Kolej Tingkatan Enam Hutchings

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Tingkatan Enam Hutchings
Lokasi
Leboh Farquhar, 10200, Georgetown,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKolej Tingkatan 6, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6042611425
Kod sekolahPEA1092
Faks6042638172
Laman sesawang


Kolej Tingkatan 6 Hutchings[1] atau nama ringkasnya KTE Hutchings, merupakan sebuah Kolej Tingkatan 6 yang berkelas mod 1 yang terletak di Leboh Farquhar.

Dahulunya, Kolej ini merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan Hutchings memiliki 368 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 368 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru tetapi pada 2022, ia mula beroperasi sepenuhnya sebagai Kolej Tingkatan 6 Hutchings.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Reverend Robert Sparke Hutchings merupakan pengasas Gereja Anglican dan Gereja ’The Marty’ dalam tahun 1814 di Pulau Pinang. Di samping berperanan sebagai muhbaligh agama Kristian, beliau juga pengasas penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free (PFS) pada 1816.

Rancangan asal penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free bertujuan menempatkan sekolah rendah dan menengah setempat, namun, pada tahun 1928 bahagian sekolah rendah dipisahkan daripada induknya iaitu PFS.

Pemisahan ini bertujuan mewujudkan sebuah sekolah rendah berasingan dan sebagai mengenag jasa Rev. Robert Sparke Hutchings namanya diguna untuk SK Hutchings.

Lanjutan daripada SK Hutchings maka pada 1 Januari 1985 tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Hutchings.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kolej Tingkatan Enam Hutchings
Leboh Farquhar
10200, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6042611425
Fax = 6042638172

Pautan luar[sunting | sunting sumber]