Biro Bancian Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Biro Bancian
بيرو بنچيان
Cap mohor
Intisari agensi
Dibentuk1 Julai 1903
Agensi terdahulu
  • Pejabat bancian sementara
Ibu pejabatSuitland, Maryland
Kakitangan4,285 (2018)
Belanjawan tahunanAS$3.1 bilion (2009)
AS$7.2 bilion (anggaran 2010)
AS$1.3 bilion (anggaran 2011)
AS$3.8 billion (anggaran 2019)
Eksekutif Agensi
  • Pemangku Pengarah, Ron Jarmin
Agensi induk
Pentadbiran Perangkaan dan Ekonomi
Laman sesawang
www.census.gov

Biro Bancian Amerika Syarikat (Inggeris: United States Census Bureau atau Bureau of the Census, seperti yang ditakrifkan dalam Tajuk 13 Kod Amerika Syarikat § 11) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam bancian di Amerika Syarikat. Ia juga mengumpulkan data demografi dan ekonomi negara yang lain. Berada di bawah kuasa Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, Biro Bancian berfungsi sebagai sumber utama data mengenai orang dan ekonomi di Amerika.[1]

Peranan utama biro ini adalah untuk melaksanakan kiraan rasmi sepanjang sepuluh tahun (setiap 10 tahun) bagi setiap penduduk yang tinggal di Amerika Syarikat. Hasil yang paling penting daripada kiraan itu adalah pembahagian semula bilangan kerusi bagi setiap negeri yang dibenarkan di dalam Dewan Perwakilan,[1] tetapi hasilnya juga mempengaruhi pelbagai program kerajaan yang bakal diterima untuk setiap negeri. Secara politiknya, pengarah biro ini dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b USCB DOC-D1026 QVC Manual 01/03/09

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]