Linux

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Linux
Tux si burung penguin, maskot inti Linux
Tux si burung penguin, maskot inti Linux
KeadaanSemasa
Keluaran terbaru5.7.7 (inti Linux) / 30 Jun 2020
Jenis IntiInti monolitik bermodul
LesenLesen Awam Am GNU dan lain-lain
Laman rasmikernel.org/,%20https://gnu.org/
ubuntu
Linux
Sejarah
Projek GNUInti Linux (sejarahkemudahalihan dan seni bina disokong)Kontroversi penamaanSCO dan LinuxWindows dan LinuxPenerimaanHukum LinusTux
Pengedaran
Pengedaran Linux (senaraiperbandingan)Format pakej LinuxLiveDistro (senaraiperbandingan)Live USBMini Linux
Aplikasi
PelayanAtas mejaTerbenamPermainanPelanggan nipis

Istilah Linux atau GNU/Linux (GNU) juga digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan edaran Linux yang selalunya disertakan perisian-perisian lain sekali dengan sistem pengendalian. Contoh-contoh perisian adalah seperti pelayan web, bahasa pengaturcaraan, pangkalan data, persekitaran desktop]] (seperti GNOME dan KDE), dan set pejabat seperti OpenOffice.org. Edaran-edaran Linux telah mengalami pertumbuhan yang pesat dari segi kepopularan, sehingga lebih popular daripada versi UNIX yang merupakan perisian hak milik dan mula mencabar dominasi Microsoft Windows dalam sesetengah perkara.

Linux menyokong sebahagian besar perkakasan komputer dan telah diguna di dalam pelbagai peralatan daripada komputer peribadi ke superkomputer dan sistem terbenam (seperti telefon bimbit dan perakam video peribadi Tivo).

Pada mulanya, ia dibangunkan dan digunakan oleh peminatnya sahaja. Kini Linux telah mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar seperti IBM, dan Hewlett-Packard. Para penganalisa menujukan kejayaannya ini disebabkan ia tidak bergantung kepada vendor (vendor-independence), kos perkakasan yang rendah, dan kepantasannya berbanding versi UNIX proprietari, serta faktor keselamatan dan kestabilannya berbanding dengan Microsoft Windows. Ciri-ciri ini juga menjadi bukti kepada keberkesanan model pembangunan sumber terbuka.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kernel Linux pada awalnya ditulis sebagai hobi oleh pelajar universiti Finland Linus Torvalds yang belajar di Universiti Helsinki, untuk menyerupai kernel Minix yang bebas dan boleh sunting. (Minix adalah projek pelajaran menyerupai UNIX direka untuk mudah dan bukannya untuk kegunaan perniagaan.) Versi 0.01 dikeluarkan ke Internet pada September 1991, Versi 0.02 pada 5 Oktober 1991. [1]

Berikutnya, beribu penulis perisian sukarelawan seluruh dunia telah menyertai projek ini. Lihat juga The Cathedral and the Bazaar, rencana terkenal mengenai model pembangunan kernel Linux dan atur cara seumpamanya.

Sejarah sistem pengendalian berasaskan Linux berkait-rapat dengan projek GNU, projek perisian bebas terkenal diketuai oleh Richard Stallman. Projek GNU bermula pada 1983 untuk membangunkan sistem pengendalian seperti UNIX lengkap — pengkompil, atur cara aplikasi, utiliti pembangunan dan seterusnya — dikarang sepenuhnya dengan Perisian Bebas. Pada 1991, apabila versi pertama kerangka Linux ditulis, projek GNU project telah menghasilkan hampir kesemua komponen sistem ini — kecuali kernel. Torvalds dan pembangun kernel seperti Linux menyesuaikan kernel mereka supaya dapat berfungsi dengan komponen GNU, dan seterusnya mengeluarkan sistem pengendalian yang cukup berfungsi. Oleh itu, Linux melengkapkan ruang terakhir dalam rancangan GNU.

Walaupun kernel Linux dilesenkan di bawah Lesen Awam Am GNU, ia bukannya sebahagian daripada projek GNU.

Tux, seekor Penguin, merupakan logo dan maskot bagi Linux. Linux adalah tanda dagangan (SN: 1916230) yang dimiliki oleh Linus Torvalds. Ia didaftar sebagai "Perisian sistem pengendalian komputer bagi penggunaan komputer dan operasi". Tanda dagangan ini diletak setelah berlaku suatu kejadian di mana seorang peguam bernama William R Della Croce Jr mula menghantar surat kepada para pengedar Linux yang mendakwa tanda dagangan Linux adalah kepunyaannya serta meminta royalti sebanyak 10% daripada mereka. Para pengedar Linux mula mengumpul sumber serta membuat rayuan agar tanda dagangan yang asal diberi kepada Linus Torvalds. Perlesenan tanda dagangan Linux sekarang dikendali oleh Linux Mark Institute.

Edaran Linux[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak edaran Linux (lebih dikenali sebagai distro), yang dibangunkan oleh individu, koperasi, dan pertubuhan lain. Setiap satunya mungkin disertakan dengan perisian sistem dan program aplikasi tambahan, di samping menyertakan suatu program yang memasang keseluruhan sistem dalam komputer baru.

Teras bagi setiap edaran Linux termasuk inti Linux, koleksi perisian daripada projek GNU (atau projek lain), cangkerang, dan atur cara utiliti seperti pustaka, pengkompil, dan penyunting teks. Kebanyakan sistem juga menyertakan atur cara dan utiliti yang bukan-GNU, bagaimanapun atur cara-atur cara tersebut boleh diasingkan dan masih menyediakan sistem ala UNIX. Beberapa contoh adalah atur cara dan utiliti daripada BSD dan X-Window System. X menyediakan antara muka pengguna grafik yang asas bagi sistem Linux.

Kebanyakan edaran Linux menyertakan pelbagai perisian berkualiti. Lihat Senarai perisian sumber terbuka.

Lagi Sejarah Linux Lagi Sejarah Linux

Penggunaan sistem pengendalian berasaskan Linux[sunting | sunting sumber]

Pengguna Linux, yang secara tradisinya perlu memasang dan melakukan tatarajah terhadap sistem sendiri, lebih cenderung terhadap teknologi berbanding pengguna Microsoft Windows atau Mac OS. Mereka sering mendapat gelaran "hacker" atau "geek". Bagaimanapun stereotaip begini semakin kurang dengan peningkatan sifat ramah-pengguna dan berleluasannya pengguna edaran Linux. Linux telah membuat pencapaian yang agak baik dalam pasaran komputer pelayan dan komputer tujuan khas. Contohnya, mesin render imej, dan khidmat web. Linux juga mula popular dalam pasaran komputer atas meja.

Linux merupakan asas kepada kombinasi perisian-pelayan LAMP, singkatan daripada Linux, Apache, MySQL, Perl/PHP/Python. LAMP telah mencapai populariti yang luas dalam kalangan pembangun Web.

Linux juga sering digunakan sebagai sistem pengendalian terbenam. Kos Linux yang murah memungkinkan penggunaannya dalam peralatan seperti Simputer, iaitu komputer kos rendah yang disasarkan pada penduduk berpendapatan rendah di negara-negara membangun.

Dengan persekitaran atas meja seperti KDE dan GNOME, Linux menawarkan antara muka pengguna yang lebih menyerupai Apple Macintosh atau Microsoft Windows daripada antara muka baris perintah seperti UNIX. Justeru itu, lebih banyak perisian grafik boleh didapati pada Linux, yang menawarkan kebanyakan fungsi yang ada pada atur cara dagangan.

Pasaran serta kebolehpakaian[sunting | sunting sumber]

Linux yang pada awalnya hanya merupakan sistem pengendalian yang digunakan oleh peminat komputer, telah menjadi sistem yang lebih ramah pengguna, dengan antara muka grafik yang pelbagai serta aplikasi yang lebih memiripi sistem pengendalian konsumer lain, daripada baris perintah UNIX. Namun kesan ini telah menimbulkan kritikan ramai, begitu juga daripada penyokong Linux. Mereka berpendapat yang Linux dan projek perisian bebas masih belum mencapai faktor ke'bolehpakai'an yang memuaskan. Persoalan tentang ke'bolehpakai'an Linux berbanding Windows atau Macintosh masih menjadi isu perdebatan yang hangat. Pasaran Linux dalam komputer "desktop" masih agak kecil tapi semakin berkembang. Menurut Syarikat Penyelidikan Pasaran IDC, bahagian pasaran bagi Linux pada tahun 2002 adalah 25% bagi pasaran pelayan, dan 2.8% bagi pasaran komputer peribadi.

Bagi mereka yang hanya biasa menggunakan Windows atau Macintosh, Linux mungkin kelihatan lebih sukar disebabkan perbezaan dalam melakukan pelbagai kerja komputer. Malahan itu, lebih mudah untuk mencari sokongan teknikal bagi Windows atau Mac OS berbanding Linux. Tambahan lagi, secara lazimnya pengguna perlu menukar perisian yang sering digunakan, disebabkan perisian tersebut tidak didapati dalam Linux (atau pilihan yang agak terhad, terutamanya permainan komputer). Faktor lain adalah sifat ragu-ragu pengguna yang berasa susah hendak melepaskan sistem pengendalian mereka (ramai pengguna masih menggunakan versi Windows yang lama). Selain itu, kebanyakan komputer didatangkan dengan Windows sedia dipasang (preinstalled). Faktor-faktor ini menyebabkan perkembangan Linux yang agak perlahan.

Walau bagaimanapun, kelebihan Linux seperti kos rendah, kelemahan sekuriti yang kurang, dan tidak bergantung pada vendor (lack of vendor lock-in), telah menggalakkan penggunaan yang meluas di kalangan koperasi dan kerajaan. Dalam situasi ini, halangan yang disebut di atas dapat dikurangkan kerana hanya aplikasi/aturcara yang terhad digunakan, serta kerja pentadbiran komputer (administration) dikendalikan oleh sekumpulan pekerja pakar IT yang sedikit.

Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan terhadap kos serta ke'bolehpakai'an Linux. Relevantive, (sebuah syarikat berpusat di Berlin, yang mengkhusus dalam rundingan syarikat tentang ke'bolehpakai'an perisian, serta servis web), telah membuat kesimpulan bahawa ke'bolehpakai'an Linux bagi kerja-kerja berkaitan komputer "desktop" adalah hampir sama dengan Windows XP. Bagaimanapun, kajian oleh IDC (yang dibiayai oleh Microsoft) membahaskan bahawa Linux mempunyai kos pemilikan (Total Cost of Ownership) yang lebih tinggi berbanding Windows.

Linux juga sering dikritik disebabkan jadual pembangunannya yang tidak dapat diduga. Secara langsung, menyebabkan pengguna Enterprise kurang selesa dengan Linux berbanding dengan sistem pengendalian lain (Sumber:Marcinkowski, 2003). Pilihan yang banyak dalam edaran Linux juga dikatakan mengelirukan konsumer, dan vendor perisian.

Pemasangan[sunting | sunting sumber]

Proses pemasangan yang sukar sering-kali menjadi penghalang bagi pengguna baru, namun proses ini adalah lebih mudah hari ini. Dengan penerimaan Linux oleh beberapa pengeluar komputer peribadi terbesar, komputer yang disedia-pasang dengan edaran Linux boleh didapati. Terdapat juga edaran Linux yang membenarkan Linux dibut secara terus daripada Live CD tanpa perlu memasangnya ke dalam cakera keras. Contoh-contoh edaran Linux berbentuk Live CD adalah Knoppix/Gnoppix dan Gentoo. Imej ISO bagi CD untuk edaran Linux tersebut biasanya boleh dimuat turun daripada Internet, ditulis ke CD, dan seterusnya membutkan CD tersebut. Linux juga boleh dibutkan menerusi rangkaian, menerusi cakera liut, atau menerusi kad rangkaian.

Paparan[sunting | sunting sumber]

Tatarajah atau pentadbiran bagi kebanyakan tetapan Linux seringkali perlu dilakukan menerusi penyuntingan fail teks dalam direktori /etc. Terdapat juga atur cara seperti Linuxconf dan GNOME System Tools yang bertujuan memudahkan kerja ini dengan menyediakan antara muka grafik. Namun baris perintah merupakan cara paling lazim digunakan.

Sokongan[sunting | sunting sumber]

Sokongan bagi Linux biasanya didapatkan menerusi peer (dalam konteks ini bermaksud rakan dalam talian) - pengguna Linux lain di dalam forum internet, kumpulan berita dan senarai mel. Kumpulan Pengguna Linux (LUG, Linux User Group) telah ditubuhkan di sepelosok dunia bagi membantu pengguna tempatan (local user), pengguna baru, dan pengguna berpengalaman. Bantuan termasuk pemasangan, penggunaan, penyelenggaraan serta menggalakkan perkembangan sistem Linux.

Pembekal komersil bagi edaran Linux secara umumnya mengamalkan model perniagaan dengan menyediakan sokongan. Sokongan parti ketiga juga sedia ada.


"GNU/Linux"[sunting | sunting sumber]

Lihat Kontroversi Penamaan GNU/Linux

Disebabkan atur cara-atur cara daripada projek sistem pengendalian bebas GNU - tanpa ini sistem Linux tidak akan menyerupai sistem UNIX dalam perspektif pengguna - Richard Stallman daripada GNU/FSF memohon agar kombinasi sistem (projek GNU dan kernel Linux), digelar sebagai "GNU/Linux". Pengguna edaran Linux daripada projek Debian lebih cenderung mengguna nama tersebut. Kebanyakan pengguna lebih mudah mengguna istilah "Linux".

Tindakan undang-undang[sunting | sunting sumber]

Artikel utama: SCO Vs IBM

Pada bulan Mac 2003, Kumpulan SCO (SCOG - SCO Group) telah mengeluarkan saman terhadap IBM yang mendakwa bahawa IBM telah memasukkan sebahagian daripada bahan intelektual kepunyaan SCOG ke dalam kernel Linux, di mana ia merupakan cabulan terhadap lesen IBM untuk menggunakan UNIX. Lesen tersebut dikatakan dipegang oleh Kumpulan SCO. Tambahan lagi, Kumpulan SCO juga telah mengirim surat kepada sebilangan syarikat dan memberi amaran tentang penggunaan Linux tanpa lesen daripada kumpulan SCO akan menerima tindakan daripada mereka. Kumpulan SCO juga mengeluarkan pernyataan pada media massa yang mereka akan menyaman pengguna Linux selanjutnya. Kontroversi ini telah mencetus beberapa kes saman oleh Kumpulan SCO terhadap Novell, DaimlerChrysler, dan AutoZone, selain saman balik oleh Red Hat dan pihak lain terhadap SCOG.

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Glyn Moody: Rebel Code: Linux and the Open Source Revolution, Perseus Publishing, ISBN 0-7139-9520-3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Gedda. R. (2004). Linux breaks desktop barrier in 2004: Torvalds. Retrieved January 16, 2004 from [2]
  • Mackenzie, K. (2004). Linux Torvalds Q&A. Retrieved January 19, 2004 from [3]
  • Marcinkowski, A. (2003). Linux needs reconsideration. Retrieved January 16, 2004 from [4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Maklumat am[sunting | sunting sumber]

Pengguna baru dan sifat ramah-pengguna dalam Linux[sunting | sunting sumber]

Edaran Linux[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tutorial[sunting | sunting sumber]

Latihan percuma atas talian[sunting | sunting sumber]

Latihan Linux untuk profesional[sunting | sunting sumber]

Penerbitan atas talian[sunting | sunting sumber]

Penerbitan bercetak[sunting | sunting sumber]

Linux dan GNU[sunting | sunting sumber]

Kernel Linux[sunting | sunting sumber]

Perkakasan Linux[sunting | sunting sumber]

Berita Linux[sunting | sunting sumber]

Linux pada Windows[sunting | sunting sumber]

Memasang serta melaksanakan Linux di atas sistem pengendalian Windows tanpa perlu menyediakan pembahagian khas dalam cakera keras atau dibut semula (reboot).

  • colinux
  • Lnx4Win
  • WinLinux
  • Bochs, Emulator PC bagi memasang Linux pada Windows.
  • Qemu, Emulator bagi melarikan aplikasi daripada sebuah mesin pada mesin lain.

Biasiswa dan sokongan geran[sunting | sunting sumber]

Kumpulan-kumpulan Linux[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]