Khunsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam biologi, khunsa atau hermafrodit merujuk kepada organisma yang memiliki kedua-dua jenis alat kelamin iaitu jantan dan betina. Dalam sesetengah taksonomi haiwan (terutamanya invertebrat), hermafrodit ialah keadaan biasa, membolehkan kedua-dua pasangan bertindak sebagai "jantan" dan "betina".