Klorofil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk kegunaan lain, sila lihat Klorofil Collaboration Project.
Klorofil memberikan warna hijau pada daun

Klorofil atau zat hijau merupakan pigmen fotosintesis yang boleh dijumpai dalam kebanyakan tumbuhan, alga dan sianobakteria. Namanya berasal daripada bahasa Greek lama:  χλωρός, chloros = hijau dan φύλλον, phyllon = daun. Klorofil berfungsi untuk menukarkan tenaga cahaya matahari kepada makanan pada tumbuhan dalam proses yang dikenali sebagai fotosintesis. Klorofil yang berbentuk merupakan bintil berpigment hijau dikenali sebagai kloroplas.

Klorofil menyerap cahaya yang paling baik pada spektrum elektromagnet bahagian biru, diikuti oleh bahagian merah.[1] Sebaliknya, ia ialah penyerap yang lemah pada bahagian hijau dan hampir hijau spektrum, yang ia pantulkan, lalu menghasilkan tisu mengandungi klorofil berwarna hijau. Molekul klorofil secara khusus teratur pada dan sekitar fotosistem yang terbenam dalam membran tilakoid pada kloroplas. Dua jenis klorofil wujud dalam fotosistem tumbuhan hijau, iaitu klorofil a dan b.[2]

Klorofil pertama kali diasingkan dan dinamakan oleh Joseph Bienaimé Caventou dan Pierre Joseph Pelletier pada tahun 1817.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.nytimes.com/2013/07/23/science/how-does-a-plant-with-red-leaves-support-itself-without-green-chlorophyll.html
  2. ^ Speer, Brian R. (1997). "Photosynthetic Pigments". UCMP Glossary (online). University of California Museum of Paleontology. Dicapai pada 2010-07-17. 
  3. ^ See:
    • Delépine, Marcel (September 1951). "Joseph Pelletier and Joseph Caventou". Journal of Chemical Education. 28 (9): 454. Bibcode:1951JChEd..28..454D. doi:10.1021/ed028p454. 
    • Pelletier and Caventou (1817) "Notice sur la matière verte des feuilles" (Notice on the green material in leaves), Journal de Pharmacie, 3 : 486-491. On p. 490, the authors propose a new name for chlorophyll. From p. 490: "Nous n'avons aucun droit pour nommer une substance connue depuis long-temps, et à l'histoire de laquelle nous n'avons ajouté que quelques faits ; cependant nous proposerons, sans y mettre aucune importance, le nom de chlorophyle, de chloros, couleur, et φυλλον, feuille : ce nom indiquerait le rôle qu'elle joue dans la nature." (We have no right to name a substance [that has been] known for a long time, and to whose story we have added only a few facts ; however, we will propose, without giving it any importance, the name chlorophyll, from chloros, color, and φυλλον, leaf : this name would indicate the role that it plays in nature.)