Kim Jae-ryong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kim Jae-ryong
김재룡
Perdana Menteri Korea Utara
Memegang jawatan
11 April 2019
Pemimpin AgungKim Jong-un
Didahului olehPak Pong-ju
Ahli Majlis Tertinggi Rakyat untuk Huichon
Memegang jawatan
10 Mac 2019
Didahului olehCho Jae-yong
Butiran peribadi
Parti politikParti Pekerja Korea

Kim Jae-ryong (김재룡) ialah seorang ahli politik Korea Utara yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Korea Utara sejak 11 April 2019. Beliau juga merupakan ahli Majlis Tertinggi Rakyat.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sedikit yang diketahui mengenai kerjaya awal Kim.[1] Sebelum beliau menjadi perdana menteri, beliau memegang jawatan dalam bimbingan politik di pelbagai tapak perindustrian. Sekitar tahun 2007, beliau telah dilantik untuk memegang jawatan penting pertama beliau sebagai setiausaha Parti Pekerja Korea bagi jawatankuasa wilayah Pyongan Utara. Beliau telah dilantik sebagai ketua setiausaha Parti Pekerja Korea bagi jawatankuasa wilayah Chagang pada 2015 dan akhirnya menjadi pengerusi. Kim kemudian menjadi ahli Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea pada 2016.[2]

Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Mac 2019, Kim telah dipilih ke Majlis Tertinggi Rakyat dalam pilihan raya berparlimen. Kurang daripada sebulan kemudian, sesi pertama Majlis Tertinggi Rakyat ke-14, Kim telah dilantik sebagai perdana menteri, menggantikan Pak Pong-ju.[3] Beliau juga dipilih sebagai ahli Biro Politik Parti Pekerja Korea dan Suruhanjaya Pusat Ketenteraan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Song Jung-a (12 April 2019). "North Korea reshuffles leadership as Kim Jong Un shores up power". Financial Times. Dicapai pada 18 September 2019.
  2. ^ "Kim Jae Ryong". North Korea Leadership Watch. 28 February 2018. Dicapai pada 18 September 2019.
  3. ^ "N.K. leader re-elected as chairman of State Affairs Commission". Yonhap. Dicapai pada 12 April 2019.
  4. ^ "Press Release on 4th Plenary Meeting of 7th Central Committee of WPK". Korean Central News Agency. Dicapai pada 12 April 2019.
Jawatan politik
Didahului oleh
Pak Pong-ju
Perdana Menteri Korea Utara
2019–kini
Pemegang jawatan kini