Presiden Amerika Syarikat
| Presiden Amerika Syarikat
President of the United States of America | |
|---|---|
Jata rasmi Presiden Amerika Syarikat | |
| Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat Pejabat Eksekutif Presiden Amerika Syarikat | |
| Gelaran | Tuan Presiden (tidak rasmi) Yang Mulia (rasmi) Tuan Yang Terutama (T.Y.T.) |
| Kediaman | Rumah Putih |
| Tempoh | 4 tahun |
| Pemegang sulung | George Washington |
| Pembentukan | 4 Mac 1789 |
| Timbalan | Mike Pence |
| Amerika Syarikat |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Perundangan
Kepresidenan
Kehakiman
Subbahagian
|
|
Negara lain · Atlas Portal Kerajaan A.S. |
Presiden Amerika Syarikat (kadangkala disingkatkan namanya sebagai POTUS, (Bahasa Inggeris: President Of The United States)[1] ialah ketua negara dan ketua kerajaan Amerika Syarikat. Presiden juga ialah ketua cawangan eksekutif kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Jawatan ini diwujudkan dengan persetujuan Perlembagaan Amerika Syarikat pada 1788 dengan presiden pertama dilantik pada 1789. Seorang Presiden Amerika Syarikat hanya boleh menjawat selama dua masa penggal yang masing-masing mempunyai tempoh sepanjang empat tahun.
Artikel Dua Perlembagaan mengukuhkan presiden sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan menghitung kuasanya secara spesifik yang diberikan kepada seorang presiden, termasuklah kuasa untuk menandatangani sesuatu akta menjadi undang-undang atau memvetonya termasuklah kuasa untuk menandatangani menjadi undang-undang atau akta-akta yang diluluskan oleh Kongres. Presiden itu mempunyai kuasa untuk membina satu kabinet penasihat-penasihat dan untuk memberikan keampunan atau penangguhan hukuman. Akhirnya, dengan "nasihat dan persetujuan" daripada Senat, untuk membuat perjanjian, melantik pegawai-pegawai pusat, Pesuruhjaya Tinggi , dan hakim, termasuklah Mahkamah Agung. Oleh kerana pegawai daripada jabatan lain, perlembagaan dengan para pegawai, perlembagaan menghadkan presiden dengan satu set timbal balik. Ia dirangka untuk menghadkan individu-individu daripada mengambil kuasa mutlak.
Isi kandungan
Senarai Presiden[sunting | sunting sumber]
*Nota: Grover Cleveland menjadi presiden dua kali tidak berturut-turut. Oleh itu, George W. Bush ialah presiden ke-43 walaupun dia merupakan orang ke-42 yang menjawat.
Bekas Presiden yang masih hidup[sunting | sunting sumber]
| Nama | Tempoh perkhidmatan | Tarikh kelahiran |
|---|---|---|
| Jimmy Carter | 1977-1981 | 1 Oktober 1924 |
| Bill Clinton | 1993-2001 | 19 Ogos 1946 |
| George W. Bush | 2001-2009 | 6 Julai 1946 |
| Barack Obama | 2009-2017 | 4 Ogos 1961 |
Syarat menjadi Presiden[sunting | sunting sumber]
Perlembagaan Amerika Syarikat menyatakan:
- "Tidak seorang pun, selain daripada warganegara asli, atau warganegara Amerika Syarikat pada waktu berlakunya Perlembagaan ini, dapat memangku jawatan presiden; dan tidak seorang pun yang dapat memangku jawatan tersebut, kecuali dia telah mencapai umur 35 tahun dan telah tinggal di Amerika Syarikat selama 14 tahun."
Setiap presiden perlu bersumpah:
- "Saya bersumpah dengan khidmat bahawa saya dengan setia akan melaksanakan jawatan Presiden Amerika Syarikat dan dengan segala kesanggupan yang ada pada saya akan memelihara, melindungi, dan mempertahankan Perlembagaan Amerika."
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Safire, William (1997-10-12). "On Language; Potus and Flotus". The New York Times. Dicapai 2007-08-20.
Buku lanjutan[sunting | sunting sumber]
- Buku Presiden - Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Presiden Amerika Syarikat. |