Khlong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Psar terapung Damnoen Saduak, wilayah Ratchaburi

Khlong atau 'klong' ialah terusan atau tali air yang terdapat di Thailand. Terusan ini berpunca dari Sungai Chao Phraya, Sungai Tha Chin dan Sungai Mae Khlong dan cawangannya. Istilah khlong bukan terbatas kepada terusan buatan tetapi juga bermaksud sungai yang lebih kecil.

Khlong yang terdapat di Bangkok berselirat atau bersilang-silang dan menyebabkan Bangkok digelar 'Venice di Timur'. Khlong popular digunakan untuk pengangkutan dan pasar-pasar terapung dan juga kumbahan. Hari ini, banyak khlong telah dikambus dan dijadikan jalan-jalan walaupun Thonburi masih lagi mengekalkan beberapa khlong yang besar.

Di pusat bandar Bangkok adanya Khlong Saen Saeb yang menyediakan perkhidmatan bot yang kekal penting sebagai pengangkutan awam.

Pasar terapung yang utama dan terkenal ialah Damnoen Dasuak di wilayah Ratchaburi.