Kiawentiio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kiawentiio
Kelahiran
Kiawenti:io Tarbell

(2006-04-28) 28 April 2006 (umur 17)
Akwesasne, Ontario, Kanada
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
  • penulis lagu
Tahun aktif2019–sehingga kini

Kiawenti:io Tarbell[1] (/ˌɡjɑːwənˈdj/, lahir 28 April 2006),[2] dikenali dengan mononimnya sebagai Kiawentiio, ialah pelakon, penyanyi dan lagu penulis dari Kanada yang beretnik Mohawk (salah satu etnik bumiputera Amerika Utara). Peran besar pertama Kiawentiio dalam filemografi ialah penampilannya di musim ketiga siri CBC, Anne with E (2019). Ia berlakon dalam filem bertajuk Beans (2020). Kiawentioo berperan sebagai watak bernama Maya Thomas dalam sitkom Rutherford Falls (2021). Ia menjadi terkenal kerana lakonannya sebagai Katara dalam siri pembuatan semula Avatar: The Last Airbender yang ditaja oleh Netflix (2024).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Kiawentiio lahir dari keluarga yang sepenuhnya berasal daripada Mohawk, salah satu bumiputera yang menghuni daerah Akwesasne, Reservasyen First Nation (Bangsa Pertama) yang berkedudukan di antara sempadan Amerika Syarikat–Kanada, memanjang sepanjang hilir Sungai Santo Lawrence.[3][4] Daerah Mohawk yang berada AS dinamai rasmi sebagai Reservasyen St. Regis Mohawk.

Nama Kiawentiio dalam bahasa Kanien'kéha (sebutan lain untuk bahasa Mohawk) bermakna "pagi yang cerah".[5] Orang tuanya ialah Barbara Tarbell dan Corey Tarbell,[6] ia membesar di Pulau Kawehno:ke, Ontario (nama bahasa Inggeris daerah itu ialah Cornwall Island) dan menyertai Sekolah Freedom. Kiawentiio meneruskan pendidikan sekolahnya di Sekolah Kolej dan Vokasional Cornwall.[7] Kerjayanya sebagai pempengaruh sejak kecil membuatnya sering beepergian ke Ottawa, Montreal, and New York. Kiawentiio telah rasmi mendapat status kewarganegaraan Amerika Syarikat sebelum berlakon di Avatar: The Last Airbender.[8]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kiawentiio ialah satu-satunya yang terpilih dari 200 pelakon bumiputera Kanada untuk melakonkan Ka'kwet dalam audisi. Ka'kwet ialah watak pentimg yang tampil sepanjang musim ke-3 dalam siri Anne with an E.[9] Sebelum Kiawentiio sepenuhnya berlakon dalam filem itu, ia harus fasih dalam bahasa Miꞌkmaq dan mempelajari tatasusila, budaya dan sejarah etnik teelebih dahulu.

Kiawentiio berlakon dalam filem Kanada bertajuk Beans sebagai gadis Mohawk 12 tahun Mohawk yang bermastautin di Pulau Kahnawake pada tahun 1990, semasa berlakunya pertikaian berdarah Oka[10] di wilayah Quebec antara faksi bersenjata Quebec yang dipimpin oleh Jeneral John de Castelain dengan penduduk bumiputera Mohawk yang dipimpin oleh Ellen Gabriel dari Puak Kura-Kura.

Ia memerankan watak penyokong Maya Thomas dalam siri sitcom Peacock bertajuk Rutherford Falls (2021). Pada tahun 2021, Kiawentiio terpilih dalam siri TV yang ditaja oleh Netflix untuk memerankan Katara yang bertajuk Avatar: The Last Airbender.[11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Lakonan Nota
2020 Beans Beans / Tekehentahkhwa
2022 N'xaxaitkw Zarya Filem pendek

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Lakonan Nota
2019 Anne with an E Ka'kwet 5 episod
2021 Rutherford Falls Maya Thomas 2 episod
2023 What If...? Wahta (suara) Episod: "What If... Kahhori Reshaped the World?"
2024—sehingga kini Avatar: The Last Airbender Katara Watak utama

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Tajuk Nota
In My Head Dikeluarkan: 5 Mac 2021[12][13]

Tajuk lagu[sunting | sunting sumber]

  • Light at the End (2020) dari Beans[12]
  • This Moment (2021), bahagian daripada EP In My Head[12]
  • Saying Goodnight (feat. Rasentonkwa Tarbell, 2021), bahagian daripada EP In My Head[12]
  • Unfamiliar (2021), bahagian daripada EP In My Head[12]
  • In What World (2021), bahagian daripada EP In My Head[12]

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya Hasil Ruj.
2019 Vancouver Film Critics Circle Mesti ditonton Beans Menang [14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rising Star — Meet Kiawenti:io Tarbell from Anne with an E". CBC Kids News. 26 September 2019. Dicapai pada 14 September 2021.
  2. ^ "Kiawentiio". TV Insider. Dicapai pada 4 June 2023.
  3. ^ "Kiawentiio biography and filmography | Kiawentiio movies". Tribute (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-17.
  4. ^ Craig, Jo (2021-08-13). "Who is Kiawentiio Tarbell? Explore the Instagram, Ethnicity and Roles of Avatar: The Last Airbender Actor". HITC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-17.
  5. ^ Roundpoint, Shannon Burns. "ACTING UP" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-25.
  6. ^ Sumi, Glenn (2021-04-15). "Beans star Kiawentiio starts her dramatic journey strong". NOW Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-25.
  7. ^ Lafrance, Derrick (10 August 2017). "Kiawentiio Tarbell". Indian Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-25.
  8. ^ Mehta, Sia (February 13, 2021). "TIFF Kiawentiio Biography". TIFF (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-17.
  9. ^ "Kiawenti:io Tarbell - Anne with an E". CBC. Dicapai pada 14 September 2021.
  10. ^ Time, Indian. "Rising Star Kiawenti:io Tarbell Talks about Her Experience on "Anne with an E"". Indian Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-17.
  11. ^ Webster, Andrew (2021-08-12). "Netflix reveals cast for its live-action Avatar: The Last Airbender series". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-17.
  12. ^ a b c d e f "Musician". Kiawentiio. Dicapai pada 4 June 2023.
  13. ^ Sumi, Glenn (2021-04-15). "Beans star Kiawentiio starts her dramatic journey strong - NOW Magazine". NOW Toronto (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-31.
  14. ^ Castillo, Jorge Ignacio (March 12, 2021). "Vancouver Film Critics Name Violation Best Canadian Feature". Vancouver Film Critics Circle.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]