Kolej Corpus Christi, Cambridge

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lambang perisai Kolej Corpus Christi.
Bangunan kolej dengan gelanggang baru di hadapannya.

Kolej Corpus Christi (nama penuh: "Kolej Corpus Christi dan Mariam Si Perawan yang Diberkati", sering kali dipendekkan kepada  "Corpus", atau sebelum ini "The Body") ialah kolej konstituen bagi Universiti Cambridge.[1] Ia merupakan satu-satunya kolej yang didirikan oleh penduduk bandar Cambridge sendiri[2] dan ia telah ditubuhkan pada 1352 oleh Persatuan Corpus Christi dan Persatuan Mariam Si Perawan yang Diberkati,[3] menjadikannya kolej yang keenam tertua di Cambridge. Dengan jumlah sekitar 250 orang mahasiswa dan 200 pascasiswazah, Kolej Corpus Christi juga mempunyai badan pelajar kedua terkecil bagi kolej tradisional Universiti (selepas Peterhouse).

Kolej ini secara tradisionalnya menjadi salah satu kolej yang berjaya dari segi akademik di Universiti Cambridge. Dalam Tompkins Table yang tidak rasmi, yang memberi kedudukan kepada kolej mengikut kelas ijazah yang diperoleh oleh mahasiswanya, kedudukan Corpus ialah yang ke-3 pada 2012 dengan 32.4% daripada mahasiswanya menerima keputusan kelas pertama. Kedudukan purata kolej ini di antara tahun 2003 dan 2012 ialah yang ke-9, dan dalam kedudukan terkini, ia berada di tangga ke-10.

Corpus berada di kedudukan antara kolej Cambridge yang paling kaya dari segi aset tetap, terutamanya perak.[4] Nilai biaya kolej ini ialah £94.8 juta pada akhir Jun 2015, manakala pegangan tanah dan bangunannya bernilai £118 juta pada penghujung tahun fiskal (kewangan) 2013.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota
  1. ^ Dahulunya dikenali sebagai Kolej St Bene't's atau Kolej Benet (Kakitangan QCC)
  2. ^ "Corpus Christi: What's in a Name?". Corpus Christi College Cambridge. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-08. Dicapai pada 2014-08-08. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "History". About. Corpus Christi College Cambridge. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-08. Dicapai pada 2014-08-08. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Trigg, Jo (2006-11-17). "Old, rich, landed and loaded" (PDF). Varsity. Cambridge: Varsity Publications Ltd. m/s. 6. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-08-26. Dicapai pada 2016-02-15. Corpus is exceptionally wealthy in silver, being the only college not to sell its silverware during the Civil War Cite has empty unknown parameter: |deadurl= (bantuan)
  5. ^ Ainger-Brown, Sue (2013-11-26). "Recommended Cambridge College Accounts (RCCA) for the financial year ended 30 June 2015" (PDF). About > Publications > Publication Schemes > What we spend and how we spend it. Corpus Christi College Cambridge. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-09-15. Cite has empty unknown parameter: |deadurl= (bantuan)
Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]