Salman Rushdie: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
VolkovBot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 22: Baris 22:
| footnotes =
| footnotes =
}}
}}
'''Sir Ahmed Salman Rushdie''' ({{lang-hi|अख़्मद सल्मान रश्दी}} [[Urdu]]:{{lang|ur|سلمان رشدی}}; lahir pada [[19 Jun]] [[1947]]) di Bombay.India. Beliau merupakan novelis India-British dan penulis rencana yang terkenal di seluruh dunia. Anugerah pertama diterima berikutan novel kedua [[Midnight's Children]] (1981) yang membawa hadiah [[Booker Prize]]. Fiksyen yang ditulisnya berdasarkan kehidupan sebenar di India ,kekayaan, kemelaratan, rangkaian hubungan dan penghijrahan dari Timur ke Barat.
'''Sir Ahmed Salman Rushdie''' ({{lang-hi|अख़्मद सल्मान रश्दी}}, {{lang-ur|سلمان رشدی}}; lahir pada [[19 Jun]] [[1947]]) di Bombay.India. Beliau merupakan novelis India-British dan penulis rencana yang terkenal di seluruh dunia. Anugerah pertama diterima berikutan novel kedua [[Midnight's Children]] (1981) yang membawa hadiah [[Booker Prize]]. Fiksyen yang ditulisnya berdasarkan kehidupan sebenar di India ,kekayaan, kemelaratan, rangkaian hubungan dan penghijrahan dari Timur ke Barat.


Novel keempat bertajuk [[The Satanic Verses]] (1988) mmengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia .[[Ayatollah]] [[Ruhollah Khomeini]] dari [[Iran]] mengeluarkan fatwa bunuh ke atas dirinya.
Novel keempat bertajuk [[The Satanic Verses]] (1988) mmengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia .[[Ayatollah]] [[Ruhollah Khomeini]] dari [[Iran]] mengeluarkan fatwa bunuh ke atas dirinya.

Semakan pada 06:36, 16 Februari 2009

Sir Salman Rushdie
Lahir19 Jun 1947 (1947-06-19) (umur 76)
India Bombay, India
PekerjaanNovelis, penulis rencana.
WarganegaraUnited Kingdom United Kingdom
GenreMagic Realisme
SubjekKritikan, Kembara jalanan

Sir Ahmed Salman Rushdie (Hindi: अख़्मद सल्मान रश्दी, Urdu: سلمان رشدی‎; lahir pada 19 Jun 1947) di Bombay.India. Beliau merupakan novelis India-British dan penulis rencana yang terkenal di seluruh dunia. Anugerah pertama diterima berikutan novel kedua Midnight's Children (1981) yang membawa hadiah Booker Prize. Fiksyen yang ditulisnya berdasarkan kehidupan sebenar di India ,kekayaan, kemelaratan, rangkaian hubungan dan penghijrahan dari Timur ke Barat.

Novel keempat bertajuk The Satanic Verses (1988) mmengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia .Ayatollah Ruhollah Khomeini dari Iran mengeluarkan fatwa bunuh ke atas dirinya.

Pada Jun 2007 kerajaan Britain memberi anugerah Knight Bachelor membawa gelaran Sir sempena harijadi Queen Elizabeth pada Jun 2007. Britain masih tidak peka dengan sensitiviti umat Islam sedunia.

Kehidupan peribadi

Salman Rushdie satu-satunya anak Anis Ahmed Rushdie , seorang peguam tapi terlibat dalam perniagaan.Isterinya Negin Butt seorang guru.Rushdie dilahirkan sebagai seorang Islam . Mendapat pendidikan di Sekolah / Gereja John Connon di Mumbai , Sekolah Ragbi dan King College, Cambridge, jurusan sejarah .

Rushdie pernah berkahwin dengan empat isteri. Isteri pertamanya Clarissa Luard (1976 - 1987) dan mendapat anak lelaki Zafar Rushdie. Isteri kedua novelis Amerika Marianne Wiggins (1988 - 1993).Isteri ketiga Elizabeth West ( 1997-2004) dan mendapat anak lelaki Milan Rushdie. Sejak 2004 mengahwini artis dan model bernama Padma Lakshmi. Padma merupakan pengacara siri realiti televisyen Amerika Top Chef.

Kerjaya sastera

Salman Rushdie semasa melancarkan buku Shalimar the Clown

Novel pertamanya Grimus (1975) merupakan sebuah cerita sains fiksyen. Novel Midnight's Children (1981) mengisahkan kehidupan di India yang diceritakan dalam bahasa Inggeris. Novel ini memenangi 'Booker of Bookers' . Novel ini mengisahkan tentang sejarah kehidupan Republik India.

Novel Shame (1983) pula tentang aktor politik di Pakistan iaitu Zulfikar Ali Bhutto dan Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq. Novel Shame dianugerahkan Prix du Meilleur Livre Étranger (Buku Terbaik Asing) dari Perancis.

Rushdie dilihat sebagai Indian diaspora iaitu perluasan ketamadunan India di seluruh dunia.1980 Rushdie melawat Nicaragua,Sandinista dan menghasilkan novel The Jaguar Smile (1987).

Novel The Satanic Verses

Fail:The Satanic Verses.jpg
The Satanic Verses (1988)

Novel ini mengundang kontroversi pada September 1988 kerana menghina Nabi Muhammad. Tajuk novel ini dimaksudkan Al Quran dan hadis nabi sebagai surah syaitan . Salman menuduh semua itu adalah hasil ciptaan nabi Muhamad belaka yang disandarkan kepada malaikat Jibrail.Lantas buku ini telah difatwakan haram di seluruh negara Islam.

Pada 14 Februari 1989, fatwa hukum bunuh ke atas Salman Rushdie disiarkan melalui Radio Tehran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini. Pada 7 Mac 1989, hubungan diplomatik antara Iran dan United Kingdom diputuskan. Hubungan diplomatik dipulihkan pada 24 September 1998 semasa Presiden Iran,Mohammad Khatami.

Salman Rushdie masih menerima surat / kad Valentine setiap 14 Februari yang merujuk beliau masih diancam bunuh oleh rakyat Iran.

Salman mendakwa dirinya seorang Islam tapi dianggap murtad oleh seluruh umat Islam kerana telah menghina Nabi Muhammad.Novelnya banyak mengkritik peranan agama dalam masyarakat dan konflik antara yang benar dan tidak benar.

Senarai buku / novel