Kikir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sebatang kikir biasa

Kikir (Jawi: كيكير) adalah alat keluli yang digunakan untuk mengikis, melicin atau mengasah sejumlah kecil bahan mentah dari benda yang dikerjakan baik semasa bertukang kayu, logam dan sebagainya. Alat ini terdiri dari sebatang keluli pipih lonjong dengan banyak mata bergerigi tajam selari serta hujung runcing dipasang pemegang.[1]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Mata-mata gerigi kikir bersilang yang halus

Kikir terdapat dalam pelbagai jenis bahan, ukuran, bentuk, potongan, dan susunan mata gerigi. Keratan rentas fail boleh berbentuk rata, bulat, separuh bulat, segitiga, persegi, pisau atau bentuk yang lebih khusus.

Besi keluli, besi waja atau baja yang digunakan untuk membuat alat kikir harus mempunyai kekerasan jauh melebihi bahan yang hendak dikikis.[2] Kikir-kikir moden tkeluli dibuat dari keluli berkarbon tinggi[3][4] (mengandungi 1.0 hingga 1.25% karbon) dan mungkin dikeraskan sepenuhnya[5] ataupun secara separa.[6][7]

Jenis[sunting | sunting sumber]

  • Kikir pipih
  • Kikir tiga segi
  • Kikir segi empat: kikir bergerigi pada empat penjuru
  • Kikir bulat: untuk melicinkan lubang ditebuk
  • Kikir belah rotan: kikir berbentuk separuh silinder dengan sebelah yang rata

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lye, P. F. (1993), Metalwork theory, Book 1, Nelson Thornes, m/s. 12–13, ISBN 978-0-17-444313-1.
  2. ^ Dunham, Stanley Ann (2008). Pendekar-pendekar besi Nusantara: kajian antropologi tentang pandai besi tradisional di Indonesia. Diterjemahkan oleh Yuliani Lipoto. Bandung, Indonesia: PT Mizan Publika. m/s. 129. ISBN 978-979-433-534-5.
  3. ^ W., Goddard (2000). Wonder of Knifemaking. Krause. m/s. 30–31. ISBN 978-0-87341-798-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-03. Dicapai pada 2021-07-20.
  4. ^ R.L., Timings (2005). Newnes mechanical engineer's pocket book (ed. 3rd). Elsevier. m/s. 560. ISBN 978-0-7506-6508-7.
  5. ^ Henry Disston & Sons, Inc 1920, p. 43.
  6. ^ A.G., Atkins (2008). The science and engineering of cutting: the mechanics and processes of separating, scratching and puncturing biomaterials, metals and non-metals. Butterworth-Heinemann. m/s. 187. ISBN 978-0-7506-8531-3. Note that the reference actually states that they are hardened to 40 HRC, but the HRC scale is commonly incorrectly used on case hardened surfaces, so the value has been converted to the correct superficial Rockwell scale.
  7. ^ Martin, Thomas (1813). The circle of the mechanical arts. London. m/s. 341.