Kim Hee-sun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini memaparkan nama orang Korea yang mana nama keluarganya ialah Kim.
Kim Hee-sun
Kim Hee-sun (2).jpg
Kelahiran (1977-06-11) 11 Jun 1977 (umur 40)
Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
Nama lain Kim Hee-seon
Pendidikan Teater dan Perfileman
Pusat pendidikan Universiti Chung-Ang
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1993–sekarang
Ejen Hinge Entertainment
Pasangan Park Ju-young (k. 2007)
Nama Korea
Hangul 김희선
Hanja 金喜善
Perumian Semakan Gim Hui-seon
McCune–Reischauer Kim Hŭi-sŏn

Kim Hee-sun (lahir 11 Jun 1977) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Beliau mula terkenal semasa tahun 1990-an selepas muncul di dalam drama Men of the Bath House (1995), Propose (1997), Wedding Dress (1997), Forever Yours (1998), Mister Q (1998), Sunflower (1998) dan Tomato (1999). Kim juga membintangi drama Faith (2012) dan Angry Mom (2015).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kim Hee-sun memenangi sebuah Pertandingan Kecantikan Wajah Cerah pada tahun 1992 ketika beliau merupakan seorang pelajar sekolah menengah dan mula menjadi model di dalam majalah remaja. Pada tahun 1993, Kim muncul di dalam sebuah iklan komersial untuk Lotte Samkang. Beliau kemudiannya dipilih untuk berlakon di dalam drama Dinosaur Teacher dan dipilih sebagai pengacara untuk program muzik Live TV Music 20 pada tahun yang sama.[1]

She menikmati kemuncak popularitinya semasa pertengahan sehingga lewat tahun 1990-an dengan membintangi drama terkenal termasuk Men of the Bath House (1995), Propose (1997), Wedding Dress (1997), Forever Yours (1998), Mister Q (1998), Sunflower (1998) dan Tomato (1999). Kim memenangi Anugerah Utama di Anugerah Drama SBS 1998 untuk drama Mister Q, menjadikan beliau pemenang Dasesang termuda dalam sejarah ketika berumur 21 tahun.

Beliau membuat penampilan filem pertamanya pada tahun 1997 di dalam Repechage dan pengarah filem tersebut, Lee Kwang-hoon meletakannya di dalam filem beliau yang seterusnya, Ghost in Love (1999). Kim kemudiannya muncul di dalam filem Bichunmoo yang dirakam di China dan mula ditayangkan pada tahun 2000. Walaupun persembahan lakonnanya dikritik, filem ini berjaya meningkatkan popularitinya di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Bersama-sama drama terkenal beliau yang lain, ia berjaya mengukuhkan kedudukanya sebagai seorang bintang Hallyu di China, Hong Kong, Taiwan dan Asia Tenggara.[2][3]

Pada tahun 2001, Kim membintangi filem Wanee & Junah. Walaupun persembahan lakonan beliau menerima ulasan menggalakkan daripada pengkritik, filem ini gagal dari segi komersial. Pada tahun 2003, beliau membintangi filem A Man Who Went to Mars (juga dikenali sebagai A Letter From Mars) bersama Shin Ha-kyun.[4] Beliau kembali ke televisyen menerusi drama My Fair Lady (2003) yang diadaptasi dari drama Jepun, Yamato Nadeshiko dan Sad Love Story (2005) dimana beliau melakonkan watak seorang penyanyi buta. Walau bagaimanapun, kedua-dua drama ini menerima rating rendah.[5][6][7]

Oleh kerana populariti beliau di kalangan penonton China, Kim kemudiannya dipilih untuk berlakon bersama-sama Jackie Chan di dalam filem The Myth. Beliau mempelajari Bahasa Mandarin untuk filem ini.[8] Kembali Korea, beliau mmebintangi drama Smile Again pada tahun 2006. Kim berkahwin pada tahun 2007 dan meninggalkan dunia hiburan. Kim berehat daripada lakonan selama lima tahun dan semasa tempoh ini,[9] beliau menerbitkan sebuah buku bertajuk Kim Hee-sun's Happy Mom Project pada tahun 2009.[10][11][12][13] Walaupun beliau mempunyai peranan kecil di dalam filem China, The Warring States (2011),[14] Kim secara rasminya membuat kemunculan kembali beliau pada tahun 2012 menerusi drama Faith.[15][16][17][18][19][20]

Pada tahun 2013, Kim menjadi salah seorang daripada pengacara musim kedua rancangan varieti, Strong Heart bertajuk Hwasin – Controller of the Heart.[21] Selepas Hwasin dibatalkan, beliau dipilih untuk berlakon di dalam drama Wonderful Days (2014).[22][23] Kim kemudiannya membintangi drama Angry Mom pada tahun 2015 dimana persembahan lakonan beliau dipuji oleh pengkritik.[24] Beliau kemudiannya mula menjalani penggambaran drama fantasi China, Ice Fantasy yang mula disiarkan pada bulan Julai 2016.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Kim berkahwin dengan ahli perniagaan, Park Ju-young di dalam sebuah majlis yang berlangsung di Hotel Sheraton Grande Walkerhill Seoul pada 19 Oktober 2007.[1][25][26] Beliau melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Park Yeon-ah pada 21 Januari 2009.[27][28][29]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
1993 Dinosaur Teacher Kim Hee-sun SBS
1994 The Story of Chunhyang Seong Chunhyang KBS1
1995 Agatha Christie Lee Joon-hee SBS
Sons of the Wind Lee Yeon-hwa KBS2
Men of the Bath House Kim Soo-kyung KBS2
1996 Colors "White Side" Kim Hye-jin / Song Eun-young KBS2
A Faraway Country Seo Woon-ha KBS2
1997 Propose Kim Yoo-ra KBS2
New York Story Jae-in SBS
Wedding Dress Kim Doo-na KBS2
1998 Forever Yours Han Seo-hee MBC
Mister Q Han Hye-won SBS
Sunflower Han Soo-yeon MBC
1999 Tomato Lee Han-yi SBS
Goodbye My Love Seo Yeon-joo MBC
2003 My Fair Lady Ha Min-kyung SBS
2005 Sad Love Story Park Hye-in MBC
2006 Smile Again Oh Dan-hee SBS
2012 Faith Yoo Eun-soo SBS
2014 Wonderful Days Cha Hae-won KBS2
2015 Angry Mom Jo Kang-ja MBC
2016 Ice Fantasy Lian Ji Hunan TV
2017 Woman of Dignity Woo Ah Jin TBA

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
1997 Repechage Eun-hye
1999 Ghost in Love Jin Chae-byul
Calla Kang Ji-hee
2000 Bichunmoo Sullie
2001 Wanee & Junah Wa-ni
2003 A Man Who Went to Mars So-hee
2005 The Myth Princess Ok-soo
2011 The Warring States Pang Fei

Rancangan varieti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Nota
1993 Live TV Music 20 SBS Pengacara
1995 TV Time Travel MBC Pengacara
1996-1998 Live TV Music 20 SBS Pengacara
1999 There Is Something Special
with Kim Hee-sun
SBS Pengacara
2001 A Very Special Gift with Kim Hee-sun SBS Pengacara
2009 Human Documentary Love:
I Want to Be Thumbelina's Mom Ⅲ
MBC Pencerita dokumentari
2012 Taxi tvN Tetamu, episod 227
Running Man SBS Tetamu, episod 100
Healing Camp, Aren't You Happy SBS Tetamu, episod 74-75
2013 Hwasin – Controller of the Heart SBS Pengacara
2014 Happy Together KBS2 Tetamu, episod 339
2015 With You All the Way Zhejiang Satellite TV Tetamu, episod 4
2017 Knowing Bros JTBC Tetamu, episod 66

Buku[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penerbit
2009 Kim Hee-sun's Happy Mom Project L Company

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan
1992 Pertandingan Kecantikan Wajah Cerah Anugerah Utama (Daesang) N/A Menang
1995 Anugerah Drama KBS Pelakon Baru Wanita Terbaik Sons of the Wind Menang
1996 Anugerah Seni Baeksang ke–32 Pelakon Baru Wanita Terbaik (TV) Men of the Bath House Menang
Anugerah Drama KBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita A Faraway Country, Colors Menang
1997 Anugerah Drama KBS Anugerah Populariti Propose Menang
1998 Anugerah Drama SBS Anugerah Utama (Daesang) Mister Q Menang
Anugerah Drama MBC Anugerah Populariti Forever Yours, Sunflower Menang
2000 Anugerah Seni Baeksang ke–36 Pelakon Wanita Paling Popular (TV) Tomato Menang
Anugerah Filem Blue Dragon ke–21 Anugerah Bintang Popular Bichunmoo Menang
Anugerah Drama SBS Anugerah SBSi Tomato Menang
Anugerah Bintang Besar Menang
2001 Anugerah Filem Blue Dragon ke–22 Pelakon Wanita Terbaik Wanee & Junah Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Menang
2002 Anugerah Seni Baeksang ke–38 Pelakon Wanita Paling Popular (Filem) Menang
2003 Anugerah Bintang Terbaik Andre Kim Pertama Anugerah Bintang N/A Menang
2005 Hari Pembayar Cukai ke–39 Pujian Perdana Menteri N/A Menang
Anugerah Pencapaian Blue Dragon Universiti Chung-Ang Penerima N/A Menang
2007 Anugerah Bintang Terbaik Andre Kim ke–3 Anugerah Bintang N/A Menang
2009 Anugerah Bintang Terbaik Andre Kim ke–4 Anugerah Bintang N/A Menang
2012 Anugerah Kecantikan Cosmo ke–9 Ikon Kecantikan Tahunan N/A Menang
Anugerah Budaya dan Hiburan Korea ke–20 Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita Faith Menang
Anugerah Drama SBS Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita di dalam Minisiri Dicalonkan
Anugerah Populariti Dicalonkan
2013 Anugerah DramaFever Pertama Pasangan Terbaik bersama Lee Min-ho Menang
2014 Anugerah Bintang APAN ke–3 Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita di dalam Drama Bersiri Wonderful Days Menang
Anugerah Drama KBS Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita Dicalonkan
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Bersiri Dicalonkan
2015 Anugerah Drama Korea ke–8 Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita Angry Mom Dicalonkan
Majlis Oriental Anugerah Pengaruh Asia ke–2 Anugerah Orang Asia Paling Berpengaruh N/A Menang
Anugerah Bintang APAN ke–4 Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita di dalam Minisiri Angry Mom Menang
Anugerah Drama MBC 10 Bintang Teratas Menang
Pasangan Terbaik bersama Ji Soo Dicalonkan
Anugerah Utama (Daesang) Dicalonkan
Anugerah CARI K Drama ke–4 Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
2016 Anugerah Bintang APAN ke–5 Anugerah Bintang APAN Terbaik N/A Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Fans Eagerly Await Wedding of Kim Hee-sun". The Chosun Ilbo. 2007-08-10. Dicapai 2012-11-18. 
  2. ^ Yeo, Si-dong (2001-07-25). "China's TCL Signs Actress Kim Hee-sun in Promo Deal". The Chosun Ilbo. Dicapai 2012-11-18. 
  3. ^ "Actor Ahn Jae-wook and Actress Kim Hee-sun Most Popular in China". The Chosun Ilbo. 2003-11-24. Dicapai 2012-11-18. 
  4. ^ "Actors and Actresses of Korean Cinema: Kim Hee-sun". Koreanfilm.org. Dicapai 2012-11-18. 
  5. ^ Suh, Jung-bo (2004-10-21). "Kim Hee-sun, A Blind Singer in the New Drama Sad Love Song". The Dong-a Ilbo. Dicapai 2012-11-18. 
  6. ^ Hwang, You-mee (2005-01-15). "TV dramas woo viewers with top actresses". The Korea Herald. Dicapai 2012-11-18. 
  7. ^ "Actress Kim Hee-seon Holds Promo Tour in Japan". KBS Global. 2007-08-03. Dicapai 2012-11-18. 
  8. ^ Song, Won-sup (2004-07-12). "Chinese Press Predict Kim Hee-sun to be Reborn as Representative Brand of Asia". The Chosun Ilbo. Dicapai 2012-11-18. 
  9. ^ "Actress on Magazine Cover With Daughter". The Korea Times. 2009-08-19. Dicapai 2012-11-18. 
  10. ^ "Kim's 1st Appearance After Delivering Baby". The Korea Times. 2009-04-08. Dicapai 2012-11-18. 
  11. ^ "Actress Kim Hee-sun Promotes Her Book at Charity Bazaar". The Chosun Ilbo. 2009-04-11. Dicapai 2012-11-18. 
  12. ^ Park, Min-young (2009-04-06). "Celebrity moms, what`s their secret?". The Korea Herald. Dicapai 2012-11-18. 
  13. ^ "Actress Kim Hee-sun Set to Make Comeback". The Chosun Ilbo. 2010-01-01. Dicapai 2012-11-18. 
  14. ^ Mao, Renjie (2010-03-17). "Why Kim Hee-Sun?". Global Times. Dicapai 2012-11-18. 
  15. ^ Sunwoo, Carla (2012-01-05). "Kim Hee-sun lands lead role in Faith". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2012-11-18. 
  16. ^ Sunwoo, Carla (2012-07-13). "Kim Hee-sun, Lee Min-ho start filming". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2012-11-18. 
  17. ^ Kim, Ji-yeon (2012-08-10). "Kim Hee Sun and Lee Min Ho of Faith Call Each Other Babies". enewsWorld. Dicapai 2012-11-18. 
  18. ^ Ho, Stewart (2012-08-29). "Kim Hee Sun Says Secret Garden, Sun And The Moon Inspired Her to Return to Acting". enewsWorld. Dicapai 2012-11-18. 
  19. ^ Choi, Bo-ran (2012-09-04). "Actress Kim Hee Sun says, "Unless you accept time goes by, that will give you huge stress"". Star News. Dicapai 2012-11-28. 
  20. ^ Yu, Ah-jeong (2012-11-29). "After 5 years, TV beauty has Faith in comeback". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2012-11-28. 
  21. ^ Ho, Stewart (2013-01-15). "Strong Heart 2 to Be Led By Shin Dong Yeop, Kim Hee Sun and Yoon Jong Shin". enewsWorld. Dicapai 2013-01-15. 
  22. ^ Lee, Sun-min (2014-01-06). "New drama for Kim Hee-sun". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2014-02-11. 
  23. ^ Kim, Hee-eun (2014-02-10). "Kim Hee-sun gets Wonderful". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2014-02-11. 
  24. ^ Sohn, Ji-young (2015-03-18). "New MBC drama to address school violence, bullying". The Korea Herald. Dicapai 2015-03-19. 
  25. ^ Choi, April (2007-07-30). "Actress Kim Hee-sun's Fiance Is Businessman". The Korea Times. Dicapai 2012-11-18. 
  26. ^ "S. Korean star Kim Hee-sun's wedding". Xinhua News Agency. 2007-10-20. Dicapai 2012-11-18. 
  27. ^ Garcia, Cathy Rose A. (2009-01-21). "Kim Hee-sun Gives Birth to Baby Girl". The Korea Times. Dicapai 2012-11-18. 
  28. ^ "Actress Kim Hee-sun Gives Birth to a Baby Girl". The Chosun Ilbo. 2009-01-23. Dicapai 2012-11-18. 
  29. ^ "Popular actress regrets admitting to having a daughter". The Korea Times. 2012-11-24. Dicapai 2012-11-30. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]