hashim ketika berusia 21 tahun. Perkahwinan itu, bagaimanapun hanya bertahan selama tiga tahun. Beliau seterusnya berkahwin dengan Dr Nordin Ahmad. Usia perkahwinan mereka hanya kekal selama lapan bulan kerana Sahara berasa dirinya diperguna dan dianiaya.

Pautan luar