Pergi ke kandungan

Khunsa (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khunsa
Genre
Ditulis oleh
  • Shahrulezad Mohameddin
    (Penulis skrip)
  • Azrul Anuar
    (Pembantu skrip)
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifHisham A. Karim
Penerbit
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal11 Mac 2024 – 25 April 2024
Kronologi
MengikutiSi Jantung Hati
Diikuti olehBercakap Dengan Jun

Khunsa (atau KHUN:SA : Che Khun Che Nisa) ialah sebuah siri televisyen best Malaysia 2024 terbitan Radius One Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat). Drama ini dibintangi oleh Azhan Rani, Nadia Aqilah, Sherry Alhadad, Rafique Iskandar, Mikael Noah dan ramai lagi. Siri ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 11 Mac 2024 iaitu sehari sebelum menjelang Ramadan 1445H.[1][2][3]

Wan Jusoh yang tidak boleh menerima takdir dengan kelahiran anak bongsunya sebagai khunsa telah memilih untuk membesarkan anaknya itu sebagai seorang lelaki.

Namun, Che Khun membesar dan cenderung kepada sifat kewanitaan menjadikan Wan Jusoh marah.

Kehadiran Zaiton yang kini menjadi ibu tiri kepada mereka sering memperlakukan mereka dengan teruk.

Pelbagai cabaran dan rintangan yang berlaku sepanjang Che Khun membesar sehingga dewasa dek kerana kesalahan bapanya yang menentukan jantinanya secara membabi buta.

Watak utama

[sunting | sunting sumber]

Keluarga Wan Jusoh

[sunting | sunting sumber]
  • Azhan Rani sebagai Wan Jusoh (episod 1–20)
  • Mikael Noah sebagai Che Khun (7 Tahun) (episod 3–11)
  • Mhia Firdaus sebagai Che Khun (14 Tahun) (episod 11–20)
  • Amalina Arham sebagai Che Nisa (21 Tahun) (episod 21–24)
  • Nadia Aqilah sebagai Munah / Che Nisa (35 Tahun) (episod 25–28)
  • Farah Ahmad sebagai Che Nisa (50 Tahun) (episod 1 [sebagai suara cameo]/bersambung dalam musim 2)
  • Putri Qaseh Izwandy sebagai Che Timah (10 Tahun) (episod 1–3)
  • Putri Jannah Izwandy sebagai Che Timah (17 Tahun) (episod 3–11)
  • Ayu Ayuni Sebagai Che Timah (27 Tahun) (episod 11–16)
  • Salsa Cella sebagai Che Midah (8 Tahun) (episod 1–3)
  • Fara Nadiah sebagai Che Midah (15 Tahun) (episod 3–11)
  • Zizi Hazirah sebagai Che Midah (23 Tahun) (episod 12–20)
  • Emelda Rosmila sebagai Che Midah (30 Tahun)
  • Sharifah Fathimah Hawra sebagai Che Ani (7 Tahun) (episod 1–3)
  • Kiky Hannah sebagai Che Ani (14 Tahun) (episod 3–11)
  • Dina Allysha sebagai Che Ani (20 Tahun) (episod 11–15)
  • Rasya Dean sebagai Che Ani (28 Tahun) (episod 22)

Keluarga Long Hassan & Long Hawa

[sunting | sunting sumber]

Memperkenalkan

[sunting | sunting sumber]
  • Ezu Hashim sebagai Tuyah
  • Zarif Ghazzi sebagai Naem
  • Danny Soda @ Danieal Aidid sebagai Juki (Marzuki)

Watak Pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Khaled Asharief sebagai Azlan (14 Tahun)
  • Qistina Khaled sebagai Siti (14 Tahun)
  • Azzal Amaliz sebagai Fuad
  • Adam Ikmal sebagai Wafi
  • Ewan Fauzi sebagai Hairi
  • Ej Lee sebagai Azizi
  • Een Efendi sebagai Cikgu Samsiah
  • Sahronizam Noor sebagai Cikgu Sulaiman
  • Hilmi Zerain sebagai Lutfi

Kesinambungan

[sunting | sunting sumber]

Episod 28 berakhir dengan penahanan Che Nisa (Nadia Aqilah) selepas membunuh Azlan-- yang sebenarnya dilakukan Naem/Ahmad untuk melindungi ibunya. Akhir cerita, Ezad @ Shah (Megat) mengetahui identiti sebenar Naem--Ahmad. Penonton ditinggalkan dengan pertanyaan yang masih tiada jawapan-- kelanjutan cerita Che Nisa dan watak-watak lain di usia tua, dan juga kisah Ahmad Naem. Nantikan Khunsa 2...


Khunsa II akan datang

1. Drama Khunsa mendapat sokongan dan nasihat daripada pakar kesihatan bertauliah dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari segi agama supaya memastikan jalan cerita realistik dan tidak bercanggah sahsiah.

2. Idea drama ini bermula pada 2020 apabila Shahrulezad ingin mencari kelainan cerita manfaat dan kesedaran kepada masyarakat, malah beliau lari fenomena drama Nur. Namun projek drama Khunsa hanya digerak pada 2022 katanya drama 28 episod pernah ditolak oleh sebuah stesen TV atas alasan tertentu hanya Astro sahaja luluskan.

3. Sherry Al Hadad pertama kali membawa watak jahat bagi mencari kelainan selepas beliau membawa watak komedi yang sinonim dirinya.

4. Lokasi penggambaran dijalankan di sebuah rumah replika terletak di Paya Wetland, Dengkil manakala selebihnya di Kuala Lumpur dan Kuala Kangsar, Perak

5. Mhia Firdaus yang membawa watak Che Khun (14 - 20Tahun) adalah anak kepada pengarah Pitt Hanif (nama sebenar Firdaus Hanif) dan ibunya Farah Ahmad yang mainkan watak sama untuk umur 50 an.

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2024 Asian Academy Creative Awards Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Mikael Noah Menang
Pengarah Terbaik Shahrulezad Mohameddin Menang
Drama Terbaik MEASAT Broadcast Network Systems, Radius One Menang
  1. ^ Azhafizah (5 Mac 2024). "Drama KHUN:SA (Astro Ria)".
  2. ^ Ariffin, Fatin Farhana (29 Disember 2023). "Khunsa bukan promosi LGBT".
  3. ^ Alhamzah, Tahir (16 Februari 2024). "#Showbiz: 'Khunsa' is my most difficult production so far, says director" (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Astro Ria: Slot DramaVaganza, Isnin-Khamis (Sepanjang Ramadhan dan Raya), 9:00 malam
Sebelumnya Khun-sa Berikutnya
Si Jantung Hati Bercakap Dengan Jun