Joe Fernandez: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Laman baru: '''Dr Joe Fernandez''' , Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Lunas telah ditembak mati pada 4 November 2000. ==Pembunuhan== Pada 4 November 2000, kira-kira pukul 1.30 p...
 
Malekhanif (bincang | sumb.)
Baris 18: Baris 18:
[[Kategori:Jenayah]]
[[Kategori:Jenayah]]
[[Kategori:Ahli politik MIC]]
[[Kategori:Ahli politik MIC]]
[[Kategori:Kreturunan India Malaysia]]
[[Kategori:Keturunan India Malaysia]]

Semakan pada 16:41, 14 Oktober 2008

Dr Joe Fernandez , Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Lunas telah ditembak mati pada 4 November 2000.

Pembunuhan

Pada 4 November 2000, kira-kira pukul 1.30 petang, Dr. Joe yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam . Kejadian berlaku di di Jalan Maju, Bukit Mertajam ketika dalam perjalanan makan di rumahnya di Taman Bukit , Bukit Mertajam , hanya 500 meter dari klinik beliau.

Dua lelaki bermotosikal telah melepaskan tembakan ke atas kenderaan jenis Nissan Terrano yang dipandu oleh Joe Fernandez dan melarikan diri ke arah Sungai Rambai, Lunas , Kedah.Suspek itu dipercayai pembunuh upahan.Dr. Doshinda Singh memberi rawatan kecemasan dan kemudian membawa mendiang ke Hospital Pakar Bukit Mertajam. Pakar patologi, Datuk Dr. Bupinder Singh mengesahkan mendiang meninggal dunia akibat tembakan tepat di kepala dengan pistol jenis .38. [1]

Arah siasatan semula

Pada 25 April 2008, Mahkamah Koroner Bukit Mertajam ,Koroner M. Mageswari mengarahkan polis membuat siasatan lanjut (open verdict) kerana tiada keputusan yang jelas. Ini kerana mahkamah tidak mengesyaki dan menolak kemungkinan Dr. Joe telah dibunuh akibat masalah perniagaan, politik atau perhubungan peribadi si mati dengan mana-mana pihak.

Ahli kimia dan balistik telah mengesahkan bahawa senjata api yang digunakan dalam rompakan Southern Bank, Petaling Jaya dan pembunuhan Dr. Joe Fernandez adalah senjata api yang sama. Seorang suspek kes rompakan di Southern Bank, Petaling Jaya pada 18 Mei, 2001, dalam kenyataan beramarannya mengakui bahawa dia dan tiga rakannya merancang untuk membunuh Dr. Fernandez. Dua rakannya terbunuh dalam rompakan bank itu.

Pada 26 April 2008, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyatakan kes pembunuhan Dr Joe Fernandez ditutup melainkan jika ada saksi dan petunjuk baru. Sepucuk pistol telahpun ditemui dan ujian balistik membuktikan bahawa senjata itu digunakan untuk membunuh Dr. Fernandez, tetapi ia hanya merupakan keterangan forensik sahaja.[2]

Rujukan