Ko So-young

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini memaparkan nama orang Korea; nama keluarganya Ko.
Ko So-young
고소영.jpg
Kelahiran (1972-10-06) 6 Oktober 1972 (umur 46)
Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
Nama lainGo So-young
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1992–2007 2017 - sekarang
EjenKing Entertainment
(2016-present)
PasanganJang Dong-gun (k. 2010)
Anak2
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanGo So-yeong
McCune–ReischauerKo Soyŏng

Ko So-young (lahir 6 Oktober 1972) ialah seorang pelakon dan model wanita Korea Selatan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ko lahir di Seoul, Korea Selatan. Beliau menghadiri sekolah tinggi perempuan sebelum ditawarkan kemasukan ke Universiti Chung-Ang University dimana beliau mempelajari sains komputer.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ko membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam drama Love Tomorrow pada tahun 1993. Beliau membuat penampilan filem pertamanya di dalam The Fox with Nine Tails pada tahun 1994 yang juga dibintangi oleh Jung Woo-sung. Ko mula dikenali selepas muncul di dalam filem Beat.[1] Sejak itu, beliau telah muncul di dalam beberapa filem melodrama termasuk If the Sun Rises in the West, Love Wind Love Song dan Love.

Pada tahun 2001, Ko membintangi bersama Lee Sung-jae dalam filem A Day. Persembahan lakonan beliau dipuji oleh pengkritik dan beliau memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Grand Bell.[2] Ko kembali pada tahun 2003 menerusi filem thriller, Double Agent. Beliau membintangi dua filem pada tahun 2006: filem seram, APT dan filem romantik komedi, Project Makeover. Ko berehat daripada lakonan bermula tahun 2007.

Selepas sepuluh tahun sejak penampilan terakhirnya, Ko membuat kemunculan kembali pada tahun 2017 menerusi drama KBS, Ms. Perfect.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ko berkahwin dengan pelakon, Jang Dong-gun di dalam sebuah majlis yang berlangsung di Hotel Shilla Seoul pada 2 Mei 2010 semasa mengandung lima bulan. Anak pertama mereka, seorang lelaki yang diberi nama Jang Min-joon lahir pada 4 Oktober 2010.[4][5][6] Anak kedua mereka, seorang perempuan, lahir pada 25 Februari 2014.[7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
1994 The Fox with Nine Tails Harah
1997 Beat Romi
1998 First Kiss Joo-hee (kameo)
If the Sun Rises in the West Hyun-ju
1999 Love Wind Love Song Young-seo
Love Jenny
2001 A Day Jin-won
2003 Double Agent Yun Su-mi
2006 APT Oh Se-jin
2007 Project Makeover Na Jung-ju

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
1992-1994 Tomorrow Love (KBS2) Yoo Hyun-kyung
1993 Mother's Sea (MBC) Kim Kyung-seo
1994-1995 My Son's Woman (MBC) Choi Soo-jung
1995 Sookhee (MBC)
1995 Ko So-young's Dating FM (MBC Radio)
1996 Star (MBC) Jang Hye-mi
1997 Women (SBS)
1997 Barefoot Days (KBS2) Ki Hae-jun
1998 Memories (MBC) Joo-hee
2007 Blue Fish (SBS) Jung Eun-soo
2017 Ms. Perfect (KBS2) Shin Jae-bok

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Han, Sang-hee (2008-07-08). "Movie-Based Dramas to Fill TV Screens". Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-12. Dicapai 2009-08-07. 
  2. ^ http://www.cinemasie.com/en/fiche/oeuvre/day/
  3. ^ http://www.dramabeans.com/2016/11/go-so-young-jo-yeo-jung-courted-for-new-kbs-drama-perfect-wife/
  4. ^ "Jang Dong-gun, Ko So-young in Star-Studded Wedding". The Chosun Ilbo. 2010-05-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-07. Dicapai 2013-08-11. 
  5. ^ "Jang Dong Gun-Ko So Young Couple Expecting Second Baby in Spring". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-04. Dicapai 2013-11-08. 
  6. ^ "Jang Dong-gun and Ko So-young expecting another child". Korea JoongAng Daily. 2013-11-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-28. 
  7. ^ Park Jin-hai. "Jang couple get newborn daughter". The Korea Times Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-28. Dicapai 2014-02-25. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]