Biokimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Biokimia atau juga dikenali sebagai kimia biologi merupakan kajian proses kimia dalam dan berkenaan dengan organisma hidup.[1] Melalui pengawalan aliran isyarat biokimia dan aliran tenaga kimia melalui metabolisme, biokimia membolehkan kewujudan hidupan yang kompleks. Biokimia turut menjelaskan proses kehidupan hampir semua bidang sains hayat termasuklah botani dan perubatan yang berkait rapat dengan penyelidikan biokimia.[2] Tumpuan kajian biokimia tulen pada hari ini berfokus terhadap kefahaman molekul biologi dalam membolehkan proses kimia yang berlaku dalam sel hidup, yang seterusnya menerangkan kehidupan sesuatu organisma dengan menyeluruh. Biokimia berkait rapat dengan biologi molekul, iaitu pengajian mekanisme molekul yang berlaku apabila informasi genetik yang dikodkan dalan DNA mampu menyumbang dalam proses kehidupan. Bergantung kepada definisi sebenar istilah yang digunakan, biologi molekul boleh dianggap sebagai cabang biokimia, atau termasuk dalam biokimia sebagai alatan untuk menyiasat dan mengkaji biologi molekul.

Kebanyakan perihal biokimia berkait rapat dengan kajian struktur, fungsi dan interaksi makromolekul biologi seperti protein, asid nukleik, karbohidrat dan lipid yang merupakan struktur sesuatu sel yang melaksanakan kebanyakan fungsi yang berkait kehidupan. Proses kimia sesuatu sel turut bergantung kepada tindak balas molekul dan ion kecil. Antaranya termasuklah sebatian tak organik seperti air dan ion logam, manakala sebatian organik terdiri daripada asid amino yang mensintesis protein. Mekanisme penjanaan tenaga oleh sel-sel dari persekitaran mereka melalui tindak balas kimia dikenali sebagai metabolisme.

Antara bahan kimia yang dikaji dalam bidang biokimia ialah:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Media berkenaan Biokimia di Wikimedia Commons