Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tebu.an (bincang | sumb.)
betulkan fakta. dah akhir zaman.
Tebu.an (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 22: Baris 22:


== Pembinaan ==
== Pembinaan ==

[[Fail:Masjid Besi.jpg|thumb|right|300px|Masjid Besi dalam pembinaan.]]


Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 [[tan]] [[keluli]] digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah [[konkrit]].
Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 [[tan]] [[keluli]] digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah [[konkrit]].
Baris 27: Baris 29:
== Ciri keistimewaan ==
== Ciri keistimewaan ==


Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan [[kipas]] ataupun [[penghawa dingin]] di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (''gas district cooling'' atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (''Architectual Wire Mesh'') atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari [[Jerman]] dan [[China]] (turut dipasang pada [[Stadium Bernabéu]] di [[Madrid]] dan perpustakaan negara [[Perancis]] yang dikenali [[Bibliothèque nationale de France]] yang terletak di [[Paris]]). Pintu gerbang masuk juga menggunakan [[konkrit kaca teguh]] (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna [[putih]] dari jauh.
Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan [[kipas]] ataupun [[alat penyaman udara]] di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (''gas district cooling'' atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (''Architectual Wire Mesh'') atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari [[Jerman]] dan [[China]] (turut dipasang pada [[Stadium Bernabéu]] di [[Madrid]] dan perpustakaan negara [[Perancis]] yang dikenali [[Bibliothèque nationale de France]] yang terletak di [[Paris]]). Pintu gerbang masuk juga menggunakan [[konkrit kaca teguh]] (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna [[putih]] dari jauh.


Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan meneyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba [[Alhambra]]. Hiasan dalamannya dilatari ukiran [[Asma Ul Husna]] menggunakan tulisan [[kaligrafi]] dari jenis [[Khat Thuluth]]. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci [[al-Quran]] dari [[Surah Al-Israa’]] ayat ke-80.
Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan meneyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba [[Alhambra]]. Hiasan dalamannya dilatari ukiran [[Asma Ul Husna]] menggunakan tulisan [[kaligrafi]] dari jenis [[Khat Thuluth]]. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci [[al-Quran]] dari [[Surah Al-Israa’]] ayat ke-80.

Semakan pada 07:02, 10 Jun 2009

Masjid Besi
[[Fail:Masjid Keluli|260px]]
Masjid Besi dalam proses pembinaan
Maklumat am
Dibuka padaOgos 2009
StatusDalam pembinaan
Tempoh pembinaan±5 tahun 4 bulan
Maklumat geografi
LokasiPresint 3, Putrajaya,
Malaysia Malaysia
Maklumat pembinaan
Kapasiti jemaah20,000
Keluasan73,795 meter persegi (73,795 m²)
ArkitekKumpulan Senireka Sdn. Bhd.
KontraktorAhmad Zaki Resources Bhd.
Bahan binaanKeluli, konkrit kaca teguh
KosRM 180 juta (sekitar AS$ 47 juta)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Besi atau juga dikenali sebagai Masjid Keluli merupakan sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya. Masjid ini yang dibina pada bulan April 2004 dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2009 yang bakal menerima 20,000 orang terutama sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, Presint 3, Presint 4 dan Presint 18. Masjid ini mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya.

Pembinaan

Masjid Besi dalam pembinaan.

Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit.

Ciri keistimewaan

Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium Bernabéu di Madrid dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit kaca teguh (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.

Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan meneyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma Ul Husna menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran dari Surah Al-Israa’ ayat ke-80.

Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.[1]

Kemudahan

  • Ruang solat termasuk dewan utama, dewan terbuka dan dewan solat muslimat
  • Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
  • 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
  • Bilik pameran yang mampu memuatkan 250 orang
  • Dapur
  • Bilik orang kenamaan
  • Bilik penyelenggaraan
  • Bilik jenazah
  • Pejabat
  • Bilik kawalan audio visual
  • Ruang letak kereta bawah tanah

Rujukan

  1. ^ "Masjid Besi Putrajaya siap Ogos". Utusan Malaysia. 22 April 2009. Dicapai pada 2009-06-10.