Salman Rushdie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sir Salman Rushdie
Info kelahiran19 Jun 1947 (1947-06-19) (umur 75)
India Bombay, India
PekerjaanNovelis, penulis rencana.
WarganegaraUnited Kingdom United Kingdom
GenreMagic Realisme
SubjekKritikan, Kembara jalanan

Sir Ahmed Salman Rushdie (Bahasa Hindi: अख़्मद सल्मान रश्दी, Urdu: سلمان رشدی‎; lahir pada 19 Jun 1947) di Bombay, India. Beliau merupakan novelis India-British dan penulis rencana yang terkenal di seluruh dunia. Anugerah pertama diterima berikutan novel kedua Midnight's Children (1981) yang membawa hadiah Booker Prize. Fiksyen yang ditulisnya berdasarkan kehidupan sebenar di India, kekayaan, kemelaratan, rangkaian hubungan dan penghijrahan dari Timur ke Barat.

Novel keempat bertajuk The Satanic Verses (1988) mmengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia. Ayatollah Ruhollah Khomeini dari Iran mengeluarkan fatwa bunuh ke atas dirinya.

Pada Jun 2007 kerajaan Britain memberi anugerah Knight Bachelor membawa gelaran Sir sempena harijadi Queen Elizabeth pada Jun 2007.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Salman Rushdie satu-satunya anak Anis Ahmed Rushdie, seorang peguam tapi terlibat dalam perniagaan.Isterinya Negin Butt seorang guru.Rushdie dilahirkan sebagai seorang Islam, namun murtad. Mendapat pendidikan di Sekolah / Gereja John Connon di Mumbai, Sekolah Ragbi dan King College, Cambridge, jurusan sejarah.

Rushdie pernah berkahwin dengan empat isteri. Isteri pertamanya Clarissa Luard (1976 - 1987) dan mendapat anak lelaki Zafar Rushdie. Isteri kedua novelis Amerika Marianne Wiggins (1988 - 1993). Isteri ketiga Elizabeth West (1997-2004) dan mendapat anak lelaki Milan Rushdie. Sejak 2004 mengahwini artis dan model bernama Padma Lakshmi. Padma merupakan pengacara siri realiti televisyen Amerika Top Chef.

Kerjaya sastera[sunting | sunting sumber]

Salman Rushdie semasa melancarkan buku Shalimar the Clown

Novel pertamanya Grimus (1975) merupakan sebuah cerita sains fiksyen. Novel Midnight's Children (1981) mengisahkan kehidupan di India yang diceritakan dalam bahasa Inggeris. Novel ini memenangi 'Booker of Bookers'. Novel ini mengisahkan tentang sejarah kehidupan Republik India.

Novel Shame (1983) pula tentang aktor politik di Pakistan iaitu Zulfikar Ali Bhutto dan Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq. Novel Shame dianugerahkan Prix du Meilleur Livre Étranger (Buku Terbaik Asing) dari Perancis.

Rushdie dilihat sebagai Indian diaspora iaitu perluasan ketamadunan India di seluruh dunia.1980 Rushdie melawat Nicaragua,Sandinista dan menghasilkan novel The Jaguar Smile (1987).

Novel The Satanic Verses[sunting | sunting sumber]

Novel The Satanic Verses ("ayat-ayat syaitan") mengundang kutukan dalam dunia Islam pada September 1988 kerana menghina Nabi Muhammad. Secara amnya, novel ini berkisarkan berkenaan dakwaan peristiwa "ayat-ayat syaitan", di mana Muhammad (digelar sebagai Mahound dalam buku) menambahkan ayat-ayat Al-Qur'an yang mengiktiraf tiga dewi peribumi Arab yang pernah disembah di Makkah sebagai para dewa. Seterusnya, Muhammad kemudiannya menarik balik ayat-ayat itu, dengan mengatakan bahawa syaitan menggodanya untuk mengucapkan ayat-ayat ini untuk menenangkan orang Mekah (oleh itu, ayat-ayat "Syaitan"). Walau bagaimanapun, perawi mendedahkan kepada pembaca bahawa ayat-ayat yang dipertikaikan ini sebenarnya dari mulut malaikat Jibril.

Pada 14 Februari 1989, fatwa hukum bunuh ke atas Salman Rushdie disiarkan melalui Radio Tehran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini. Pada 7 Mac 1989, hubungan diplomatik antara Iran dan United Kingdom diputuskan atas isu ini.[1] Hubungan diplomatik dipulihkan pada 24 September 1998 semasa zaman Presiden Mohammad Khatami.

Penerbitan buku serta arahan bunuh mencetuskan rusuhan sedunia dengan kedai-kedai buku dibakar.[2] Warga Muslim di beberapa negara Barat berprotes sambil membakar buku tersebut.[3] Beberapa orang yang menterjemah atau menerbitkan buku tersebut diserang sehingga tercedera atau terkorban. Beberapa orang lagi maut dalam rusuhan di beberapa negara.

Menurutnya, Salman masih menerima "surat Valentine" setiap 14 Februari, merujuk kepada ketegasan hukum bunuh Iran terhadapnya.[4]

Tikaman di Chautauqua (2022)[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Ogos 2022, ketika memulakan syarahan di Institusi Chautauqua di Chautauqua, New York, Rushdie diserang seorang lelaki yang menyerbu pentas dan menikamnya beberapa kali.[5] Penyerang ditarik sebelum ditahan; Rushdie pula dibawa ke hospital di Erie, Pennsylvania, dan diberi pembedahan.[5] Agen Rushdie, Andrew Wylie, berkata bahawa: "Salman berkemungkinan buta sebelah; saraf lengannya terputus; dan hatinya ditikam dan cedera." Wylie berkata bahawa Rushdie kini berada dalam bantuan pernafasan dan tidak boleh berkata.[6] Penikam dikenal pasti sebagai Hadi Matar, lelaki 24 tahun dari Fairview, New Jersey.[7][8]

Senarai buku / novel[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rule, Sheila; Times, Special To the New York (8 March 1989). "Iran Breaks Off Relations With Britain". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2019. Dicapai pada 24 Januari 2019.
  2. ^ Malik, Kenan (29 September 2018). "The Satanic Verses sowed the seeds of rifts that have grown ever wider – Kenan Malik". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2018. Dicapai pada 24 December 2018 – melalui www.theguardian.com.
  3. ^ "The Satanic Verses affair marked a low point for politicians – Letters". 7 October 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2018. Dicapai pada 24 Disember 2018 – melalui www.theguardian.com.
  4. ^ Rushdie, Salman (15 February 1999). "My Unfunny Valentine". The New Yorker. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 August 2017. Dicapai pada 7 November 2017.
  5. ^ a b Gelles, David; Root, Jay; Harris, Elizabeth (12 August 2022). "Live Updates: Salman Rushdie Is Stabbed During Speech in Western New York". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 12 August 2022.
  6. ^ "Salman Rushdie: Author on ventilator and unable to speak, agent says". BBC News. 13 Ogos 2022.
  7. ^ Goodman, Joshua (12 Ogos 2022). "Who Is Hadi Matar? NJ Man Suspected in Salman Rushdie Attack Had Shia Extremist Sympathies". NBC New York (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  8. ^ Pilkington, Ed; Yang, Maya; Levin, Sam (12 Ogos 2022). "Salman Rushdie on ventilator after being stabbed onstage at New York state event". The Guardian.