Kit akar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kit-akar (rootkit) ialah kumpulan perisian yang bertujuan untuk menyembunyikan proses, fail dan data sistem yang sedang berjalan daripada sebuah sistem operasi tempat ia bernaung. Kit-akar awalnya merupakan aplikasi yang tidak berbahaya, tetapi kebelakangan ini telah banyak digunakan oleh peranti perosak yang bertujuan untuk membantu penceroboh menjaga tindakan mereka yang ke dalam sistem agar tidak terjejas. Kit-akar hadir di pelbagai sistem operasi seperti, Linux, Solaris dan Microsoft Windows. Kit-akar ini sering mengubah bahagian sistem operasi dan juga memasang dirinya sendiri sebagai penggerak atau modul teras.

Perkataan "rootkit" diketahui secara umum bermula pada skandal Sony BMG CD Copy Protection, yang mana cakera padat yang dibuat Sony BMG music meletakkan sebuah kit-akar di PC Microsoft Windows pada detik pengguna memainkan cakera padat di komputer mereka. Sony sebelum ini tidak memberi amaran kepada pengguna akan hal ini dalam cakera padat mereka mahupun dalam bungkusan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.