Kim Jong-un
Kim Jong Un 김정은 | |
---|---|
![]() | |
Pemimpin Agung Korea Utara | |
Memegang jawatan 17 Disember 2011[1] | |
Didahului oleh | Kim Jong Il |
Pemerintah Tertinggi Tentera Rakyat Korea | |
Memegang jawatan 30 Disember 2011[2] | |
Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat | |
Memegang jawatan 28 September 2010 Berkhidmat dengan Ri Yong Ho | |
Pemimpin | Kim Jong Il Kim Jong-un |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat | |
Memegang jawatan 17 Disember 2011 | |
Didahului oleh | Kim Jong Il |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1983/1984 (umur 36–37)[3] Pyongyang, Korea Utara |
Parti politik | Parti Buruh Korea |
Alma mater | Universiti Kim Il Sung Akademi Tentera Universiti Kim Il Sung |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | ![]() |
Tahun perkhidmatan | 2010–kini |
Pangkat | Daejang (Jeneral) |
Kim Jong-un | |
---|---|
Chosŏn'gŭl | 김정은 |
Hancha | 金正恩[4] |
McCune–Reischauer | Kim Chŏng'ŭn |
Perumian Semakan | Gim Jeong-eun |
Kim Jong Un [5] (Hangul: 김정은; Hanja:金正恩) juga dieja ,sebagai Kim Jong-un, Kim Jong-eun atau Kim Jung-eun,[6] (lahir 8 Januari 1984),[7] merupakan penyandang jawatan Pemimpin Agung Korea Utara. Beliau secara rasminya diisytiharkan sebagai Pemimpin Agung selepas kematian bapa beliau, iaitu Pemimpin Agung Korea Utara yang kedua, Kim Jong Il.[8]
Beliau merupakan anak lelaki ketiga dan bongsu kepada pendahulunya, Kim Jong Il dan isterinya Ko Young-hee.[9] Sejak akhir tahun 2010, Kim Jong Un dianggap sebagai pewaris sah kepimpinan negara, dan selepas kematian bapanya, beliau diumumkan sebagai "Pewaris Agung" oleh media Korea Utara.[10] Di upacara peringatan Kim Jong-il, presiden Korea Utara, Kim Yong Nam mengisytiharkan bahawa "Rakan seperjuangan terhormat Kim Jong Un merupakan pemimpin agung parti, tentera dan negara yang mewarisi fahaman, kepimpinan, keperibadian, nilai-nilai murni, kecekalan hati dan keberanian rakan seperjuangan terhormat Kim Jong Il".[11] Kim tidak dijangka memegang jawatan secara rasmi sehingga para pegawai parti, parlimen dan pemerintahan atasan bersidang untuk mengesahkan perlantikannya selaku Setiausaha Agung Parti Buruh Korea dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat.[11][12] Pada 30 Disember 2011, Politburo Parti Buruh Korea melantik Kim sebagai Pemerintah Tertinggi Tentera Rakyat Korea secara rasmi.[2]
Dalam Tentera Rakyat Korea, beliau berpangkat Daejang (Hangul: 대장; Hanja:大將) yang bersamaan dengan Jeneral.[13] Kim dipercayai mengkaji sains komputer secara persendirian di Korea Utara.[14] Beliau meraih dua ijazah, iaitu satu dalam bidang fizik di Universiti Kim Il-sung dan satu lagi di Akademi Tentera Kim Il-sung|Akademi Tentera Kim Il Sung.[15][16]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ NKorea calls Kim Jong Un 'supreme leader'. The Associated Press. 28 Disember 2011. Diterima pada 1 Januari 2012.
- ^ a b "N.Korea declares Kim Jong-Un commander of military". Agence France-Presse. 30 Disember 2011. Diarkib daripada yang asal pada 2012-01-08. Dicapai pada 30 Disember 2011.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanLeeSer
tidak disediakan - ^ (Korea)"(北 막오른 김정은 시대)조선중앙통신 보도, 金正銀(X) 金正恩". Naver. 2 Oktober 2010. Dicapai pada 2 Disember 2010.
- ^ (Korea)""청년대장 김정은"... 북 후계자 시사 벽보 찍혔다". Kyunghyang Shinmun. 25 September 2009. Dicapai pada 2 Disember 2010.
- ^ Note: until recently, Jong Eun's name had been spelled differently in both Korean and English, causing him to become known as Jong-Woon. The Korean News Service refers to him as Kim Jong Un, while South Korean media is using Eun presently. Daily NK.
- ^ "Profile: Kim Jong-un". BBC News. 22 September 2010. Dicapai pada 28 September 2010.
- ^ North Korea tells rival SKorea and other nations not to expect any change, despite new leader. The Associated Press (via Yahoo! News). 29 Disember 2011. Ca.news.yahoo.com. Diambil pada 1 Januari 2012.
- ^ Moore, Malcom.Jong-un: a profile of North Korea's next leader. The Daily Telegraph. 2 Jun 2009
- ^ Alastair Gale (18 Disember 2011). "Kim Jong Il Has Died". The Wall Street Journal Asia. Dicapai pada 19 Disember 2011.
- ^ a b "Kim Jong Il son declared 'supreme leader' of North Korea's people, party and military". Washington Post. 28 Disember 2011. Dicapai pada 29 Disember 2011.
- ^ McCurry, Justin (29 Disember 2011). "Kim Jong-un declared 'supreme leader' in North Korea". The Guardian. Dicapai pada 29 Disember 2011.
- ^ "Is North Korea following the Chinese model?". BBC News. 29 September 2010. Dicapai pada 30 September 2010.
- ^ "Will Korea's Computer-Savvy Crown Prince Embrace Reform?". Science. 330 (6001): 161. 8 Oktober 2010. doi:10.1126/science.330.6001.161. (link)
- ^ Kim Jong Un makes first appearance since father’s death (Los Angeles Times, 20 Disember 2011). Latimesblogs.latimes.com (2011-12-20). Retrieved on 1 January 2012.
- ^ Powell, Bill. (2011-12-22)The Generals Who Will Really Rule North Korea (TIME, 22 Disember 2011). Time.com. Diambil pada 1 Januari 2012.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- People in DPRK news
- North Korea's Young Leader on Show – laporan video oleh The New York Times