Khushwant Singh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Khushwant Singh (lahir Khushal Singh, 2 Februari 1915 – 20 Mac 2014)[1] adalah seorang penulis novel, peguam, wartawan dan ahli politik India. Beliau dibesarkan di New Delhi, belajar undang-undang di Kolej St. Stephen, Delhi, dan King's College London. Setelah bekerja sebagai peguam di Mahkamah Lahore selama lapan tahun, beliau menyertai Perkhidmatan Luar India selepas kemerdekaan India dari Empayar British pada 1947. Beliau dilantik sebagai wartawan di All India Radio pada 1951 dan kemudiannya berpindah ke Jabatan Komunikasi Massa UNESCO di Paris pada 1956. Dua kerjaya beliau yang terakhir ini menggalakkan beliau untuk menceburi kerjaya dalam bidang sastera.

Sebagai seorang penulis, beliau dikenali dengan gaya sekularisme, jenaka dan sindiran yang tajam serta teguh dengan rasa cinta terhadap puisi. Beliau pernah menjadi seorang penyunting untuk beberapa majalah sastera dan berita serta surat khabar dari 1970-an hingga 1980-an. Di antara 1980 hingga 1986, beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen bagi Rajya Sabha.

Khushwant Singh pernah menerima anugerah Padma Bhushan pada tahun 1974.[2] Walau bagaimanapun, beliau mengembalikan anugerah tersebut pada 1984 sebagai bantahan terhadap Operasi Bintang Biru di mana Tentera India menyerang Amritsar. Pada 2007, beliau telah dianugerahkan Padma Vibhushan, anugerah awam kedua tertinggi di India.[3]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Subramonian, Surabhi (20 March 2014). "India's very own literary genius Khushwant Singh passes away, read his story". dna. Diligent Media Corporation Ltd. Dicapai pada 7 May 2015. 
  2. ^ "Padma Awards" (PDF). Ministry of Home Affairs, Government of India. 2015. Diarkibkan daripada original (PDF) pada 15 November 2014. Dicapai pada July 21, 2015. 
  3. ^ TNT (28 January 2008). "Those who said no to top awards". The Times of India. Dicapai pada 7 May 2015. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]